MERDEKA KAH KITA?......
Beberapa hari lagi negara kita malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 49 tahun,kerajaan melalui RTM dan Tv3 bersungguh-sungguh bekempen supaya seluruh peringkat warga negara mengibarkan bendera sebagai simbol menyambut hari kemerdekaan kita itu.Menteri Penerangan dikatakan agak keciwa kerana masyarakat masih hambar dan tidak begitu galak memberikan sambutan terhadap kempen kibar bendera ini temasuklah saya. bagaimana pula dengan Anda?...hmmm...saya agak tawar hati untuk mengibarkan jalur gemilang tahun ini...Bukan kerana saya tidak patriotik!
Entahlah..saya masih memikirkan pengisian kemerdekaan itu..iya. selama 49 tahun kita bebas dari penjajah bangsa asing dan komunis, tapi merdeka kah kita dalam erti kata sebenarnya?bebaskah kita?saya tidak langsung merasakan begitu...kerana dimana mana pun kita pergi. perasaan TIDAK SELAMAT sentiasa menghantui kita.bila-bila masa sahaja kita boleh di ragut oleh peragut..bila-bila masa sahaja adik kita keluarga atau saudara mara kita boleh menjadi mangsa rogol dimana-mana sahaja tanpa mengira masa...bila-bila masa sahaja nyawa kita boleh melayang diambil oleh seorang penagih dadah yang ingin merompak duit kita yang mungkin didalam dompet tak sampai pun beberapa puluh ringgit (itu kah nilai nyawa kita?)..jadi kalau kita bergerak
ke sana-sini dengan perasaan tidak bebas,sentiasa rasa takut dengan persekitaran yang tidak menentu,,,,aperlah erti kemerdekaan ini.....
Selama ini pun saya rasa kita telah tersasar menyambut hari kemerdekaan ini,31 ogos disambut dengan percikan dan dentuman bunga api,konsert artis popular tanah air(kalau tak buat ini orang tak datang pula).jadi dimana jati diri dan keikhlasan kita dalam meraikan kemerdekaan ini.kalau pun ada.rasanya lebih wajar kalau hari kemerdekaan ini disambut dengan majlis memperingati tokoh tokoh pejuang negara yang menyumbangkan jasa dan nyawa mereka dalam mempertahankankan negara.Tapi apa yang mereka perolehi?
Hanyalah nama yang dikenang setahun sekali dan 2 tiang nesan sebagai tanda kewujudan mereka.lebih afdal rasanya jika dihari ulangtahun kemerdekaan ini kita sedekahkan AL-FATIHAH dan bacaan SURAH YASIN supaya dapat juga membantu 'perjalanan' pejuang-pejuang kemerdekaan itu bersemadi disana...disamping mendoakan semoga Malaysia yang tercinta ini betul-betul merdeka dari Penagih Dadah,Jenayah Ragut,Rogol Dan Pembunuhan yang berleluasa di sana sini dan semoga masalah murtad yang telah sampai ke tahap darurah ini mendapat jalan penyelesaian keluar yang terbaik.Kita tidak perlu menunggu bala Tsunami melanda Malaysia baru kita hendak menginsafi segala kesalahan kita kepada agama islam yang suci ini.....
Merdekakah kita kalau agama suci kita di hina oleh puak puak lain dan meletakkan agama islam sama seperti agama-agama lain dan mereka boleh pula mentafsir agama suci kita berdasarkan pandangan mereka pula.nauzubillah!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home