Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, August 01, 2006

Petikan dari akhbar singapura.

Berita Minggu (Singapura)

Panggilan Terakhir untuk Serina

"Sewaktu kami berpisah, saya katakan padanya, biarlah hanya ajal yang memisahkan kami. Sekarang ia benar-benar berlaku" kata Serina dengan nada sedu sedannya semasa hari pengkebumian Allahyarham Hani Mohsin pada Selasa lalu.

Anak gadis cef selebriti terkenal, Cef Wan, itu yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham juga memberitahu sepanjang mengenali Hani Mohsin beliau adalah lelaki yang sangat baik dan sering mengingatkannya supaya tidak meninggalkan solat.
Beliau juga tidak pernah minum arak, kata Serina.

Namun, percintaan mereka tidak sampai kemana kerana ditentang habis-habisan oleh Cef Wan. Itu yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing... yang mengakhiri kisah cinta mereka.

Menyaksikan Serina menangis terisak-isak pada hari pengkebumian Hani Mohsin itu, saya mencari pula bapanya, Cef Wan. Beliau tidak kelihatan dan hanya sebelah petang baru saya menerima SMSnya menyatakan beliau tidak hadir.

Mungkin beliau memikirkan kehadirannya akan menimbulkan kontroversi pula sebab semua orang tahu pendiriannya tentang hubungan anak gadisnya dengan Hani Mohsin, sedikit masa dulu.

Rasanya, sudah tidak menjadi rahsia lagi kisah Serina yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham Hani Mohsin. Bukan main kecuh lagi ketika itu kerana cinta mereka mendapat tentangan Cef Wan yang beriya-iya menyatakan beliau tidak merestui hubungan anaknya, hinggakan pasangan kekasih itu terpaksa mengambil keputusan berpisah saja.

Sebenarnya, Serina merupakan satu-satunya wanita yang berjaya mengisi kekosongan hati Allahyarham selepas perceraiannya dengan Tiara. Walaupun mereka saling menyintai tetapi Serina tidak mahu engkar cakap orang tua... nanti menjadi anak derhaka pula.

Kerana itu Serinalah insan yang paling sedih sekali waktu kematian Hani Mohsin. Beliau turut bersama-sama keluarga Allahyarham di Bukit Antarabangsa dan hanya pulang ke rumah selepas selesai pengkebumian.

Sehari selepas itu barulah Serina membuka cerita. Beliau sedih kerana terkilan dan kesal tidak menemui Hani Mohsin, yang menghubunginya minggu sebelumnya. Allahyarham telah menelefonnya setelah sekian lama mereka memutuskan hubungan.

Menurut Allahyarham, beliau mahu menemui Serina "buat kali terakhir" sambil meluahkan isi hatinya bahawa beliau masih kasih dan tidak dapat melupakan Serina.

Beliau kata perasaannya masih tidak berubah dan sekalipun telah cuba berkawan dengan orang lain, Serina masih dalam ingatan" kata Serina dengan linangan air mata...

Menurutnya, Allahyarham Hani Mohsin mengajaknya berjumpa untuk minum dan beliau memberitahu bahawa ia akan menjadi pertemuan mereka yang terakhir. Tapi Serina memberitahu beliau tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana bimbang luka lama akan berdarah kembali.

"Tambahan pula, saya takut kalau orang nampak dan menjadi gossip pula. Tidak sangka rupa-rupa itu petanda yang beliau akan pergi buat selamanya."

"Tapi muka beliau nampak tenang dan manis. Beliau memang kuat solat dan selalu ingatkan saya supaya solat, jangan malas, katanya. Banyak betul kenangan manis kami dulu, akan saya kenang sampai bila-bila." tambahnya.

Sebenarnya memang cinta Hani Mohsin pada Serina adalah cinta yang dibawa hingga ke akhir hayatnya. Gambar Serina dibawa Allahyarham kemana-mana dan ini terbukti apabila pengawal keselamatan Tiara memberitahu Serina bahawa gambar Serina masih ada dalam dompet Allahyarham ketika mahu mengambil Kad Pengenalan Hani Mohsin untuk urusan pendaftaran kematian.


p/s: sayunya hati saya membaca part yang terakhir itu.saya nie sebenarnya susah nak menangis,seingat saya kali terakhir saya menangis ketika menonton filem hindustan khabi khusi khabi gham itu pun dah 4-5 tahun yang lalu rasanya, tapi pemergian Allahyarham menyebabkan saya tidak menahan kesedihan,saya pun tak tahu kenapa tetapi saya tahu 'rasa' sebegitu dikongsi juga oleh peminat-peminat yang lain.Saya merasakan seolah- seolah seorang saudara dan sahabat yang paling dekat dengan diri ini walaupun ketika hayatnya Allahyarham tidak pernah mengenali diri ini..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...