Laporan Akhbar majlis perkahwinan CT dan Datuk K
Bestnya jadi pengantin.agak-agak malam pertama nanti best tak?
(Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
KUALA LUMPUR: Hanya dengan satu lafaz, Siti Nuhaliza Tarudin sah menjadi isteri Datuk Khalid Muhammad Jiwa.
Majlis pernikahan yang menyusul majlis pertunangan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, menempa sejarah apabila majlis itu pertama dipancarkan secara langsung ke seluruh negara.
Dari saat Siti melangkah tertib memasuki dewan Muslimat utuk majlis pertunangan dengan bertudung litup dan memakai baju kurung moden lace putih bertatahkan taburan batu biru dengan diiringi empat penyanyi latarnya, sehingga majlis selesai, segala-galanya disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton TV3 yang diberikan hak penyiaran eksklusif majlis itu.
Dalam hampir seluruhan majlis Siti kelihatan tenang, melainkan ketika dia memeluk ibu bapanya selepas disahkan sebagai isteri.
Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai, mengambil sempena tempoh 22 tahun, dua bulan, dan dua hari Al-Quran diturunkan.
Tarikh pernikahan pasangan itu hari ini juga jatuh pada hari Israk dan Mikraj iaitu 27 Rejab 1427.
Di majlis pertunangannya, Siti duduk bagaikan puteri di pelamin “mahligai permata� sebelum majlis diteruskan dengan penuh adat istiadat Melayu.
Majlis dimulakan dengan wakil dari kedua-dua pihak berbalas pantun dalam menyatakan hasrat meminang dan pinangan diterima. Ia diakhiri dengan ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Siti.
Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza "Cindai", mengandungi wang hantaran RM30,000, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan dan seutas jam tangan.
Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang bertemakan lagunya "Sebenar Cinta", terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cufflink dan sut tuksedo.
(Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
kau orang nak kata apa pun yang penting sekarang aku dah jadi 'Datin'.jangan jelous
Selepas akad selesai, Khalid menyarungkan cincin berlian bermata satu ke jari manis Siti sebagai simbol membatalkan air sembahyang.
Siti kemudian dua kali memeluk erat bapanya Tarudin Ismail sebelum bersalaman dengan ahli keluarga yang lain diikuti kemudiannya oleh suaminya.
Tetamu kehormat termasuklah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan isteri Che Julita Aishah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosman Mansor kemudian dijamukan dengan makan tengah hari di masjid berkenaan.
Majlis persandingan pasangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin depan.
Bercakap dengan lebih 100 wartawan tempatan dan Indonesia di dewan Muslimat masjid itu selepas jamuan tengahari Siti berkata beliau melangkah masuk ke fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri dengan penuh tekad akan meneruskan kerjaya seninya.
"Siti akan cuba jadi isteri yang baik dan pada masa yang sama menjadi wanita yang berkerjaya. Siti tahu, banyak yang perlu Siti pelajari kini.
"Tapi Siti percaya, dengan bimbingan daripada suami, Insyallah, Siti mampu melakukannya," katanya kepada lebih 100 wartawan tempatan dan Indonesia selepas majlis pernikahannya pagi tadi.
Khalid pula berjanji beliau tidak akan menghalang Siti daripada terus bergiat di bidang seni.
"Saya tidak akan menghalang kerjaya Siti sebagai seorang penyanyi," tegasnya sambil berkali-kali memanjatkan kesyukuran kerana majlis perniakahannya selesai dalam keadaan sempurna.
Menyerlahkan senyuman puas kerana segalanya berjalan lancar, Siti tanpa segan mengakui bagaimana beliau dihantui perasaan bimbang dan berdebar-debar sebaik tiba di masjid untuk diijabkabulkan dengan pilihan hatinya itu.
"Siti hanya mampu berselawat dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz oleh Datuk Khalid, Siti kini sudah sah menjadi isteri kepadanya," tambahnya.
Pasangan itu yang agak keberatan memberikan sebarang butiran mengenai destinasi bulan madu mereka serta perancangan hidup mereka sebagai suami isteri meninggalkan Masjid Wilayah Persekutuan menaiki kenderaan berbeza.
Semoga wedding of the year ini tidak menengelamkan dan menyebabkan kita semua lupa dengan isu -isu yang lebih penting seperti masalah murtad dan nasib masa depan anak-anak melayu dan negara kita.
1 Comments:
At August 30, 2006, Anonymous said…
as long as she prepare to overcome all the obstacles in her life that there're nothing much we can say...just hoping that we'll be fine ourselves
Post a Comment
<< Home