kenapa agaknya Niezam Phg begitu Emosional?
Saya sebenarnya salah seorang peminat Datin S sejak awal kemunculannya, sebagai orang pahang, beliau merupakan warga pahang yang boleh dibanggakan selepas Allahyarham Sudirman,saya merupakan diantara insan yang membesar bersama lagu-lagu cinta beliau. Namun segala-galanya itu berubah selepas sidang media perkahwinannya dengan Datuk K. pekara sebegini membuka luka lama yang telah menjadi parut dalam sejarah hidup saya......saya tidak dapat mencari rasionalnya pilihan Datin S itu.... kenapa kita mesti membina kebahagiaan di atas juraian air mata insan lain?...memanglah jodoh itu ketentuan Allah....tapi tidak adakah sekelumit rasa bersalah dihatinya?.... entahlah..
Begini kisahnya, Ketika saya berusia 19 tahun dan sedang dalam persediaan berhadapan dengan peperiksaan STPM, berlaku satu peristiwa yang sangat-sangat mengejutkan dalam sejarah keluarga saya, bapa saya telah melafazkan perkataan CERAI kepada ibu saya selepas mereka mengharungi hidup bersama lebih dari 30 tahun ,malah mereka telah pun mempunyai cucu ketika itu!. bayangkanlah saya ketika itu yang duduk di asrama mendapat perkhabaran itu segera balik ke kg dan mendapati adik beradik kami seramai 7 orang telah berkumpul di rumah,.,.kami terkedu, pergaduhan yang bermula kecil kecilan itu tidak disangka merebak hingga membawa kepada penceraian.....
Saya melihat kakak dan ibu saya telah merah-merah mata kerana menangis terlalu banyak..ibu pula merajuk sehingga tidak mahu makan,.,..puas kami memujuknya...manakala ayah pula telah keluar meninggalkan rumah selepas melafazkan perkataan yang saya paling benci itu....tetapi akhirnya mujurlah Allah masih memberi sinar kebahagiaan kepada keluarga kami...ayah dan ibu dapat rujuk semula selepas melalui beberapa perbincangan dan nasihat saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga...ketika itu saya sangat kasihankan ibu saya...... kami risaukan kesihatannya jika dia meneruskan mogok laparnya.... Sejak itulah saya telah bernekad tidak mahu melukakan walau pun sedikit hati ibu saya...
Ketika menuntut di universiti saya sempat menjalin perkenalan dengan seorang gadis dari pantai timur.. baik orangnya.. bersopan santun... memang sesuai sangatlah nak buat calon orang rumah... tapi tidak tahu dimana silapnya... pilihan saya itu tidak dipersetujui ibu saya ketika saya pernah memberi 'klu' kepadanya..saya pasrah..walau pun saya terpaksa melukakan hati pasangan saya dan meremukkan hati saya sendiri,,tapi saya telah berazam untuk tidak membuat hati ibu saya terluka lagi..saya ikuti sahaja kehendaknya dan perhubungan saya dan teman itu berakhir dalam keadaan kami sama-sama saling-sayang menyayangi [ sebab itulah saya sangat-sangat sedih dengan kisah percintaan Allahyarham Hani Mohsin dan Serena ].
sehingga kini saya masih menyimpan gambarnya dan mengingati kenangan manis kami bersama kerana dia terlalu istimewa buat saya. Perkhabaran terakhir yang saya terima dia telah mendirikan rumah tangga dan menjadi pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu..saya doakan semoga dia berbahagia....terima kasih kerana pernah mengisi ruang hati ini dengan kasih sayangmu..walau pun kita tak mungkin bersamaaaaa...[ teringat lagu sheila on 7..."aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap...sampai nanti suatu saat..tak ada cintaku dapat..mengapa ada derita..bila bahagia tercipta....kenapa ada sang hitam...bila putih menyenangkan"........]
Sebab itulah apabila berlaku 'tragedi' sebegini menimpa Tengku Zawiyah, saya lebih bersimpati kepada beliau dan anak -anaknya kerana saya juga pernah melalui apa yang anak-anak Tengku Zawiyah rasai kini, Cuma ketika itu saya tidaklah mampu untuk bercuti ke Australia kerana kami bukannya keluarga kaya. Ada juga orang yang mengatakan...alah Tengku Zawiyah bercerai pun dapat juga RM 9 juta.....saya tidak berapa bersetuju dengan fikiran sebegini... kalau bukan sebab wang 9 juta itu pun memang keluarga Tengku Zawiyah dari kalangan orang berada...saya rasa kadang-kala wang bukanlah segala galanya..walau pun segala-galanya dalam hidup ini memerlukan wang..wang tidak dapat membeli kebahagian kita..wang tidak dapat membeli kasih sayang...
kepada saudari Rina ,mungkin selama ini kehidupan saudari dikurniakan Allah dengan perjalanan yang baik-baik dan tidak di uji seperti saya dan anak-anak Tengku Zawiyah.sebab itulah saudari boleh sahaja memberi komen sedemikian rupa...saya cuma meletakkan diri saya seperti di tempat anak-anak Tengku Zawiyah...itu sahaja...Jika anda sedang meletakkan diri anda di tempat CT itu hak anda,sebab mugkin ramai lagi gadis gadis di luar sana yang mempunyai impian yang sedemikian...MAAF kerana beremosi dalam posting-posting yang terdahulu.....
Saya merasakan media cetak dan media elektronik telah keterlaluan dalam mensensasikan majlis perkahwinan Datin S dan Datuk k ini, Saya tahu mereka melakukannya untuk menaikkan rating penonton dan jualan Akhbar.tetapi telah sampai ke tahap 'over killing'. sampai orang naik meluat dan menyampah pula...
Niezam Phg say.....
Buat saudari Rina, saya tidak marahkan anda atau berdendam dengan anda, malah saya amat mengalu-alukan kehadiran anda ke teratak saya.cuma kadang kala kita perlu juga cuba meletakkan diri kita di tempat insan lain untuk menjadikan diri kita lebih matang. Saya juga merasa ada sempadan garis pemisah yang jelas diantara kata- kata nasihat dan kata-kata kritikan kesat.Oh ya .. Saya meletakkan education background diblog ini bukan untuk membanggakan diri. Tetapi sekadar berharap dapat mencari teman-teman lama yang terputus hubungan selepas tamat pengajian dahulu,Yang paling mengembirakan, saya berjaya menjejak kasih kenalan yang hilang selama 6 tahun dulu,dia kini berada di Jepun meneruskan pengajian pada peringkat Master. Semoga pulang dengan kejayaan.sebab itulah saya meletakkan tahun pengajian sekali.harap maklum.
5 Comments:
At August 28, 2006, Anonymous said…
salam zam,
saya cuma nak menyentuh soal pendidikan...kelulusan universiti seperti yang di tulis oleh Puan Rina....memang saya sendiri amat terluka atas statement tersebut tetapi saya diamkan kerana saya juga menilai diri saya yang tak seberapa pandai seperti mereka, tetapi bila disentuh 2 kali oleh zam saya juga turut ingin memberi sedikit pandangan tetang isu tersebut.
Kelebihan akademik bukanlah satu piawaian yang dapat menentukan seseorang itu cukup matang dalam segala segi. Ianya cuma satu piawaian yang diletakkan oleh masyarakat dan biasanya yang popular dan selalunya pencapaian akademik akan diterima sebagai satu keistimewaan. Kelemahan akedemik atau fizikal bukan penghalang untuk kita menerokai khazanah yang tercipta di dunia. Bagi saya kelebihan kita memahami dan menyedari keistimewaan yang ada pada diri sendiri itulah yang membuat kita berjaya mengunakan ilmu dan pengalaman terkini untuk menjadikan kita mempunyai kemurniaan jiwa. Juga sumbangan dari faktor persekitaran, latar belakang dan dorongan keluarga.
Belajar biar pandai, tetapi tidak payah nak menunjuk-nunjuk, nak membanding-banding dengan orang lain. Ilmu dicari bukan untuk bermegah-megah. Orang cerdik macam tu tidak berguna kerana dia cuma cerdik tetapi tidak terdidik.
At August 28, 2006, Anonymous said…
Saya hanya musafir lalu diURL ini. Merupakan orang lama UKM. Yang pasti saya bersama sdr dalam soal siti ni.Posting sdr tidak keterlaluan bagi saya. Komen sdr yang menganggap hysteria media sebagai "over killing" masih siuman kerana saya menganggapnya sebagai "sickening circus show" dan "obscene"
At August 29, 2006, Anonymous said…
wooo..well said! saya tak penah jd peminat CT pon..maka saya bersetuju jer lah. =D
At August 29, 2006, Anonymous said…
Saya menghadapi nasib yang sama dgn bro niezam... tapi itu berlaku semasa saya dlm form 1... adik-adik masih kecil lagi, baru 3-4 bulan... bapak say asibuk kejar org yang lebih muda pada mak saya.. jadi dah tentu saya dapat faham perasaan TZ... bukan mudah .. sekarang perkara tu dah 14 tahun berlalu... hanya beberapa kali saja yang saya dapat berjumpa dgn ayah saya.. kali terakhir di waktu pernikahan saya. itu pun 6 tahun yang lalu... bayangkan apa yang saya rasa... kalaulah CT melarang DK bertemu dgn anak-anak nya... tentu ct seorg yang kejam... moga-moga ct tak begitu... bukan senang nak berkongsi kasih.. kini apa yang menimpa emak saya menimpa saya pula... tapi tidaklah sampai ketahap perceraian ... moga saya terus tabah...
At September 19, 2007, Anonymous said…
hi niezam.. saya paham apa yang awak rasa.. saya pon pernah melalui kegelapan macamtuh.. tak sama sebenarnye dengan apa yang pernah kita fikirkan.. bila dah kena, baru tau rasa nya camner..
maybe sebab tuh laa saya pon dah tak minat ngan ct jugak.. walaupon dulu sy ni loyal fan dia...
Post a Comment
<< Home