Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, August 14, 2006

Siapakah itu Rebecca?

Oleh Zubir Mohd Yunus (ehsan berita harian)


Rebecca.sekali pandang macam elly suriati.ala yang berlakon cerita orang gaji nama Poh Bedoh tu...ingat tak?

GARA-GARA tersiarnya gosip dalam Bintang Popular minggu lalu, ramai tertanya-tanya siapakah artis baru yang dikatakan menjadi kekasih terakhir Allahyarham Hani Mohsin

BUKAN mudah memujuk Rabecca Nur membuka mulutnya bercerita mengenai pengalaman serta saat manisnya bersama Allahyarham Hani Mohsin, dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Rabecca seorang gadis yang kuat menyimpan rahsia terutama kisah yang membabitkan hal peribadinya.

Penulis sendiri tidak tahu selama ini Rabecca rupanya menjalin perhubungan akrab dengan Mohsin sehinggalah mendapat panggilan daripadanya pada hari Allahyarham meninggal dunia. Rabecca membuat pengakuan hasratnya menyemai benih cinta bersama Mohsin akhirnya tidak kesampaian.

Rabecca memberitahu, dia mengenali Mohsin beberapa bulan lalu, namun hubungan mereka semakin serius sejak dua bulan kebelakangan. Pada awal perkenalan mereka, Rabecca dan Mohsin sering terserempak di sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur, namun ketika itu Mohsin hanya memerhatikan Rabeca dari jauh saja.

Sehinggalah suatu hari ketika Rabecca bersama keluarganya yang baru selesai menonton wayang di KLCC, mereka terserempak pula dengan Mohsin bersama puteri kesayangannya, Hani Karmila, 9.

“Karmila menghampiri saya dan memberitahu, papanya (Mohsin) hendak berjumpa dengan saya. Akhirnya, Abang Mohsin secara gentleman datang menemui saya walaupun ketika itu saya bersama keluarga. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan mulai saat itu kami berkawan baik.

“Dari kawan biasa, hubungan kami akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Tapi, Abang Mohsin pernah menyuarakan hasratnya kepada saya, jika inginkan hubungan kami berterusan, dia tidak suka saya bergiat aktif dalam bidang seni dan lebih senang jika saya meneruskan perniagaan keluarga iaitu insurans.

“Justeru, saya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau memilih bidang seni. Sebab itu, saya merahsiakan perhubungan kami termasuklah kepada teman rapat, yang tahu saya berkawan dengan Abang Mohsin hanyalah mama saya.

“Tapi, belum sempat saya memberikan jawapan kapada Abang Mohsin, dia sudah pergi selama-lamanya,� kata Rabecca yang ketika menerima berita sedih itu dia berada di Johor Bahru atas urusan keluarga.

Sebaik menerima berita kematian Mohsin, Rabecca pengsan kira-kira 20 minit dan apabila tersedar, dia mengambil pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

Menceritakan perubahan yang berlaku pada diri arwah dua minggu sebelum kematiannya, Rabecca memberitahu, sejak kebelakangan mereka bertemu, arwah pasti menghadiahkannya bunga atau cokelat.

“Arwah berhasrat menghadiahkan saya dua helai kain batik yang dibelinya dari Terengganu. Tapi, saya terlupa membawa balik kain itu kerana tertinggal di dalam kereta arwah. Namun, atas pertolongan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara, kain berkenaan sudah saya perolehi.

“Dalam satu insiden lain, arwah pernah menekan brek kereta secara mengejut kerana hampir terlanggar lori di depan kami. Dengan spontan Abang Mohsin kata, `Ya Allah, nasib baik kita tak pergi sama-sama!' Saya terkejut kenapa arwah cakap begitu.

“Apabila sampai di rumah, lazimnya arwah akan menghantar saya di depan pintu, tapi hari itu dia mengadu dia penat dan minta saya naik ke rumah sendiri. Tapi, akhirnya arwah naik juga ke rumah saya. Selepas bersalaman dengannya, tiba-tiba arwah memanggil saya untuk bersalam lagi, katanya salam terakhir.

“Rupa-rupanya itulah salam terakhir saya bersama arwah. Malah Abang Mohsin pernah memberitahu saya, kalau dia mati, biarlah di sisi Karmila...� katanya yang mengakui Tiara mengetahui hubungannya dengan Mohsin apabila Karmila sering menceritakan perihal dirinya kepada Tiara.

Rabecca juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tiara kerana di atas pertolongannya, dia sempat menatap wajah Mohsin sebelum dikebumikan. Salah satu SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) Tiara kepada Rabecca: “Thank you for making him (Mohsin) happy. Rabecca, at least he had some happy moment.�

INFO RABECCA

1 - Nama penuhnya ialah Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 21, dilahirkan pada 30 April 1986 dan berasal dari Majidee, Johor Bahru.

2 - Gadis berbintang Tauras yang juga anak ketujuh dari lapan beradik ini berdarah campuran Arab dan Cina di sebelah ayahnya manakala Johor dan Indonesia di sebelah ibunya.

3 - Mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Majidee Baru, Johor Bahru.

4 - Memulakan langkah dalam bidang seni di pentas teater. Antara teater yang pernah dijayakannya di peringkat sekolah ialah Anum dan Di Mana Bumi Dipijak. Pernah memasuki kelas teater di bawah naungan Warisan Johor.

5 - Ketika menjadi penyeri muka depan majalah Remaja terbitan Jun 2005, Rabecca dilamar Skop Productions untuk membintangi drama bersiri kepolisan, Gerak Khas dan memegang watak sebagai Detektif Salina menggantikan tempat Elly Mazlein. Dia bersama Gerak Khas kira-kira lima bulan sebelum mengundurkan diri kerana masalah tonsil.

6 - Menyertai Dewi Remaja 2006, sekali gus dinobatkan sebagai Miss Favourite, Miss Rafflesia Paling Glamour, Miss Catwalk, Miss Aura Seri Songket dan Miss Top 5 De' Wajah.

7 - Selepas memenangi gelaran berkenaan, Rabecca mendapat tawaran sebagai pengacara TV rancangan rancangan Sihat Jelita sebanyak 13 episod menerusi RTM2.

8 - Masih menjalani penggambaran drama bersiri slot Lestary TV3, Dua Hati yang kini sudah pun disiarkan setiap Selasa jam 9 hingga 10 malam. Pelakon lain ialah Linda Rafar, Zuliana Ab Aziz, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz dan Linda Hashim.


Ulasan Niezam Phg

Saya sebenarnya tidak berminat sangat hendak mengulas akan kaitan wanita ini dengan Allahyarham Hani Mohsin, tetapi saya banyak mendapat pertanyaaan dari rakan-rakan seinternet mengenai pekara tersebut. rasanya kalau ader pun perhubungan dia antara dua insan ini,.ianya masih diperingkat permulaan pada 'ketika itu',jadi tak ade aper yang mahu digossipkan,lagi pula Allahyarham telah tiada untuk menjawab segala persoalan kita. kita lupakan sahaja pekara ini dan doakan semoga roh Allahyarham tenang dan damai di'sana', rasanya itu lagi membantu daripada kita bising-bising tanpa hala tujuan,tak pasal pasal je dapat 'dosa kering' nanti.Apa kata anda?

1 Comments:

  • At August 15, 2006, Blogger Ghazali said…

    Niezam,

    As for me, Arwah pun manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan, and since dia pun single ,so tiada yg pelik nyer andianya arwah jatuh hati kat Rebecca ...

    Cuma jodohnya ngan Rebecaa tak kesampaian .....

    Ghazali

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...