Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 30, 2006

Luahkan idea dan pendapat anda DISINI...


Niezam_Phg Say...

Assalamualaikum kepada Semua pembaca blog ini. Di sini saya ingin mengundang anda yang mempunyai idea dan ingin dikongsi bersama janganlah segan segan untuk menaip artikel mengenai apa sahaja yang anda fikirkan sesuai untuk tatapan pengunjung yang lain dan meletakkan di blog saya. Saya akan membuat sedikit komen kepada artikel tersebut tetapi akan meletakan nama anda atau e-mel anda kepada artikel tersebut.konsepnya sama seperti 'surat pembaca' diakhbar-akhbar harian.

Saya sebenarnya sedar ramai diantara pengunjung yang mempunyai idea tetapi tiada tempat dan blog sendiri untuk menzahirkan idea anda. Jangan segan segan untuk mengirimkan e-mel artikel anda kepada saya dan dapat dikongsi oleh pengunjung yang lain.Banyak juga yang mengirimkan emel dan memberikan idea dan pekara pekara yang patut saya ulas dan letakkan di blog tetapi kekangan masa dan kerja sebenarnya membataskan hasrat tersebut.jika anda mempunyai masa yang terluang dan sudi menaipnya, amatlah saya hargai....semoga cetusan idea yang baik itu dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang lain.

3 Comments:

  • At August 30, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hi Zam,

    Saya terpanggil untuk membaca blog anda setiap hari kerana topik-topik yang anda bentangkan dan segala macam hal yang membabitkan artis, hal ehwal semasa, murtad dan lain2 lagi.

    Saya musykil dan kadang2 tertanya2, di Malaysia gempar dengan kes murtad dan artis yang merebutkan teman lelaki. Isu artis nikah dengan orang yang boleh dipanggil 'bapa' dan bermacam2 lagi.

    Malaysia boleh dikatakan sebuah negara Islam tapi hairan ye, kenapa ramai artis Islam yang berpakaian tak serupa orang Islam, maksudnya yang suka terdedah. Saya ada menerima email tentang foto Camelia yang berpakaian seperti ala barat hingga menampakkan susuk tubuh dari paras dada dan hampir ke pusat. Ala J-Lo gitu ! Not only Camelia tapi ramai artis Malaysia yang suka meniru-niru artis barat seperti tak sedar diri yang mereka tu orang Islam. Boleh pakai tapi tutuplah 'dada' tu.Tak perlu tunjuk apa yang mereka ada kat 'dada' tu.

    Saya pun hairan isteri-isteri kepada Menteri-menteri dan bekas menteri dan orang2 kenamaan di Malaysia (Tak perlu disebutkan nama) hanya memakai tudung kepala yang nampak rambut didepan. Walhal, mereka adalah contoh terbaik untuk wanita Islam.
    Camne orang yang bukan Islam nak respect orang Islam. Tak faham betul!

    Apa pandangan Zam dalam hal ini?

     
  • At August 31, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Saya nak awak tolong post kan ini..saya saya setuju dengan pendapat awak pasal datin s tuh..manusia sekarang ada yang semakin riak, menunjukkan mereka lupa dan alpa dengan kekuasaan Allah SWT. Wallualam... biarla kita beringat sesama kita...saya tak perlu la nak beri nama la yek..juz to share with every one that prihatin...

    Original message from Ahmad Tajuddin Ibrahim received on
    29.08.2006 10:36:30:

    Agama, akhlak syarat utama pilih suami, menantu
    Mon | Aug 28, 06 | 01:02:50 PM
    Oleh LanhH abtu lalu (26 Ogos) penulis menghadiri empat majlis
    perkahwinan
    dan satu kenduri arwah. Banyak lagi jemputan penulis uzurkan diri.
    Mungkin
    badan sudah panas manakala kepala pusing selepas makan terlalu banyak
    nasi
    briani dan minyak, daging serta minum air batu. Demikianlah, orang
    Melayu
    'pulun' habis - ada yang sibuk menikahkan anak dan ada yang
    terkenangkan
    arwah tersayang menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Itulah sebabnya
    mereka buat kenduri, kenduri dan kenduri.

    Apa yang penulis amati, majlis perkahwinan orang Melayu masa kini
    melalui evolusi masa, antaranya semua majlis yang dihadiri, tiada satu
    pun
    yang mengamalkan makan secara berhidang sebaliknya berdasarkan konsep
    layan
    diri - ceduk sendiri dan makan. Layangan petugas adalah minimum - ada
    gadis
    dan pemuda yang menghulur buah tangan - kotak kecil mengandungi
    gula-gula
    dan coklat (tetapi bukanlah jenis coklat yang disalutkan ke
    strawberi!).
    Sekarang hampir tiada buah tangan kotak telur bunga telur.

    Khemah orang sekarang pun 'dahsyat-dahsyat'. Walau di ceruk
    kampung,
    khemahnya adalah daripada kain yang menyeret hingga ke tanah dan dalam
    waktu
    terakhir ini penulis tidak ketemui lagi khemah 'simple' daripada atap
    zink
    dan tiang besi. Kalau khemah dibuat daripada buluh, rasanya sudah 10
    tahun
    penulis tidak ketemui.

    Pendeknya sudah berlaku pelbagai perubahan dalam majlis
    perkahwinan
    orang Melayu. Ini termasuklah kad kahwin, yang baru-baru ini bapa
    penulis
    mengomel. Katanya, apalah budak-budak sekarang, buat kad kahwin,
    disertakan
    gambar bakal pasangan pengantin berpeluk-peluk. Masa mereka ambil
    gambar
    itu, dia orang ingat dia sudah jadi suami isteri ke?

    Budak-budak sekarang sudah melampau, kata pula seorang ustaz
    ketika
    majlis Israk Mikraj yang penulis hadiri baru-baru ini. Beliau mengulas
    tiga
    dugaan utama seseorang manusia (lelaki) iaitu perempuan, harta dan
    pangkat.
    Apabila memperkatakan dugaan perempuan, beliau berkata budak-budak
    sekarang
    kalau bercinta, melampaui batas, berlebih-lebih.

    Ambil contoh kalau seseorang pemuda itu sedang mabuk bercinta.
    Pukul
    tujuh, ketika ke masjid untuk solat maghrib, kita nampak dia di atas
    motor
    sedang bercakap dengan 'aweknya' menggunakan telefon awam, pukul 9.30
    malam,
    ketika kita balik dari masjid, dia masih bertenggek atas motor itu,
    berbual
    lagi. Apa benda yang sedap sangat agaknya dia bualkan sampai berjam-jam
    itu?
    Tak terfikirkah dia maghrib sudah lepas, nanti Isyak dan subuh pun
    boleh
    terlepas sama.

    Itulah orang sekarang, kata ustaz itu. Belum kahwin boleh
    bercakap
    berjam-jam, tetapi selepas kahwin 'silent' (senyap) saja. Sebab masa
    belum
    kahwin dulu, dia dah cakap habis-habis, jadi lepas kahwin dia tidak ada
    bahan nak cakap lagi. Pasangan ini sudah habis modal jadi dia orang
    'silent', 'silent', 'silent', alih-alih kita dengar dia orang dah
    bercerai
    pula.

    Ini berlainan dengan orang dulu, kata ustaz itu. Pasangan
    pengantin
    dulu tak kenal satu sama lain. Mereka ikut saja cakap mak bapak. Kalau
    keluarga mereka dah berkenaan kat seorang anak dara itu, mereka ikut
    saja.
    Ketika mula kahwin mereka 'silent' saja, tetapi selepas beberapa tahun
    kahwin, tup-tup anak dah lapan, 10 dan 12! Itu tandanya apa? Tanda
    bahagialah tu!

    Dalam sebuah kuliah subuh 27 Ogos yang penulis hadiri, penceramah
    dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga)
    kepada
    anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya.
    Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima waktu
    dan
    menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal
    menantu,
    'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang
    bertanyakan,
    dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta
    apa?

    Kalau soalan pertama (solat tak?), dia 'fail', lebih baik jangan
    dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam
    bab-bab
    lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak
    menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak memimpin
    isteri dan anak-anaknya?

    Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun
    ciri-ciri lain seperti keturunan, subur (tidak mandul) dan kecantikan
    juga
    penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor
    seperti artis. Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk
    bermegah-megah,
    kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama
    dan
    akhlaknya tidak diperhatikan.

    Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah
    mas
    kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu
    mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau
    RM22,222.22
    atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada,
    janganlah nak
    riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia
    saja
    amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. Sekian,
    wassalam.

    Artikel Kepilan

    Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris,
    baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, mengkritik hebahan melampau dan
    majlis
    perkahwinan besar-besaran yang dakwanya menyumbang ke arah penyuburan
    nilai-niai negatif, antaranya pembaziran dan menyalahi hukum agama.

    Gambaran dan laporan melampau berhubung perkahwinan seorang artis
    terkenal dengan seorang usahawan tempatan di dada-dada akhbar baru-baru
    ini
    telah menimbulkan persoalan, apakah kesannya kepada masyarakat sehingga
    mengkesampingkan isu-isu yang lebih penting daripadanya.

    Adakah wartawan-wartawan hiburan tidak tahu memilih sesebuah
    berita
    atau itulah sahaja sebuah 'current issue'. Sedangkan banyak lagi isu
    yang
    boleh diketengahkan untuk tatapan umum.

    Yang nyata kesannya kepada masyarakat ialah sehingga menganggap
    isu-isu itu adalah isu negara, isu terpenting dan kadang-kadang
    menenggelamkan teguran atau nasihat seorang mufti atau ulama.

    Lebih parah lagi apabila isu-isu seperti ini di 'highlight',
    menggambarkan masyarakat Islam khususnya, gila kepada budaya
    pembaziran,
    budaya kemegahan, budaya hiburan. Ia menggambarkan juga di Malaysia ini
    orang-orang yang penting ialah golongan artis.

    Kini, isu percintaan, perkahwinan, persiapan ke arah majlis
    kenduri
    perkahwinan melampaui isu-isu lain. Ia bukan saja mendapat penonjolan
    di
    dalam akhbar perdana di muka hadapan, tetapi juga mendapat liputan khas
    melalui TV, satu-satunya media elektronik yang sangat memberi pengaruh.

    Semua liputan dan berita seolah-olah pasangan ini pasangan yang
    cukup
    'ideal', melebihi percintaan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun, Uda
    dan
    Dara dan kemegahan membina tugu cinta mereka sama dengan Shah Jahan
    yang
    membina Taj Mahal.

    Tetapi masyarakat yang mabuk dengan isu ini, yang menganggap
    artis
    adalah segala-galanya lupa beberapa sejarah pahit yang memalukan.

    Perkahwinan sememangnya baik dan seharusnya kita berdoa agar
    pasangan
    (tidak saja artis) kekal jodoh sehingga akhir hayat. Tetapi kenapa
    berita
    ini menjadi lebih penting daripada yang lain dan digembar-gemburkan
    oleh
    media.

    Ia sudah menjadi riak, takbur, membazir, melampau dan
    kadang-kadang
    sampai melanggar tata susila hukum. Namun apa yang mendukacitakan,
    ulasan-ulasan dan paparan dari wartawan hiburan seperti ini tidak
    mengambil
    kira hal-hal hukum kerana mahu meng'highlight'kan orang-orang seumpama
    ini.

    Antaranya ialah sebanyak tujuh kamera digunakan di Masjid Wilayah
    Persekutuan bagi tujuan merakamkan upacara perkahwinan. Siaran secara
    langsung pula dibuat. Pentas khas diletakkan di dalam ruang masjid,
    satu-satunya rumah ibadah. Seramai 30 krew produksi pula akan bekerja
    keras.

    Memanglah masjid sangat baik dijadikan tempat ijab qabul
    pernikahan.
    Tetapi apabila ia menunjukkan seperti melampau, riak dan
    bermegah-megah,
    menunjukkan kehebatan, apakah ia baik di sisi agama?

    Kita tidak tahu, apakah ia mendapat restu dari pihak pentadbir
    agama
    dan masjid di situ? Jika ia direstu dan diluluskan begitu mudah,
    alangkah
    malangnya pemikiran sebegitu rupa kerana pihak bertanggungjawab juga
    terbawa-bawa dengan budaya keglamoran artis-artis.

    Bukan masanya lagi apabila ada orang berkata, apa pun yang
    dilakukan
    oleh seseorang, itu adalah hak mereka. Memang sesiapa pun boleh
    mengeluar
    hantaran berjuta ringgit, belanja majlis perkahwinan berjuta, merancang
    akad
    nikah di dalam kolah masjid atau sebentuk cincin bernilai jutaan
    ringgit.

    Tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita merasa prihatin,
    sensitif
    dan peka terhadap enam ratus kanak-kanak yang menghidap sakit jantung,
    yang
    melanda kebanyakan keluarga berpendapatan rendah?

    Bagaimana dengan nasib mangsa peperangan di Lubnan, Palestin,
    Iraq dan
    Afghanistan? Bagaimana dengan nasib masa depan anak dan isteri yang
    ditinggalkan ini?

    Tergamakkah kita memakan juadah dan majlis santai meraikan
    pengantin,
    tetapi dalam masa yang sama, ada mereka yang menjerit kesakitan kerana
    luka
    dan berpenyakit kronik.

    Memang di sisi lain mungkin akan dijawab ia tidak ada kena
    mengena.
    Tetapi itulah sebenarnya gambaran masyarakat kita. Jika ia tidak
    dilakukan
    oleh pihak yang terlibat, siapakah pula yang bertanggungjawab
    menggembar-gembur hal ini.

    Lebih-lebih lagi para artis di negara kita menjadi 'role model'
    kepada
    golongan remaja dan kami percaya kita perlu menyemai budaya yang lebih
    baik
    dan bukannya pembaziran dalam melakukan sesuatu. CAP memandang berat
    hal
    ini.

    Ia bukan satu tafsiran cemburu tetapi mestilah dilihat dalam
    bentuk
    keprihatinan, kepekaan terhadap orang lain yang turut menjadi anggota
    masyarakat Malaysia. Ia juga satu bentuk budaya bermegah, membazir yang
    tidak dituntut oleh mana-mana agama mahupun budaya yang sihat.

    Kesederhanaan adalah yang terbaik dan CAP mengharap semua pihak
    dapat
    mengamalkan sikap dan budaya ini.

     
  • At September 01, 2006, Anonymous Anonymous said…

    testing

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...