Remp-It.Bakal merempit di pawagam berdekatan 10 Ogos 2006
Saya sebenarnya 'teruja' sangat untuk menonton filem ini.kisah mengenai perlumbaan motor haram anak -anak muda,bukannya ape cuma hendak mengembalikan nostalgia ketika zaman remaja saya dahulu.saya juga pernah melalui rasa jiwa muda remaja yang penuh dengan darah membara yang sentiasa suka motosikal,kelajuan, cabaran dan segala-galanya yang berkaitan dengan trend remaja.
Cerita remp-it ini mengisahkan Madi (farid kamil) bekerja sebagai budak pejabat tetapi suka merempit ketika malam hari. Madi mempunyai teman wanita yang dilakonkan Julia Hana(leka) pada satu perlumbaan Madi dicabar Spark (Zul Huzaimi) dan sesiapa yang kalah motosikal akan dibakar, Madi akhirnya tewas dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap konco konco spark dan motosikalnya dibakar dan dia dibelasah hingga cedera parah. sejak itu leka beralih arah ke Rizzo(Aqasha).selepas sembuh Madi berazam menebus kembali maruahnya dan teman wanita yang telah mengikut mat motor yang lain.....untuk kesudahan seterusnya saksikan di pawagam berdekatan...
Julia Hana yang 'melakonkan' watak gadis bohsia dengan berkesan.Pandai betul dia 'menjiwai' watak itu.
Filem sebegini mengingatkan zaman remaja saya,saya juga penah mempunyai motosikal ketika menuntut di universiti dulu. cuma setakat RXZ sahaja,tapi itu pun kira dah cukup besar, seronok sangat,kalau nak mengorat awek pun rasanya tak susah sangat nak dapat sebab ramai jugak orang pelajar perempuan suka naik motor walau pun lebih ramai yang suka dapat boyfriend ada kereta!. semasa itu saya tidaklah merempit kesana sini tak tentu hala,kalau hujung minggu biasanya berpakat dengan budak-budak serumah pegi piknik..biasanya kami akan berkonvoi ke Port Dickson, Air Terjun Gabai atau pun air sungai congkak.....
Rasanya paling laju pun saya bawak motor RXZ saya tu dalam 140km/jam je...tak berani nak pulas lebih laju lagi,,sebab sayang jugak kat nyawa yang satu ni...saya pernah eksiden 2 kali..yang sekali tu jatuh sendiri sebab tayar hadapan pancit..merasa juga terlantar atas katil 2 minggu,kerana beralih tulang punggung..seksanya masa tu.,.,nak ke bilik air pun berpapah..merasa jadi OKU sekejap(sebut pasal nie sedih betul membaca perjalaann hidup Abg Kassim)..tapi bila dah sembuh...lupa kesakitan lama..bila di atas motor tu rasa satu kenikmatan kalau dapat bawah motor laju-laju....rasa berangin tu yang buatkan seronok.yang tak seronok bila hari hujan dan terpaksa berhimpit dengan kenderaan yang lebih besar...tempias angin dari kenderaan besar kadang kala bloleh menyebabkan penunggang motosikal kehilangan kawalan.mujurlah saya tidak pernah mengalami kecederaan kekal akibat kemalangan selama bersama RXZ itu.
Akhirnya jodoh saya dengan RXZ itu tidak panjang kerana motosikal saya telah di curi pada satu malam.sehingga kini saya tak tahu ape yang jadi dengan motosikal tersebut,masa tu rasa sedih sangat, maklumlah motor tu dah kira macam bini yang kita sangat sayangi, tiba-tiba dalam sekelip mata boleh hilang...tapi bila difikirkan lama-lama mungkin ada rahmat...saya redha jer lah.....walau pun rasa sedih sangat..
Saya cuma tidak faham dengan dasar kerajaan mengenai lumba motor haram,kita mempunyai litar lumba bertaraf dunia tetapi tidak mempunyai fasiliti untuk melatih anak anak muda untuk berlumba secara profesional.jadi bagai mana kita mahu melahirkan pelumba bertaraf dunia?. Dahulu kita mempunyai litar lumba batu tiga shah alam, setiap malam minggu disitu anak-anak muda remaja melepas gian untuk berlumba dan mengasah bakat,ianya Sangat Bagus kerana setidak tidaknya mereka tidak menggunakan jalan raya biasa yang akan membahayakan pengguna yang lain.
Tetapi kini kemudahan sedemikian tiada lagi, jadi alternatif yang ada ialah 'litar lumba jalan parlimen'! kepada pihak kerajaan renungkanlah keinginan golongan muda ini,
0 Comments:
Post a Comment
<< Home