Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, August 21, 2006

Kontrolversi Perkahwinan CT dan Datuk K


Pengantin baru membatalkan air sembahyang.Lepas ini air apa pula?

Wartawan dan Jurukamera RTM dihalang buat liputan.

Jalan Duta.Kuala Lumpur- 21 ogos 2006. Baru beberapa jam bakal bergelar datin, perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk Muhamad Khalid Jiwa telah mencetuskan kontroversi. Wartawan dan jurukamera dari Radio Television Malaysia(RTM) telah dihalang dari memasuki Masjid Wilayah untuk membuat liputan berita majlis perkahwinan tersebut,dikhabarkan juga terdapat beberapa media dari luar negara seperti indonesia turut mengalami nasib yang sama. Mereka dihalang kerana dikatakan tidak mempunyai kad jemputan ke majlis tersebut.

Saya merasa kesal kerana Datin Siti Nurhaliza begitu cepat menjadi 'melayu mudah lupa' atau dalam peribahasa melayu dulu kala seperti kacang lupakan kulit.kalau anda masih ingat bakat Siti Nurhaliza di cungkil melalui pertandingan bintang RTM di mana dia telah menjadi juara pada tahun 1996 melalui lagu jerat percintaan yang ditulis oleh Adnan Abu Hassan. Selepas itu kareer Siti Nurhaliza berkembang sehinga mampu mengindol banyak anugerah dalam setiap pertandingan yang disertainya, namun RTM merupakan platform pertama yang membuka jalan kepada bakat Siti Nurhaliza. Oleh itu tidak sewajarnya dalam majlis yang penting sebegitu Siti Nurhaliza memingirkan RTM.


Kacang lupakan kulit?atau sudah dapat gading Datuk tanduk RTM tidak berguna lagi..

Dalam temubual oleh pihak TV3,Siti Nurhaliza menyatakan bahawa hak penyiaran telah diberikan kepada stesen TV3 sahaja.pekara ini dapat difahami oleh sesiapa sahaja, tetapi yang menjadi persoalan ialah kehadiran krew RTM itu bukannya membuat Lintas langsung.Mereka cuma ingin merakam sedikit untuk bahan berita RTM.tetapi petugas RTM telah dihalang, malah mereka telah diugut sekiranya mengambil juga gambar dimajlis itu,bahan rakaman mereka boleh dirampas.

Saya merasa sangat terkejut dan terkilan dengan pekara sebegini.Sebagai seorang yang pernah bertugas di jabatan kerajaan. Saya mengetahui bahawa terdapat satu peruntukan akta yang menyatakan bahawa mana-mana individu atau pihak yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi setelah mereka memperkenalkan diri dan tujuan tugas serta menunjukan kad kuasa mereka maka seseorang itu boleh di hukum penjara tidak melebihi 2 tahun.

Saya percayas petugas dan jurukamera RTM tersebut mempunyai Pas Media dan kad Kerja mereka kerana mereka adalah kakitangan dari sebuah kementerian iaitu Kementerian Penerangan Malaysia.Dalam kejadian ini ternyata hak mereka untuk menjalankan tugas sebagai penjawat awam telah dihalang dan wartawan berkenaan patut membuat laporan polis. Kalau lisdawati yang merasa teraniya boleh membuat laporan polis hanya kerana dipukul oleh Rita Rudani dalam satu babak pergaduhan sebuah drama arahan Rasdid Sibir disebuah hotel di pulau Pinang baru-baru ini.

Saya tidak dapat melihat mengapa laporan polis tidak dapat di buat berkaitan kejadian memalukan ini. Hal ini kerana kad kuasa penjawat awam tersebut lebih besar dari kad undangan ke majlis tersebut. Ini kerana majlis tersebut diadakan ditempat awam,iaitu Masjid wilayah Jalan Duta. Harapan saya agar pekara yang sama tidak berulang pada majlis persandingan pada 28 ogos di KLCC nanti.Semoga petugas yang menjaga majlis tersebut lebih profesional dan mengetahui hak-hak wartawan yang bertugas.

3 Comments:

  • At August 23, 2006, Anonymous Anonymous said…

    kesian kan.....tiap sesuatu tu mesti ada balasan kan...Tuhan bayar cash...saya simpati sgt dgn TZ...iyelah DK boleh ckp nk buat sederhana tp ramai yg menaja..dia org ada hak menolak kan..mcm Datin Normala Shamsuddin dulu...dah semua org menghormati hak dia..spt CT yg mempertahankan hak dia tak mau bergambar dgn artis lelaki.....org ikut pa..kalau dia ckp tk mau di taja..nk buat simple..buat jer simple..semua akan lebih memahami keadaan dia...eemmm....org akan lebih menghormati dia kerana sekurang2 nya dia cuba untuk menjaga hati TZ..ini.........mcm sengaja nk canangkan dia dah berjaya memiliki apa saja yang dia nak.

     
  • At August 29, 2006, Anonymous Anonymous said…

    NTAH LA... TAPI APA YANG BERLAKU MUNGKIN ADA HIKMAH NYE... TAPI KES MISTERI YANG BRO NIZAM TULIS TU... ANTARANYA HANATARAN JATUH... MEMANG BETUL TAK CAYA NENGOK SURATKHABAR BACARIA... SIAP FRONT PAGE LAGI... GAMBAR SIRIH JUNJUNG TERGOLEK... KATA ORG TUA2 MAKNANYA TAK ELOK... NTAH LA... TU SUME TAKDIR...

     
  • At August 30, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Sha I wish u the best and good luck just like CT n DK. But one thing if this happens to you what will u feel? Imagine u are in TZ shoes or their children......can you tolerate and be quiet. Won't u feel sad and disappointed?

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...