Berita bergambar sekitar majlis pengkebumian Allahyarham Hani Mohsin
Kematian Hani, 41, mengejutkan ramai pihak.
Berita kematiannya tersebar dengan cepat ekoran kemajuan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga ke benua Eropah, malah, Bernama menerima SMS dari seorang kenalan di United Kingdom yang ingin tahu akan kesahihan berita itu.
Bagi Presiden FDAM, Dr Mahadi J. Murat pemergian Hani Mohsin itu menjawab kelakuan aneh personaliti TV itu Isnin yang secara spontan memohon berbanyak maaf kepada beliau kerana tidak dapat menjadi pengacara bagi program anjuran persatuan itu akhir bulan ini.
Dilahirkan di Kangar, Perlis, pada 18 Jun 1965, Hani Mohsin, atau nama sebenarnya Hani Mohsin Mohd Hanafi merupakan seorang yang sentiasa komited kepada karier dan aktiviti yang disertai.
"Allahyarham memang seorang yang komited kepada persatuan. Beliau akan menelefon saya sekiranya beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan FDAM," kata Dr Mahadi kepada Bernama di sini.
"Cuma cara dia memohon maaf kerana tidak dapat jadi pengacara program dialog budaya anjuran FDAM Ahad ini agak pelik sikit. Saya tak sangka itu maafnya yang terakhir," katanya lagi. Hani adalah Exco Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) sejak Julai 2005.
Anak tunggal kepada pasangan Mohd Hanafi Mohd Yunus dan Hasni Bakar (kedua- dua ibu bapanya telah meninggal) itu cukup dikenali sebagai hos program TV, Roda Impian, yang segak dan cukup diminati ramai.
Bagi kebanyakan orang Allahyarham dilihat sebagai seorang pelakon yang bermula dari bawah dan akhirnya menjadi seorang penerbit melalui penubuhan syarikat penerbitan, Imagines Pictures Sdn Bhd pada 2002.
Bekas isteri Allahyarham yang juga penerbit dan pelakon terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata beliau amat terkilan dengan pemergian Hani Mohsin yang disifatkannya terlalu cepat kerana usianya masih muda.
Ketika melawat jenazah Hani di bilik mayat Hospital Serdang, Tiara ditemani suami yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Hani dan Tiara telah bercerai pada 1998 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Hani Karmila, 10, yang memaklumkan mengenai kematian ayahnya kepada ibunya hari Selasa.
Hani disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi akibat diserang sakit jantung oleh Hospital Serdang selepas beliau dibawa dari Klinik Pusrawi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCC) di KLIA.
Allaryarham dikatakan rebah di LCC itu ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Setar sebelum ke Langkawi. Beliau difahamkam merancang untuk membawa Karmila bercuti bersama keluarga di Taman Sena Indah di Perlis.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Embun (2002), Spinning gasing (2000), Merah (1997), Scoop (1996), Ringgit Kasorrga (1995), Jimi Asmara (1995) dan filem terbitan Hollywood, Beyond Rangoon (bersama-sama Tiara) pada 1995.
Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa sebelum disembahyangkan di Masjid Mukim Hulu Kelang.
Jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya, Hasni Bakar, di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, selepas subuh Rabu.
Kehilangan Allahyarham akan tetap diingati masyarakat negara ini bukan sahaja sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengacara juga sebagai seorang insan yang baik hati. Ini diakui sepupunya, Azriyati Mazlan, 28.
"Beliau sendiri pernah datang ke majlis konvokesyen saya. Hanya dia seorang sahaja yang sanggup datang manakala ibu bapa saya ketika itu sibuk tidak dapat hadir," kata pensyarah kolej swasta itu yang turut terkejut dengan pemergian Allahyarham setelah dihubungi saudara maranya pada pukul 10.45 pagi.
[Ehsan -BERNAMA.COM.MY]
Ini berita edisi Niezam Phg pula.
KG PASIR,HULU KELANG. MALAYSIA - 25 Julai 2006. Majlis pengkebumian pelakon drama terkenal, Hani Mohsin telah selamat dilakukan ditanah perkuburan berhampiran masjid Kampung Pasir, Hulu Kelang kira-kira pukul 9.00 malam tadi, Jenazah dibawa dari Hospital Serdang selepas bedah siasat dan tiba di rumah allahyarham di Taman Kelab Ukay,hulu kelang kira-kira pukul 5.00 petang.
Diantara rakan artis yang hadir ketika jenazah berada di rumah beliau terdiri dari kalangan pelakon filem/drama,pengacara TV,kakitangan ASTRO dan rakan-rakan pemberita dari unit hiburan majalah dan akhbar harian.
Jenazah telah dibawa ke masjid Kg Pasir pada kira-kira pukul 6.30 petang dan telah disembahyangkan sekali lagi di masjid kampung pasir. Majlis pengkebumian allahyarham tertangguh sedikit kerana menunggu sanak saudara terdekat dari Perlis yang masih di dalam perjalanan.
Antara orang kenamaan yang kelihatan berada di masjid ketika solat jenazah ialah Dato seri Effendi Norwawi iaitu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina.Turut hadir ialah seorang tokoh dari parti politik PAS iaitu Dr hatta Ramli.Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan oleh kira kira lebih 400 orang jemaah.(termasuk penulis)
Acara bacaan talkin telah dilakukan oleh imam Masjid Kampung Pasir selepas jemaah masjid selesai mengerjakan solat isyak.Diantara rakan artis yang setia berada di perkarangan tanah perkuburan hingga majlis pengkebumian selesai ialah Datin
Seri Tiara Jacquelina, Dato' Jins Shamsuddin,Rosyam Noor,Md Noor kadir,Ahmad Tamimi Saregar,M.Rajoli,Ijam Medicine,Serina Redzuan,Kuna,Harun Salim Bachik,Arash Mohamad,Azizul Khamis,Lidyawati,Den wahab dan Ebby yus.
Dibawah disertakan gambar-gambar sekitar majlis pengkebumian (untuk peminat-peminat Hani Mohsin yang tidak berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada jenazah beliau dan juga kepada peminat-peminatnya yang jauh dari kawasan kuala lumpur).
GAMBAR-GAMBAR mengikut kronologi.(tolong abaikan TARIKH pada gembar sebab saya tersalah setting pada kamera.)
suasana di perkarangan rumah sebelum ketibaan jenazah
diantara rakan artis yang hadir
kereta jenazah tiba di hadapan rumah allayaraham
jenazah sedang dikeluarkan.
jenazah dibawa masuk kedalam rumah.
kalangan peminat dan rakan artis yang hadir
Cantik Plat ketreta ini.waja hitam,antara yang terawal di lokasi.
Datin seri Tira yang menguruskan urusan pengkebumian
Sharifah Haslinda(Lynn)
Pelakon Komedi,Imuda
Maria Farida(berbaju biru)
Rosyam Noor dan Azhar sulaiman
Rosyam Noor
kalangan rakan dari unit hiburan majalah dan suratkhabar.
Eja, rakan yang pernah digandingkan dalam roda impian,Rancangan Astro
Unit berita TV3 yang membuat liputan lengkap
kelihatan liang lahad baru sahaja di gali.
Tanah perkuburan kg pasir,Hulu Kelang
Sanak saudara yang baru tiba dari Perlis,di perkarangan masjid Kg Pasir
Tidak dapat menahan kesedihan
Kesedihan yang tak terucap dengan kata-kata
Menatap allayaraham buat kali yang terakhir
Hani karmila ditenangkan oleh saudara terdekat sambil diperhatikan datin seri tiara.
Jenazah sedang diusung keluar dari Masjid Kg Pasir.
Jenazah diletakkan bersebelahan liang lahad
penyanyi Ijam Medicine diantara yang bertungkus lumus di liang lahad
Datin Seri Tiara, Hani Karmila dan saudara terdekat
Datin Seri Tiara dan Hani karmila menjirus air mawar di pusara.
Sherina redzuan kelihtan sugul disisi pusara Allayaraham.Tentu banyak kenangan manis bersama.sayangnya mereka tiada jodoh.
Saya juga mempunyi rakaman audio bacaan talkin.Adakah anda rasa saya patut meng upload kan audio tersebut disini?.Adakah anda berminat untuk mendengarnya.Saya akan melihatkan respon pengunjung dahulu.jika ramai yang ingin mendengarkannya saya akan berbuat demikian.tujuan bacaan talkin adalah untuk menginsafkan yang masih hidup bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan usia kita ini hanya pinjaman.file tersebut dalam bentuk wav. dan boleh dibuka menggunakan window media player.saiz file sekitar 4566kb(5mb).file yg asal terlalu panjang,menyebabkan saya terpaksa memotongnya untuk memudahkan proses upload ke server.
Anda dibenarkan mengambil gambar dari blog in ,cuma letakkan link blog ini sebagai sumber.terima kasih
13 Comments:
At July 26, 2006, Niezam Phg said…
takziah....
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnye dan ditempatkan bersama2 org yg beriman...AMIIINNN
At July 26, 2006, JUZ ME said…
terima kasih kerana berkongsi cerita. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
At July 26, 2006, Unknown said…
terima kasih kerana sudi mengongsi cerita..sedih dan terperanjat mendengar berita tentang pemergian awrwahnya.semoga rohnya tenang di sisiNYA insya allah AMIN!!
At July 26, 2006, sha said…
takziah buat family Hani mohsin. Semoga rohnya dicucuri rahmat
At July 26, 2006, Anonymous said…
tahziah....
semoga Allah cucuri rahmat keatasnya...ketika DIA mengambil sesuatu, DIA telah sedia memberi yang lebih baik.
menitis air mata aku tgok pic Hani Karmila yang di peluk Datuk Sri Effendi kt Berita Harian hari ni....sedih..anak sekecil itu....
At July 26, 2006, aNIe said…
Niezam...terima kasih kerana mengupload gambar2 tersebut...dan memberikan cerita terperinci tentang pemergian Allahyarham.
Al-Fatihah untuk Allahyarham...semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminnn....
Perginya Allahyarham...bagai hilangnya sebutir bintang yang menyeri dunia seni tanah air...
At July 27, 2006, free diVer said…
thanks for posting up pictures
sedih tengok sebutir bintang hilang lagi untuk selama lamanya
anyhow, plate MAF14 belongs to azhar sulaiman actually...
take care dude
At July 27, 2006, noha chomel said…
terima kasih kerana berkongsi cerita dan paling saya kagum, kesudian dan sifat timbangrasa datuk sri effendi dan datin sri tiara mengurus jenazah allahyarham
At July 27, 2006, Kay said…
yes,u should upload the bacaan talkin..semoga kita semua insaf..
al-fatihah untuk allahyarham hani mohsin b.hanafi
At July 28, 2006, Niezam Phg said…
audio bacaan talkin telah saya upload kan di megashare dan rapidshare.Sbab server sebelum initelah jam akibat pengunjung yang terlalu ramai.sila mendownoad dan selamat menginsafi sesama kita
At July 28, 2006, Harim Hamdan said…
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman
al-fatihah.
nizam buleh upload bacaan talkin tu?
mudahan mila dapat menempuhi dugaan ini.
At July 28, 2006, inabu said…
takziah....
semoga Allah cucuri rahmat keatas roh arwah...
waja hitam dengan plet MAF14 tu kreta azhar sulaiman..
At July 28, 2006, AuntieYan said…
Niezam, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Barulah rasa lega dapat menatap kronologi peristewa perginya Allahyarham Hani. Auntie memang terkejut....setiap malam lepas maghrib memang mengadap muka dia, menonton Roda Impain....rasa sedih sungguh....apa nak buat semuanya ketentuan Allah. Somoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.
Post a Comment
<< Home