Berat mata memandang,berat lagi tangan nak menaip.....
Namun segala-galanya berubah selepas posting saya yang bertajuk "berita bergambar Allahyaham Hani Mohsin" pada 27 julai.selepas itu segala-galanya telah tidak sama lagi. Dahulunya memanglah tujuan saya mengwujud blog ini hanyalah sekadar untuk suka-suka dan meluahkan perasaan,sekadar menceritakan perkembangan kepada rakan-rakan.Namun kini bilangan pengunjung telah pun mencecah hampir 40 000 orang!. dalam masa seminggu sahaja,saya terkedu sebenarnya. walau pun dalam masa yang sama saya sangat gembira dan sangat bersemangat apa bila teratak yang tidak seberapa ini sudi dikunjungi oleh berbagai lapisan masyarakat sejauh sehingga ke Jerman, Korea, Japan Australia, Amerika syarikat dan lain-lain.
Harapan saya selepas ini hanyalah untuk berkongsi apa sahaja dengan pengunjung,samada berita, isu, perbincangan dan sebagainya, kerana saya sentiasa membuka teratak ini untuk di kunjungi oleh sesiapa dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan di sini agar kita sama-sama mendapat manfaat atas kecanggihan teknologi global ini.Sekiranya anda mempunyai idea dan pandangan, janganlah sesekali segan untuk meng-emel kepada saya.insyallah akan saya layan atau pun jika anda mempunyai sesuatu yang ingin di kongsi dengan pengunjung yang lain.ianya amatlah saya alu-alukan
Saya sedar ianya menuntut komitmen yang tinggi untuk memuaskan hati pengunjung yang sentiasa dahagakan imput yang terkini dan gambar-gambar yang berkaitan dengan isu yang dipaparkan. Namun sebagai insan yang kerdil, saya ingin meminta maaf seandainya paparan apa-apa sahaja di blog ini tidak mampu memuaskan hati semua pengunjung, saya sedar pengharapan yang tinggi telah diletakkan atas bahu pemilik teratak ini. Kepada pengunjung setia yang sudi meninggalkan coretan di buku tetamu (ruangan komen) ,saya ucapkan berbanyak terima kasih, anda sebenarnya memberi saya motivasi dan kekuatan untuk saya 'berkarya' di landskap yang terbuka luas ini.....
1 Comments:
At August 07, 2006, Ghazali said…
Niezam ...
BLOG you I search sebab nak tau pasal HANI MOKHSIN ... and dalam BLOG you memang padat ngan cite2 tuh ....
Since you ni MAWI punya fan ... cite ler perkembangan MAWI skg nih ... nak jugak tau kannn
Post a Comment
<< Home