Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 09, 2006

Konsert Final AF4-Tradisi yang gagal dipecahkan!



Alhamdulillah.Akhirnya saya berjaya jugak menulis ulasan mengenai konsert akademi fantasia!.rasa gembira sangat, rasa macam setaraf dengan Klubkidd, Sutan Muzafar,Abg Badrul dan Elkapitan. sebenarnya memang dulu pun saya berminat jugak nak menulis ulasan pada setiap konsert AF,cuma merasakan telah banyak blog-blog yang khusus membuat ulasan mengenai Af lalu niat itu saya pendamkan,bukan apa, nanti orang muak juga apabila bercerita pekara yang sama sahaja,tetapi memandangkan tirai akademi fantasia musim ke 4 ini telah berlabuh, bagus juga peluang yang terakhir dan julung-julung kali ini saya gunakan untuk berkarya mengenai konsert final ini menurut pandangan Niezam Phg pula.

Tahniah Faizal! atas kejayaan anda meneruskan tradisi sebelum ini dimana pelajar LELAKI sekali lagi dinobatkan menaiki takhta juara akademi fantasia, walaupun diawal-awal permulaan konsert dulu terdapat usaha-usaha 'pihak tertentu' yang inginkan wanita menjadi juara! rasanya mereka bermimpi disiang hari.bukannya saya antikan wanita! tetapi sebelum kita meletakan harapan yang sedemikian tinggi rasanya elok kita kaji dahulu format pertandingan, pola pengundi, Demografi, tarikan, selain bakat dan rupa yang ada dikalangan pelajar-pelajar tersebut.

Setiap kemenangan perlukan usaha, strategi dan faktor-faktor dalaman sesorang pelajar dan juga faktor2 luaran yang akan membantu kemenangan seseorang, walaupun kerapkali dititik beratkan bahawa pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil BAKAT seseorang menjadi seorang artis,tetapi agenda tersembunyi sebaliknya yang sebenar ialah untuk menjana keuntungan kepada ASTRO, pertandingan ini hanyalah topeng sahaja, kerana jika mereka betul-betul ikhlas perlukan pemenang berdasarkan bakat seni suara,penggunaan juri profesional sepenuhnya adalah PERLU!,(sebab itulah juara bintang RTM dulu berjaya mengekalkan nama sehingga kini). bukannya meletakkan 100% keputusan kepada penonton! yang rata-ratanya buta mengenai 'terma' dalam industri muzik seperti falsetto,tone placement,low tone,high tone,pitching,projection dan sebagainya

Bercakap soal strategi sekali lagi saya merasakan Faizal, sebenarnya dalam tidak kita sedari menggunakan sepenuhnya strategi dengan bijak.(merebut peluang) dengan sifat jujur dan lurus bendul,beliau sebenarnya menumpang sedikit aura mawi,iaitu dengan imej budak kampung yang tulus dan terserlah keikhlasannya.sebab itulah ramai makcik-makcik yang mudah tertarik dengan sifat yang sebegini,selain itu Faizal juga merupakan satu-satunya calon dari pantai timur yang berjaya mara sejauh itu dalam akademi,.tetunya faktor kenegerian banyak membantu undian faizal.

Soal keluarganya dikatakan berhutang itu adalah pekara kecil dan sengaja diperbesarkan, saya telah pun membaca artikel tersebut,tidak ada cacat cela langsung pada pandangan mata saya,keluarga Faizal bukannya mengadai rumah atau barang kemas untuk memastikan Faizal kekal di akademi. mereka hanya berhutang dengan syarikat pencetakan yang jugak mempunyai pertalian saudara dengan keluarga Faizal dalam membuat banner,cenderamata dan kenangan untuk peminat Faizal,bagi saya ini faktor luaran yang merupakan strategi keluarga Faizal bagi mEmastikan kemenangan anak meraka,saya rasa sesiapa pun akan melakukan pekara yang sama jika ada orang kampung atau saudara mara mereka berjaya sampai ke tahap sama saperti Faizal.ternyata pelaburan ke atas Faizal BERHASIL.

Saya sebenarnya bersimpati dengan nasib Farhan,jika tidak kerana adanya kemasukan Lotter melalui AFMASUK sudah tentu Farhan berpeluang untuk memandu pulang vios yang kedua itu.bukannya Lotter!!!..kemasukan Lotter ternyata menutup terus peluang Farhan dan Lotter sememangnya bernasib baik,penyingkiran Lotter pada minggu ke tujuh ternyata satu kejutan sebenanya kerana dikatakan banyak undian Lotter yang tidak masuk pada konsert tersebut. kehilangan Lotter selama seminggu telah menyebabkan akademi menjadi sedikit suram dengan tiadanya jenaka dan sikap selamba Lotter,jadi apabila Lotter berpeluang masuk semula ke akademi, peminatnya terus 'mengamuk' dengan menghantar undian yang berterusan sehingga menjejaskan peluang Farhan,selain itu Velvet dan Haziq bukanlah saingan terdekat Faizal dari segi undian.

Saya cuma tidak faham dengan keluarga Farhan yang begitu melayan gossip yang menyatakan bahawa Farhan merupakan seorang janda beranak satu. malah keluarga Farhan sanggup menawarkan sehingga RM 50.000! kepada sesiapa yang mampu membuktikan dakwaan tersebut. bagi saya jika keluarga Farhan benar-benar mempunyai wang sebanyak itu mengapa tidak sahaja wang tersebut digunakan untuk menghantar undian kepada Farhan, sudah tentu Farhan berpeluang untuk memandu salah satu vios tersebut jika tidak mampu mengatasi undian Faizal seklaipun. walau bagaimana pun saya teringat kritikan Adlin Aman Ramli untuk Farhan,"jika anda tidak berpeluang menjadi juara disini pun anda akan menjadi juara diluar sana kerana Farhan sebenarnya berbakat BESAR".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...