Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 09, 2006

Gambar perkahwinan Allahyarham Hani Mohsin


Saat saat bahagia Allahyarham Hani Mohsin Dengan Tiara ketika bergelar 'Raja Sehari'.

Allahyarham Hani Mohsin mendirikan rumah tangga dengan aktres dan produser, Tiara Jacquelina pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada tahun yang sama.

Tiara Jacquelina kini merupakan isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.Selepas penceraian Hani Karmila, duduk dengan dua-dua sekali... Sabtu sampai Selasa dia dengan Hani, petang selasa sampai pagi Sabtu dengan Tiara........Kini semuanya tinggal kenangan.....

Allahyarham Hani Mohsin menjadi Anak tunggal yatim piatu selepas pemergian ibunda (berasal dari Perak) tercinta pada mei 2004. manakala bapanya (berasal dari Perlis) telah mendahului ke rahmatullah pada tahun 1994. Sebab itulah hidup Allahyarham Hani menjadi sepi selepas penceraian,cuma kehadiran Hani Karmila menjadi pengubat kesepiannya, Allahyarham pernah berkata(selepas kematian ibunya) bahawa kehidupannya kini hanyalah semata-mata untuk anak tercinta,Hani karmila.

Sepanjang hayatnya Allahyarham berjaya memberi sinar islam kepada dua orang insan iaitu bekas isterinya Datin Seri Tiara Jacquelina (nama asalnya Jacquelina Eu Gaik Sim) dan juga Nur Aliah Lee yang merupakan isteri kepada pengarah Aziz M.Osman.Besar sungguh jasa Allahyarham Hani.Semoga ALLAH mengurniakan balasan yang setimpal dan meletakkankan darjatnya dikalangan orang -orang yang terpuji di atas segala sumbangannya dan jasa kepada agama islam yang maha suci ini.Subhanallah.

2 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...