Saya sudah menang!!!!.Terima kasih pawar rut.
sebenarnya tajuk kat atas tu tak der kena mengena pun dengan aper yang aku nak merapu nie.cuma sebab selalu sangat iklan power root tu keluar masa piala dunie nie so baik jugak buat modal jadikan tajuk .bukan aper setiap kali model akak bertudung biru tu kuar,aku akan senyum sendiri,sebab pekat bebenor lidah kejawaan dia.dan aku tengok orang sekeliling aku pun akan senyum sumbing kalau tak pun senyum kambing bila iklan power root tu kuar.
oklah berbalik pada perlawanan piala dunia yang aku tengok iaitu di antara Brazil vs Ghana.memula nak cerita pasal game tu nak tengok punya lah susah sebab tahu sajalah kalau kat malaysia nie mase Brazil atau England yang lawan bola,alamat penuh lah kedai mamak.nak parking pun payah.aku bukan aper suka tengok kat kedai mamak nie sebab screen TB dier besor gile...so raser lah sikit kemeriahan mcm pegi stadium gak..lagi pun bila gol atau pun ader pelung untuk menjaringkan gol ..tu dier punya respon penonton tu gempak skit..lepas ushar sampai 3 buah restoran akhirnya aku lepak kat Restoran Darul Ehsan syeksen 3 PJ nie.tak jauh lah dengan wisma FAM kelana jaya tu.ala tempat pemain-pemain Malaysia slalu traning bola pepetang tu...kat kedai mamak tu punya lah ramai orang sampai ader org yang sanggup berdiri kat luar tengok dari jauh je walau pun tak dapat tempat nak minum.nasib badan la...
ok lah cerita pasal game tu...Brazil bermula dengan cemerlang apabila Ronaldo berjaya menjaringkan gol pertama berazil seawal minit ke 7,tak tau macmammane Ronaldo dapat bola secara solo dan berdepan one by one dengan penjaga gol Ghana,dengan sedikit tipu helah dan selambanya Ronaldo berjaya menambah koleksi jaringan peribadi ke 3 untuk musim piala dunie 2006 nie.gol ke 2 Brazil muncul di akhir minit pusingan pertama kalau tak silap dlm minit ke 47.hantaran yang pada mula nya disangka off side tetapi tidak kerana penjaga garisan tidak mengangkat bendera atau pun tertidur maser iteww.dengan mudahnya brazil mendapatkan gol keduanya.manakala gol ke 3 brazil hadir pada separuh masa kedua. pada pendapat aku gol ketiga brazil nie juga dalam kedudukan off side.tapi tak tahulah kenapa aku rasa penjaga garisan tu bute agaknya.tapi aku rasa memang piala dunia kali ni agak hambar skit sebab mutu pengadilan yang merosot,banyak sangat gol yang telah di jaringkan dalam kedudukan off side, dan yang selalu menjadi mangsa kepada ketidakadilan pengadil ialah pasukan-pasukan yang kurang ternama....macam kora selatan dan kali ini ghana pula menjadi mangsa walau pun pada aku secara keseluruhanya kedua dua pasukan bermain secara seimbang. cuma banyak peluang peluang keemasan ghana gagal menjadi gol.tak de luck agaknya.
Aper pun aku gembira brazil bejaya meneruskan kemaraaan.selepas ni brazil akan bertemu dengan perancis yang telah mengalahkan spain 3-1.perlawanan ini persis perlawanan akhir piala dunia di perancis 1998 dimana perancis berjaya menjulang piala dunia dengan menundukan brazil 3-0 ,tetapi itu cerita 8 tahun yang lalu.kali ini aku rasa perancis tak akan berpeluang melakukan pekara yang sama kerana brazil berada pada prestasi yang semakin meningkat.cuma aku berharap Roberto Carlos dan Ronaldinho akan berjaya menemui sentuhan jaringan pertama peribadi pertama mereka di piala dunia kali ini.bukan aper sebab diaorang nie selalu main cantik dan gol-gol yang dijaringkan pun selalunya menarik.itulah yang istimewanya hadiran brazil di kejohanan nie.aper pun prestasi perancis juga semakin meningkat selepas permulaan lembab pada peringkat kumpulan.nampak keyakinan pemain les blue semakin menjadi selepas perlawanan menumpaskan togo 2-0 dulu.Go Brazil Go
0 Comments:
Post a Comment
<< Home