Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, February 25, 2007

Mentega Peter Pan ditarik balik akibat dicemari kuman

KUALA LUMPUR: Nasmark Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengedarkan mentega kacang Peter Pan yang dikeluarkan oleh syarikat AS ConAgra Foods Inc, telah menarik balik produk itu di Malaysia berikutan amaran Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang produk itu dicemari oleh kuman Salmonella.

Pegawai operasi Nasmark, Kong Lai Han, berkata penarikan balik itu dibuat dengan serta-merta selepas ia menerima arahan daripada pejabat ConAgra di Singapura Jumaat lepas.

FDA telan memberi amaran kepada pengguna-pengguna AS bahawa mentega kacang Peter Pan atau mentega kacang Great Value yang dibeli sejak Mei tahun lalu mungkin dicemari Salmonella tennessee, sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit bawaan makanan.

"Kami juga telah memberitahu saluran-saluran utama kami seperti Giant Supermarket, Jusco dan Cold Storage dan kami kini sedang dalam proses mengutip kesemua produk itu daripada saluran-saluran itu," Kong berkata apabila dihubungi oleh Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya kebimbangan utama syarikat itu pada ketika ini ialah bahawa gedung-gedung bebas dan orang ramai mungkin tidak tahu mengenai penarikan balik produk itu.

"Sesetengah daripada pemilik gedung bebas mungkin masih merayakan Tahun Baru Cina mereka dan belum membuka semula perniagaan mereka.

"Saya harap dengan berita ini, mereka akan menyedari tentang langkah ini dan dengan serta-merta melupuskan produk mereka," katanya.

Dalam satu kenyataan terdahulu Nasmark menggesa para pengguna melupuskan produk itu sehingga pemberitahuan lanjut tetapi menyimpan tudungnya untuk mendapatkan bayaran balik daripada syarikat itu.

Tudung itu boleh dihantar ke pejabat Nasmark di Menara Pejabat Pudu Plaza di Jalan Landak off Jalan Pudu di sini, katanya.

ConAgra akan memberhentikan pengeluaran sehingga punca pencemaran itu dikenal pasti dan dihapuskan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...