Ceramah Tuan Haji Zukifli Nordin.
kita telah mengadakan perjumpaan NGO-NGO islam di bawah nama NGO2 pembela islam (NPI).usaha untuk menangani masalah yang berlaku hasil dari perbicaraan Azlina Jenali,kenapa kita buat itu semua?
Alhamdulillah baru-baru ini ke bawah duli Sultan Selangor telah melahirkan rasa terkilan aper yang berlaku mengenai murtad. kerana kita telah tidak boleh mengharapkan UMNO. Nazri Aziz,Zaid Ibrahim termasuk pengaruh Nori Abdullah,kerana nori adalah angota sister in islam. sebab itu peguam melayu islam bangkit memplopori perjuangan ini.
Apabila mufti perak, bukan sahaja Dato Mufti,Dato Harussani Zakaria tidak diberi sokongan malah dia dicerca oleh jabatan agama islam dan menteri diJabatan Perdana Menteri dan kami tiada pilihan dan terpaksa membawa pekara ini kebawah duli tuanku.kami tidak mahu terlambat seperti dalam kes serban
apa pentingnya kes azlina jelani?
Kesilapan utama kerana kita menyebut nama azlina sebagai azlina joy.jadi orang melayu tidak kisah,masih tidur.kes ini sudah sampai ke peringkat tertinggi.kes azlina ini akan mengikat kita.alam perundangan islam berdasarkan hakim berdasarkan tempat itu,tiada diikat keputusan hakim mahkamah terdahulu.sebab itu hakim dalam islam kena bertanggungjawab,sebab itu Rasullah telah menyatakan dalam 3 hakim,2 tentu masuk neraka,1 lagi kakinya di dalam neraka.
Antara kesnya.pada 1950 mahkamah tinggi sivil di Singapura membuat keputusan berkaitan seorang budak bernama Natrah dan berkawin dengan cikgu Mansoor Adbai,pada ketika itu mahkamah dibawah orinan kanak-kanak mengistiharkan Natrah tidak islam kerana ketika itu belum cukup umur 18 tahun. pada 1991..berlaku kes yang sama.Suzi Teoh,anak cina kelantan memeluk islam pada umur 16 tahun, walau pun mufti kerajaan kelantan telah mengistiharkan suzi seorang islam,kerana kes Natrah menyatakan kanak2 bawah 18 tidak boleh menukar agama dan mahkamah perintahkan suzi tidak islam dan kena memeluk agama asal(budha).
Contoh lain 1986, mahkamah persekutuan menyatakan akta sekuriti tidak boleh digunakan terhadap orang melayu menjadi paderi.seorang melayu bernama Jamaludian Othman, menjadi paderi,mahkamah persekutuan menyatakan polis tidak boleh menghalang menahan mana-mana orang melayu yang telah kristian dan cuba mengkristiankan orang melayu lain,walaupun telah 20 tahun polis masih terikat dengan akta itu.walau pun kesannya memurtadkan orang melayu.keputusan mahkamah persekutuan akan mengikat dalam mana mana kes selepasnya.
Kes ini bukan kes tukar kad pengenalan,kita terkilan dengan akhbar utusan dan berita harian yang tidak memberi penjelasan sebenar kepada orang melayu.,.berbeza dgn akhbar lain,The Star, akhbar tamil,akhbar cina.bila kes dibicarakan ,kita boleh tengok kehadiran mereka,NGO temasuk kedutaan asing,Perancin,Amerika,Belanda,Mereka mewujud website untuk memberi tekanan kepada mahkamah supaya menyebelahi mereka. masalah besar kita ialah orang melayu tidak datang.orang melayu tidur lena dirumah tengok bola.
Kes azlina Jelani melibatkan seorang budak melayu .dibesarkan oleh keluarga melayu Jelani Sharif dan maknya Kalsom Omar. kemudian azlina ,telah murtad dan menukar agama kristian dan menukar nama ke Lina Joy dan bercadang nak kawin dengan seorang kristian,Azlina memohon ke pejabat pendaftaan negara.3 pekara di minta,.
1.Tukar nama.Azlina Jelani ke Lina Joy
2.Perkataan islam dlm my kad dibuang dan diganti dengan kristian,
3.Dibenarkan berkawin cara kristian dan didaftarkan
JPN telah menolak,dan Azlina dihasut oleh NGO bukan islam .mencabar keputusan JPN di mahkamah.di mahkamat tinggi menyatakan walaupun tukar nama bidang kuasa JPN tetapi kes perlu di rujuk ke mahkamah syariah.Azlina tak puas hari, dengan bantuan NGO bukan islam telah daftar di mahkamah persekutuan dan makamah persekutuan bersetuju dengan mahkamah tinggi.mereka buat rayuan ker mahkamah rayuan berbicara 4 hari berturut .diketuai hakim Tun Mohd Fairuz.
Apa mereka minta?
Peringkat awal peguam membangkitkan soal menukar hak menukar nama dalam kad pengenalan..
kesilapan berlaku apabila ketua hakim negara membenarkan NGO bukan islam berhujah,menukar isu kepada soal samaada boleh menukar agama,samaada dia boleh berkahwin dan meletak agama kristian dalam kad pengenalannya.hak itu bergantung kepada artikel 11 perlembagaan persekutuan.dalam artikel 11,'every person have the right to pratice it religion, mana-mana orang berhak mengamalkan agamanya,. sama ada seorang itu bebas beragama itu bergantung pada agama itu sendiri,dalam agama lain bebas dan tiada peruntukan,tetapi dalam islam ada peruntukan dan tertakluk kepada undang-undang murtad.pihak bukan islam yang mewakili azlina ada 13 peguam.persoalan yang besar sama ada artikel 11 merujuk pada individu atau agama?.memandangkan orang yang menentukan mengikut tasfsiran undang,individu berhak mengamal dan menganut agama mengikut pilihan sendiri.
kalau tafsiran itu diterima dan nampak diterima.kesan kepada orang melayu sangat-sangat serius. Pertama, apa bila membenarkan orang melayu murtad,orang boleh keluar agama ikut suka.menyebabkan artikel 160 menyatakan bahawa melayu mesti beragama islam. maka artikel 160 tidak lagi releven.
kedua.boleh menentukan bila nak masuk atau keluar islam.kesannya seseorang boleh mengekak dari undang syarak.contohnya kalau kita jumpa seseorang itu minum arak dan nak tangkap.bila kita nak tangkap.kalau dia kata dia bukan islam,automatik dia mesti dilepaskan.sama macam Kamariah Ali iaitu pengikut ayah Pin.dia seorang ustazah lulusan al-azhar.suaminya ustaz lulusan Al-Azhar. dalam kes dia, dia cba mengelakkan dibicara atas kesalahan murtad di mahkamah syariah.kalau dalam kes Azlina Jelani menang.secara automatik kamariah ali akan dibebaskan secara langsung.
ketiga.boleh mengelakkan tanggungjawab sebagai orang islam.contohnya dari muharam sampai syaaban.dia boleh umum islam bila ramadan dia umum bukan islam ,boleh tidak puasa,tidak bayar zakat.bila nampak anak bulan dia masuk islam balik.dan sebagainya,islam akan jadi islam rojak.inilah masalah agama lain.pengikut boleh tukar agama suka masa.sekejap hindu sekejap kristian tidak ada masalah.inilah kesan tafsiran tersebut.islam sama taraf dengan agama lain.
keempat,badan agama islam majlis fatwa,tiada kerja dan peranan,selain dari tengok anak bulan,dan tangkap penceramah tanpa tauliah.kesannya,raja pun tak der rakyat.sebab raja adalah raja melayu.raja menjadi raja sebab melayu.apa melayu keluar agama.tak jadi rakyatlah.raja nak perintah siapa?
tapi kesan yang lebih bahaya.kesannya peguam kafir sedang mentafsir agama islam ,orang kafir pertikai hukum hakam islam.kita dah nampak depan mata sekarang,apabila seorang hakim kristian mengatakan pakai seban haram,tak betul dan dipersetujui 2 ekor hakim melayu.dalam kes serban.....kerana mereka mengatakan tidak semua yang nabi buat boleh diikut sekarang.mereka mengharamkan pemakaian serban haram kerana tidak semua yang nabi muhamad lakukan dahulu dilakukan sekarang.mereka menghina nabi dengan mengatakan mulia sangatkan mereka yang mereka mencontohi nabi?.
Semalam saya cermah di Ukay Height,sebelum saya ceramah Dato Dr Mashita Ibrahim,ahli Parlimen Baling.berceramah.dan beliau mengatakan keputusan mahkamah mengharamkan serban adalah betul.saya kata kalau jenis ini pemimpin umno.macam mana otak orang umno lain,yang wahyu mereka dari tv3.bagaimana dengan mereka?mereka disesatkan. UMNO dah menyesatkan orang sehingga orang melayu jadi lemah,orang perkotak katik agama kita,orang melayu boleh tidur dirumah.mana orang yang bawa isu cuba selamatkan akidah.dihina,dicerca,...Abdullah Zain...cabar lagi mufti..ini masalah kita dengan pemimpin kita....umno dah terlampau menyesatkan orang sebab dia jaga tembolok dia.kalau kes Azlina Jelani dibenarkan (menang).orang kafir boleh tafsir hukum hakam kita..ini bahaya tuan-tuan...bila orang kafir boleh menafsir agama kita..ini terbukti dalam kes serban....
masalahnya kumpulan artikel 11 ini disertai pula oleh sister in islam...anak PM pun ada dalam itu..kesan langsung apa bila artikel 11 mentafsir individu boleh menentukan agama apa nak dianuti.maka golongan seperti kasim ahmad.saya islam tapi tak percaya hadis..itu fahaman sesat Kasim Ahmad(kumpulan anti hadis)..kita orang melayu tidak boleh halang Kassim Ahmad berkata begitu.orang macam ayah pin.saya islam tetapi percaya ke hindu..
masalah paling besar kita tak boleh kontrol anak-anak kita.sebab islam ditafsir ikut individu..kita pun kata kat anak kita.."yop jom sembahyang".dia boleh jawab "mak,sembahyang ni akta mana"?...apa-apa undang tiada dalam perlembagaan,tidak boleh mengikat orang...susahlah sebab kita tiada akta sembahyang,akta puasa,akta zakat..kalau tiada akta tak boleh pakai lah....kesannya bukan sahaja menghapuskan melayu dan agama kita...ia menyamakan islam seperti agama lain...jadi macam kristian banyak pecahan ader katholik,ada protesten ada kristian ortodoks.. ada percaya bible ader yang tak percaya bible,sebab agama ditafsri ikut suka individu.....bukan sahaja agama pupus...bangsa kita turut pupus..dlm website mereka..ini adalah peluang terbesar kita untuk serang akidah mana-anak melayu....kalau nak hasut kristian atau keluar islam tuan-tuan tak boleh buat apa-apa.
orang kristian makin naik kepala.kita meminta orang melayu bangkit protes berhimpun di hotel selesa Johor Baharu.bila kita buat kempen,jabatan agama islam kata kami tiada aduan, malahan kabinet jaga puak kafir ,kalau ader orang melayu tangkap terus masuk lokap,kita menghalang agama kita,menghalang.sudah tiba masa raja-raja bangkit,kita nak pesan,Tuanku angkat sumpah pertahan islam,sekarang ni islam tengah diserang.jangan samapai satu hari Tuanku tiada kena mengena dengan bangsa melayu...Alahamdullillah tuanku Sultan Selangor dah ambil inisiatif menyuarakan kekeciwaan hatinya pada tilawah kebangsaan baru-baru ini.kita bersama tuanku dalam memperjuangkan pekara ini.
kita minta parlimen dikuasai orang melayu segera meminda pelembangaan segera mendaulatkan agama islam.beberapa artikel ,kami peguam melayu sedang medraf perlembagaan untuk meletakkan islam di tempat sepatutnya.minta semua mufti bersama dalam hal ini. kalau kamu tak berani tapi janganlah hentam.kalau kamu tak mahu perjuangkan islam tolong duduk diam-diam.kita juga terkilan dengan akhbar harian.beza dengan kes natrah dahulu,yang mainkan peranan naikan semangat melayu.malah akhbar harian menyokong pula mereka.supaya sedarkan mereka,
kita minta sahabat polis dan angkatan tentera. jangan permainkan agama kamu,.kamu memikul tanggungjawab besar,haiatas kepala kamu kamu junjung nam allah dan muhamad pada lencana kamu.hari ini puak kafir di atas kelekaan umno.jangan benarkan pekara ini berlaku.kita tak boleh harapkan umno tak boleh harapkan pimpinan.kita kena sedarkan agama kita sedang diserang.kalau 1969.bangsa kita melayu yang diserang tetapi sekarang ini agama kita yang diserang.lebih besar prjuangan agama dari pertahankan bangsa.
kami menubuhkan NGO pembela islam.membuat satu kempen tanda tangan sejuta ummah.sebelum ini kumpulan kafir ini telah mengumpulkan 50 ribu tandatangan supaya melayu dibolehkan murtad.maka kita tandatangan kempen sejuta umah.jadilah umat bangsa melayu yang boleh dibanggkan rasullah,biarlah nama kita dikira Allah,sebagai nama yang memperjuangkan agama islam.
Ingin mendengar rakaman audio keseluruhan ceramah Zukifli Nordin mengenai Murtad Klik di sini
Zukifli Nordin
[ link ihsan rapidshare.belajar cara nak download...melalui Rapidshare ]
klik di sini
Niezam_Phg say....
Alhamdulillah semalam dalam keadaan cuaca hujan lebat pun Allah tabahkan hati saya dan berjaya juga menghadirikan diri ke majlis penerangan mengenai murtad di Madrasah Al-Huda Syeksen 10 Wangsamaju. Kehadiran adalah amat-amat mengeciwakan. Kalau jemaah seramai itu datang untuk mengerjakan sembahyang jumaat,nescaya mereka terpaksa bersembahyang Zohor!!!...sangat menyedihkan [ tak sampai pun 40 orang ]....rasa nak menangis dalam hati saya, melihatkan situasi yang sedemikian. Nampak sangat orang islam tak prihatin, tak ambil kisah..sedang agama mereka dihina dan diancam mereka masih lagi boleh berlegar legar di pasaraya..menonton bola..menonton rancangan perkahwinan artis popular.saya tidak mengatakan yang saya lebih baik dari itu. Cuma ada juga masanya kita harus memikirkan apa akan jadi dengan bangsa kita, dengan agama kita,dengan masa depan anak cucu kita...entahlah...kita dah terlalu jauh di sesatkan oleh persekitaran......teringat sepotong ayat al-quran.."Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...... " kebenaran di akhir zaman ini umpama semut hitam yang duduk atas batu hitam diwaktu malam....Dapatkah kita menemuinya???
6 Comments:
At August 30, 2006, Anonymous said…
testing sajerk
At August 30, 2006, Anonymous said…
nak buat benda baik memang banyak halangannya...syabas zam mengutarakan isu-isu Islam, agar kita & umat lain
sedar..berjuang demi AGAMA (ISLAM),BANGSA & NEGARA
At August 30, 2006, Anonymous said…
testing lagik
At August 30, 2006, Anonymous said…
testinggggggg......
At August 31, 2006, Anonymous said…
ok gak ye..
happy merdeka!
At September 01, 2006, Niezam Phg said…
testing jugak
Post a Comment
<< Home