Kenapa Indonesia sering dilanda Tsunami dan Gempa Bumi
Seorang anggota pasukan PBSM, Jeffrey Hassan berkata setelah pasukannya memberi bantuan rawatan kepada mangsa-mangsa di perkampungan Gepoko, mereka bersiap-siap untuk melakukan solat zohor.
"Saya bertanyakan orang kampung di mana letaknya masjid dan mereka menunjukkan arahnya.
"Tapi, alangkah terkejutnya kami, sebaik masuk ke masjid kami lihat sebuah salib, lambang penganut Kristian, dan patung Hindu di dalamnya," kata Jeffrey.
"Kami tak jadi solat, lalu bertanyakan orang kampung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi," katanya.
"Itu biasa saja. Sememangnya telah lama kami lakukan begitu. Kami di sini berkongsi melakukan ibadat dalam satu masjid," kata seorang penduduk.
"Pada hari Jumaat masjid itu digunakan oleh orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu," katanya.
Sumber @BERNAMA.Daripada Mohd Razman Abdullah
Niezam Phg say....
Apabila kesucian agama islam itu dipermainkan dan tidak dipertahankan oleh umat islam maka tunggulah sahaja 'peringatan' dari Allah...Adakah kita di Malaysia juga menunggu peringatan seperti itu untuk disedarkan?tepuk dada tanyalah hati
1 Comments:
At August 24, 2006, Ghazali said…
Niezam;
Quite interesting jugak artikel pasal CT dan Datuk K serta jugak kes tsunami nih ....
Comment ni agak panjang ... hope you don't mind and jangan ler salah anggap apa apa ... ni hanya sebagai nukilan dan pendapat saya sahaja ...
Ingatlah, kejadian Tsunami atau gempa bumi tu datangnya dari Allah, dan petanda dari Allah itu adalah maha luas ... kita sebagai manusia , memang tidak boleh menafsirkan kannya ... kalau ler Allah nak turunkan bala sebab campur tempat dalam satu masjid ... kenaper negara Denmark Allah tak turun kan bala atyaupu Israel ataupun America ??? Ataupun Malaysia sendiri???? Kenaper??? dan ingatlah segala itu datangnya dari Allah buat kita untuk insaf dan bertaubat ...
Jodoh dan maut datang dari Allah ... Hani Mokhsin meninggal secara mengejut meninggalkan anaknya ... semua orang kata itu sudah ajalnya ... tiada siapa yg boleh mengelak nya .. pasti akan datang
Bila CT dijodohkan ngan datuk K , mengapa ramai yg mempersoalkannya ... bukankah kita PERCAYA dan YAKIN yang JODOH, AJAL/MAUT dan REZEKI itu dari ALLAH??? Kenaper kita mempersoalkannya???? Tg Zawiyah , dapat RM 9 juta dan senang lenang bercuti di Australia ... kalau bukan jodoh dia ... kenaper nak mempersoalkan???
Hanya sebagai nukilan ... jgn lak ada yg terasa .....
Post a Comment
<< Home