Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 09, 2006

Satu Pertemuan.....dan.....Akademi Fantasia 5 pula?

Baru-baru ini selepas menonton Konsert Fantasia Mawi,di Bukit Jalil pada 6 Ogos .saya berpeluang bertemu dengan teman lama yang saya kenali ketika sama-sama aktif dalam MAWIFC satu ketika dahulu,beliau ialah Jase Mario. kami bersembang di Gossip Koner,yang terletak bersebelahan stesen LRT Bandar Tasik Selatan. sini merupakan tempat makan yang menyediakan karaoke secara terbuka,jika anda tidak segan dan rasa mempunyai bakat bolehlah menghiburkan pengunjung disana dengan bayaran RM2 untuk satu lagu, dulu-dulu saya kerap juga menyumbangkan suara di sana!. lagu 'makanan' saya ialah kekasih awal dan akhir.....hehe...

Pertemuan dengan Jase sebenarnya menarik kerana perbualan diantara kami banyak menjurus kepada blog,(beliau jugak seorang penulis blog yang aktif!). artis, Konsert AF,mengenai mawi, mawi fc, perkahwinan Siti dan Datuk K dan akhir sekali mengenai allahyarham Hani Mohsin, sehinggalah mata mula mengantuk dan kami bergerak pulang setelah jam menunjukan jam pukul 12 30 pagi.

Sebelum terlupa ketika membelek-belek majalah keluaran HAI yang terbaru ketika mencari berita Hani Mohsin saya tertarik dengan satu arikel yang memuatkan temubual wartawan mengenai konsert final AF dan salah seorang yang enter frame itu ialah Jase Mario,(makin glamourlah kawan saya seorang ini,dapat masuk majalah pulak.! saya masih ingat tahun lepas ketika kehangatan gelombang tsumawi,beliau juga ada terselit dalam akhbar Harian Metro bercerita mengenai jari nya yang hampir patah kerana meng afundi mawi!!!hahahah) disini saya taipkan semula apa pendapat beliau dalam majalah tersebut,jika anda mahu boleh juga ke alamat blog beliau seperti dibawah ini.




Jase Mario



JASE MARIO

"Tahun ini tidak ada pelajar yang saya sokong secara konsisten kerana lebih selesa memilih mereka yang memberikan persembahan tebaik setiap minggu".

"Tapi,sampai tahap ini saya melihat Faizal dan Velvet paling konsisten dalam memberikan persembahan tebaik.saya ramalkan Faizal jadi juara berdasarkan kemajuan dirinya dan undian yang memihak kepadanya".

"Farhan bukanlah saingan Faizal kerana bagi saya apabila lotter masuk,dia akan jadi saingan kuat Faizal,saya akan undi siapa yang beri persembahan terbaik dan mengharapkan satu persembahan yang bertaraf profesional di pentas akhir nanti.kalau boleh biarlah lagu yang diberi sesuai dengan vokal dan minat mereka.saya tak nak lihak jadian lupa lirik atau melodi..sebab benda begini akan menjejaskan reputasi mereka.di peringkat akhir orang bukan hanya nak mengundi,tetapi nak tengok show yang bagus". kata Jase Mario lagi.

"Akademi fantasia tidak perlu diteruskan lagi tahun depan,perlu direhatkan seketika sebelum kembalikan AF5".
(petikan dari majalah HAI ogos 2006)


ulasan Niezam Phg.

Selagi ASTRO meletakan keuntungan sebagai satu dorongan untuk mereka meneruskan program ini, susah untuk menjangkakan TIDAK ADA lagi akademi fantasia di musim hadapan,kerana jika mereka berbuat demikian, share market dalam program realiti berbentuk hiburan ini akan di bolot pula oleh stesen -stesen tv yang lain, saya tidak rasa dengan merehatkan akademi fantasia semusim akan menyebabkan penonton teruja untuk menonton semula selepas ianya hilang setahun,yang pasti penonton akan beralih kepada program realiti yang lain pula, jadi sanggupkah ASTRO kerugian sumber sms berjuta-juta selama 2 bulan itu dan berhadapan kemungkinan penghijrahan penonton ke stesen lain. selama ini pun kesuraman akademi fantasia selain faktor piala dunia ialah kerana saingan program yang hampir serupa dari stesen tv yang lain seperti MENTOR dan One In A Million.

selain itu ASTRO dilihat kejam jika merehatkan program ini kerana pertambahan pelanggan baru ASTRO melayu ada kaitan juga dengan wujudnya program realiti akademi fantasia, selain itu ASTRO telah membayar hak cipta dari penebit asal program ini,jadi rugilah mereka jika membayar tetapi tidak mengunakan hak cipta tersebut. Jika ASTRO berhajat mengembalikan kegemilangan program akademi fantasia sebelum ini, satu post mortem yang menyeluruh perlu dilakukan kerana dilihat terlalu banyak kelemahan pada edisi akademi fantasia ke 4 ini contohnya, pilihan tenaga pengajar,pilihan lagu untuk pelajar (ada yang tidak pernah didengar dan tidak biasa dengan telinga penonton,ada lagu yang diberikan juga tidak sesuai langsung dengan tone suara pelajar!),pilihan pakaian (yang ini sedia maklum,tak larat nak ulas dah! ) dan kejutan -kejutan yang sebenarnya telah tidak begitu terasa kejutannya.

Jika elemen-elemen ini berjaya diperbaiki,tidak mustahil kehangatan dalam AF 5 nanti akan lebih terasa dan akhir sekali jika ASTRO benar-benar inginkan juara dari kalangan pelajar WANITA,untuk musim hadapan tampilkan sahaja kesemua pelajar dari kalangan wanita, kerana kita telah sedia maklum dengan demografi pola pengundian di akademi fantasia sebelum ini. dan untuk musim seterusnya bolehlah diletakkan semula gabungan pelajar lelaki dan wanita semula.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...