Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, August 24, 2006

Hati saya tergurisssss......


Niezam Phg say....

[ meminjam ayat blogger idol: "mak sentapppppppppppp.....uols.."]

Saya secara rasionalnya merupakan seorang individu yang boleh menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada..... tetapi TIDAK SEKALI-KALI dengan kritikan yang menggunakan bahasa yang kesat sebegini....... nickname:komentar; "your blog sucks. display cam taik. get a life bitch". apa lagi yang boleh saya kata.Semoga Allah akan memaafkan dia dan memberi hidayah kepadanya serta menempatkannya dikalangan orang- orangyang beriman,Amin. Namun begitu untuk menenangkan diri dan merungkaikan keserabutan fikiran, saya akan bercuti [ bukan pergi ke Australia.....] tapi bercuti dari mengupdate blog ini selama 3 hari mulai 25/8 hingga 28/8.segala kesulitan amatlah dikesali...


Kepada saudari Rina dan noraen67 walaupun saya pernah menuntut di universiti,itu tidak bermakna saya seorang yang sempurna,saya masih lagi manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, geram, sedih, bengang, terluka, menyampah dan beremosi macam orang lain juga.Jika anda mengandaikan semua orang yang belajar di universiti itu sempurna,tak adalah orang keluar Universiti dan kawin akhirnya bercerai-berai ,tidak ada lah orang keluar Universiti kena tangkap masuk penjara sebab melakukan jenayah dan tidak ada lah orang keluar dari universiti yang menghisap dadah.... tapi realitinya semua itu berlaku di depan mata kita, sebab apa?...sebab mereka juga seperti manusia biasa yang lain.


Contoh seorang insan wanita yang sempurna dari segala-gala segi

Sekarang saya sedar, bukannya mudah untuk saya memberi komen terhadap manusia sesempurna Siti Nurhaliza.Akhirnya ia memakan diri saya.saya akui seandainya selama ini saya tersilap tegurlah saya dengan bahasa yang paling sesuai, rasanya teguran itu akan diambil kira dan tidak menyakitkan hati sesiapa, seperti kata Mawi diawal kemunculannya dahulu." kalau saya tertidur.tolonglah kejutkan sebagai seorang sahabat".Seandainya ada diantara pengunjung-pengunjung setia blog ini merasakan cara penulisan saya tersasar dan tergelincir dari landasan sepatutnya. Tegurlah...Saya bersedia menerima segala teguran itu dengan penuh keikhlasan,kerana saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan... walaupun Aiman mungkin tak kisah.. tapi Niezam Phg ambil kisah......

13 Comments:

  • At August 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    tak per la zam
    sesekali hati terguris tu perlu
    supaya kita sedar tak semua impian tu manis...lagi pun tu tandanya hati awk masih berfungsi..masih dpat bertindakbalas...hehehehe....

     
  • At August 25, 2006, Blogger Niezam Phg said…

    terima kasih atas ingatan itu.

     
  • At August 25, 2006, Blogger Unknown said…

    Biarlah orang mengguris, jangan kita mengguris.

    Perfectness does not comes in one night. It comes with experiences.

     
  • At August 25, 2006, Blogger Mrs Akhbar said…

    aniwae,
    i stumbled upon yr blog in emails revolving ard ever since,been reading your blog quite religiously tau..hehehee..
    tetapi kan about ppl memaki u tuu,i guess it hurts right?
    well endure jer lahkan..or just ignore.heh! still your entries are worth reading..:)

     
  • At August 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    PapALil0 said...
    KUJIE, CANTIK SIKIT....

    3:20 PM


    ape yg nk cantiknya papa...
    tak faham

    zam,
    relex ye zam, emosi yg tdk dpt dikendalikan akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri...dan cenderung utk bertindak mengikut nafsu...
    hari ni hari jumaat..moga mendapat ketenangan utk teruskan hidup yg penuh dugaan ni

     
  • At August 25, 2006, Blogger Nour said…

    buat derk je, ramai lagi yang nak membaca blog entries you.

    keep up the good work, and to hoot with what people say, apa yang penting you keep blogging okay!

     
  • At August 25, 2006, Blogger anne rafei said…

    zam,

    biarkan aje.. tak jadik kudisnya dia cakap cenggitu. luka u tu nak hendoplast ke? kalo minyak gamat ok? hehehe.. kinddin'

    anyway, one comment eh.. tulisan tu kasik gelap sikit i rasa lagi comei.. agak sukar untuk org yg ada power ceminmata 300 ni nak membaca.. :)

    selamat merdeka!

     
  • At August 25, 2006, Blogger mommamia said…

    i sokong noridz 100%,saudara zam,keep up the good work,peduli org nak ckp apa,yg pasti i percaya lg ramai yg minat blog u drpd org yg anti..jgn give up pls,i never fail to visit yr blog everyday since u buat update psl allahyarham hani mohsin, tak ramai blogger yg betul2 determine mcm u, i admire n inspire your determination..u can do it bro!

     
  • At August 26, 2006, Blogger Ghazali said…

    Zam ...

    Bak Kata Siti dalam satu sidang media ..

    "Siti tidak dapat memuaskan hati semua pihak"

    Begitu jua ngan your BLOG ... so it is normal, ada yg pro dan ada yg con ...

    And it is normal jugak , sebab dalam dunia ini ada macam macam ragam manusia ... ada yg tau adat dan ada yg langgar adat ...

    Look into the positive side ... at least people do read you Blog ...

    Yg mana menyakiti hati mu ... anggapler bagai makan nasi tergigit cili .... lama lama pasti hilang gak ...

    Teruskan menulis ...

     
  • At August 28, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Niezam,


    Jangan lah bercuti..kesian lah kat your loyal readers, especially yg susah nak dpt updated news yg genuine, macam saya...

    eversince you posted Allahyarham Hani Mohsin's stories, I without fail, continue reading the articles posted in your blog daily.

    So continue writing, to err is human, yet to forgive is divine...

    regardless, I disagree with your statement , "Sekarang saya sedar, bukannya mudah untuk saya memberi komen terhadap manusia sesempurna Siti Nurhaliza." Excuse me!No one is perfect, especially not her :-)

    ok..keep up the good work.

     
  • At August 28, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Warta berita dicorong radio Spore dah sibuk buat liputan tentang CT.DJ Spore dah menyebok nampaknya.Dah gembar gembur macam dia yg nak kahwin.CT terharu peminat S'pore masih menyekongnya.Peminat ni pun pandai hipokrit tau zam.....Biar lah rahsia konon nya.CT ni dah jadi VIP mengalahkan TZ..........

     
  • At August 29, 2006, Anonymous Anonymous said…

    satu tak suka...seribu lagi suka!! =D takpe...biar orang buat kiter jgn kiter buat orang..wutever it is..i still like ur blog! =)

     
  • At August 30, 2006, Anonymous Anonymous said…

    enjoy our days just don't OVERDO hehehe....so many infos in yr blog...good effort.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...