Majlis Tahlil Vs Debat Perfileman.
ketika saya sampai di Kompleks Finas yang terletak bersebelahan dengan Zoo Negara itu,Saya merasa sangat-sangat terkejut kerana dimaklumkan oleh pengawal yang bertugas tersebut bahawa TIDAK ADA sebarang majlis tahlil yang dikatakan dianjurkan Persatuan Seniman di situ, yang ada hanyalah majlis Debat Perfileman yang di hadiri oleh pengarah filem seperti Yasmin Ahmad, Mahadi J Murat, majlis debat tersebut di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. kepada pengunjung blog ini yang menantikan berita majlis tahlil tersebut di sini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut. Apa yang berlaku tanpa saya duga sama sekali. Saya juga telah menghantar e-mel untuk meminta penjelasan dari pengarang terbabit.(diakhir sekali saya letakkan kandungan e-mel tersebut)
Sepanjang perjalanan balik itu fikiran saya berkecamuk,sedih,hampa,keciwa,terkilan dan marah bercampur-baur bergaul dalam satu masa, berkecamuk fikiran saya dibuatnya. Perasaan marah juga meluap-luap kerana rasa tertipu yang amat sangat, namun saya teringat satu artikel mengenai Allayarham Hani Mohsin baru-baru ini "ketika marah pun dia senyum". Perasaan marah saya beransur reda,saya pasrah, mungkin ini dugaan Allah kepada saya. Saya kagum dengan Allahyarham dan saya juga ingin menjadi lelaki budiman sepertinya, terima kasih Allahyarham Hani Mohsin!, kerana anda menjadi inspirasi kepada saya dan menjadi contoh tauladan yang baik,sepanjang perjalanan pulang itu saya sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham semoga 'usaha' yang sekecil itu akan mendamaikan rohnya disana,
Saya sedar dalam beberapa hari ini telah banyak airmata yang 'tumpah' kerana seorang insan bernama Hani Mohsin,saya berharap agar janganlah kita bersedih lagi selepas ini kerana jika kita terlalu meratapi pemergian Allahyaham seoalah-olah kita tidak redha dengan ketentuan ilahi,sebenarnya sikap kita ini akan lebih menyeksakan roh Allyarham disana. Ssaya berharap kita biarkan dia pergi dan menempuh perjalanan di "sana" dengan tenang. kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan hidup kita. Semua ini takdir yang dah tertulis. sebagai saudara seagama, sedekahkan la Al-Fatihah dan surah Yaasin untuk Allahyarham. Terima kasih juga kepada 'Adik' Serina Rezuan kerana pernah memberi secebis sinar kebahagiaan kepada Allyaham Hani Mohsin sepanjang perkenalan mereka.
e(-mel kepada pengarang berita harian)
Dimana kredibiliti Berita Harian ?
(buat saudara Zainuri Misfar)
Assalamulaikum w.b.t.
Berpandukan rencana yang ditulis oleh saudara Zainuri Misfar, maka saya dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dan rasa tanggungjawab sebagai peminat Allahyarham Hani Mohsin telah pun memandu sejauh 80 km untuk menghadiri majlis tahlil tersebut, Namun merasa sangat keciwa kerana dimaklumkan oleh pengawal di kompleks Finas bahawa tiada majlis tahlil anjuran Persatuan Seniman seperti yang telah dikeluarkan dalam berita oleh pihak akhbar saudara, Cuma tedapat majlis debat perfileman yang diadakan di kompleks itu pada tarikh tersebut. Saya merasa sangat marah dan geram kerana penyaluran maklumat yang tidak tepat ini telah menyusahkan bukan sahaja diri saya tetapi pengunjung-pengunjung blog saya kerana saya telah mengwar-warkan berita tersebut.
Untuk makluman saudara pengujung blog saya mencecah sehingga lebih 20 000 (dalam tempoh 5 hari) sejak berita kematian Hani Mohsin tersebar,Saya merasa sangat terkilan dan keciwa kerana terpaksa menghampakan harapan pengunjung blog saya dan dalam masa yang sama membuang masa saya. Disini saya mengharapkan penjelasan dan pertanggungjawapan penuh saudara menjelaskan kekeliruan ini.saya berharap saudara dapat memuaskan hati saya dengan alasan yang rasional dan lebih bertanggungjawab terhadap berita yang saudara keluarkan di masa hadapan.
sekian Terima Kasih.
alamat blog saya
http://teratakburukzam.blogspot.com
5 Comments:
At July 31, 2006, Niezam Phg said…
kepada semua pengunjung saya minta maaf bebanyak sangat.tetapi saya masih lagi mempunyai koleksi gambar yang di ambil pada hari pengkebumian tersebut,saya akan uploadkan sedikit masa lagi.rajin rajinlah bertandang ke sini
At July 31, 2006, Ghazali said…
Assalamualaikum Sdr Niezam;
Apabila saya membaca BLOG saudara tentang saudara Hani Mokhsin, secara automatis, mengalir air mata ini ...
Sdr Niezam;
Teruskan menulis BLOG saudara ... kerana ianya amat menarik dan isi yang di ketengahkan ada isu isu yg terkini ....
Saudara ni wartawan jugak ker???
At July 31, 2006, Nour said…
Salam,
terima kasih kerana sanggup mengambil masa dan tenaga untuk berkongsi informasi bersama dgn gambar2 allahyarham hani mohsin dgn para pengunjung blog. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org yr beriman. Amin.
Keep up the good wrork!
At August 01, 2006, Niezam Phg said…
hmm saya bukannya wartawan,sekadar peminat allahyarham yang ingin berkongsi suka dan duka beliau.Komen anda semua menguatkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik.teriam kasih.sila datang lagi
At August 02, 2006, Fauziah Ismail said…
Sdr Niezam
Sebagai teman/saudara Allahyarham Hani Mohsin, terimakasih di atas postings sdr mengenai Allahyarham.
Saya terharu di atas apa yang sdr lakukan melalui postings sdr.
Semoga ingatan pembaca terhadap Allahyarham diiringi dengan bacaan Al Fatihah.
Salam
Post a Comment
<< Home