Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, August 01, 2006

Berakhirnya noktah lembaran kehidupan.

Sekadar renungan bersama...




Penyakit jantung merupakan 'silent killer' yang utama di negara kita. Ini kerana ia berkait rapat dengan tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang sukakan makanan berlemak dan berminyak. kita biasa menjamu selera dengan nasi lemak,roti canai setiap hari, selain itu rakyat Malaysia juga jarang bersenam,bila kita jarang bersenam,perjalanan darah kita tidak lancar, sebab itu kita kurang cergas,mengantuk dan rasa malas. Senaman yang kurang menyebabkan Pertambahan lemak dalam badan, bukan sahaja di perut tetapi juga didalam saluran darah yang lama-kelamaaan akan menyebabkan jantung sukar mengepam darah yang membekalkan oksigen keseluruh tubuh.


Bila ini berlaku seseorang itu dikatakan mendapat serangan penyakit jantung.kerana oksigen gagal disalurkan kebahagian otak yang mengawal perjalanan operasi tubuh seseorang. Ini akan menyebabkan muka orang diserang penyakit jantung akan menjadi kebiru-biruan. Pada ketika ini orang disekeliling mungkin mempunyai masa sekitar 4-5 minit (bukannya setengah jam!) untuk melakukan CPR dan memaksa jantung yang terhenti supaya bertindak balas kepada tubuh.jika sekiranya ini gagal dilakukan,Disitulah tertutupnya diari kehidupan seorang lagi bani adam di dunia ini.innalillah.

Selain itu berdasarkan statistik Bukit Aman kadar kemalangan maut di Negara Malaysia diantara 5000 hingga 6000 setahun. Ini bermakna setiap hari secara puratanya 15 hingga 20 orang warganegara Malaysia membuat 'temujanji' dengan Malaikat Izrail untuk menutup lembaran diari kehidupan mereka di jalanraya!. Dan purata kadar ini akan bertambah ketika musim perayaan menjadi 20 hingga 26 0rang. sebanyak 60% daripada kematian itu melibatkan penunggang motosikal. Murahnya nyawa orang yang menaiki motosikal!.

Perkara ini terjadi disebabkan sikap penunggang motosikal itu sendiri yang memakai topi keledar tetapi tidak menggunakannya dengan cara yang betul. Tali topi keledar yang tidak dilekatkan dengan betul akan menyebabkan topi keledar itu gagal melindungi kepala. Bila berlaku pelanggaran yang kuat topi keledar akan tercabut dan kepala tidak mempunyai perlindungan lagi.Pelanggaran yang kuat akan menyebabkan berlaku hentakan kepada kepala, biasanya penunggang akan mati serta-merta.tak tahulah sempat mengucap ke tidak!. kalau pun terselamat biasanya gegaran otak akibat hentakan akan menyebabkan penunggang mati otak.(koma)berbulan -bulan atau bertahun-tahun.


Kemalangan dilebuhraya PLUS beberapa hari yang lalu

Sebab itulah Kerajaan Malaysia memperkenalkan Pemanduan berhemat.Adakah anda tahu apa itu pemanduan berhemat? pemanduan berhemat bermakna 'sikap atau corak pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan'. Ini bermakna pemanduan berhemat bermaksud pemandu bersedia menghadapi keadaan halangan yang disebabkan pemandu lain atau keadaan jalanraya melalui teknik mengenalpasti,meramal,membuat keputusan dan barulah bertindak. kita tahu bahawa rakyat Malaysia bukannya tidak cekap memandu tetapi sikap negatif memandu yang ditonjolkan akan menyebabkan berlakunya kemalangan. BERHATI-HATILAH KERANA KEMALANGAN BOLEH DIELAKKAN DENGAN BERSIKAP POSITIF DI ATAS JALANRAYA. Apakah sikap positif semasa berada dijalanraya? antaranya bersabar,tenang,sentiasa beralah dan patuhilah peraturan lalulintas yang dibuat untuk memastikan nyawa kita selamat.

Saya pasti setiap hari kita menggunakan jalanraya untuk ke tempat kerja,balik kampung dan sebagainya. Tahukah, kita sebenarnya sedang berada di atas 'sungai maut' yang pada bila-bila masa kemalangan boleh berlaku ke atas kita walau pun disebabkan kelalaian pemandu lain. Bila berlaku kemalangan, soal siapa yang benar atau salah tidak penting lagi kerana nyawa kita tiada dijual di kedai alatganti. Oleh itu sentiasalah berhati-hati apabila anda meninggalkan rumah,tataplah puas-puas rumah anda,wajah isteri-isteri,anak-anak,rakan sekerja dan orang yang tersayang setiap kali anda menunju ke 'sungai maut' kerana itu mungkin kali terakhir mereka dapat menatap wajah anda. Mungkin hari ini 'temujanji' anda dengan malaikat maut telah ditetap di lembaran luh mahfuz pada sekian-sekian waktu.

Peringatan saya, mulakanlah perjalanan anda dengan bismillah dan kalimah sahadah, kerana anda mungkin tidak sempat berbuat demikian apabila menjadi sebahagian dari 'statistik' pada hari tersebut.kalau pun kita ingin 'dijemput' tapi biarlah bukan di atas jalanraya. MAAF jika luahan kali ini agak menakutkan anda cuma saya sangat bersedih dengan kemalangan yang meragut 11 nyawa di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi beberapa hari yang lalu, ianya menyedarkan saya hidup ini sebenarnya terlalu singkat, kerana ketika kita dilahirkan kita diqamat atau diazankan dan ketika kita 'dijemput' pula kita akan disembahyangkan. 'waktu diantara qamat,azan dan sembahyang' itu sangatlah 'singkat' kehidupan ini!.......Semakin jauh perjalanan kita di dunia ini semakin dekat pula perjalanan kita menuju Tuhan yang Maha ESA...........Subahanallah.

1 Comments:

  • At August 01, 2006, Blogger JUZ ME said…

    Kenapa ye Niezam kat Malaysia pengguna jalan raya selalu tidak sabar dan tidak cermat..takut dibuatnya bila balik ke Malaysia tgk cara dia orang memandu...harap-harap segala masalah ini dapat diatasi...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...