Novel Review : Pesona Rindu
Sinopsis
RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan
perkahwinan itu.
Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.
[ Dipetik dari alaf21.com.my ]
Diatara bait-bait menarik dalam novel Pesona Rindu...
Sudah lama Najmah bersedia untuk itu semua. di saat diijablkabulkan dengan Falzan, terukir di fikirannya bahawa kebahgiaan itu hanya sementara. dia hanya menikmatinya dalam waktu yang amat singkat, selebihnya bahagia itu milik Darina.[ms443]
sekurang-kurangnya tiga tahun bersama Fazlan, ia sudah menikmati kebahagiaan sempurna, dia tidak terkilan jika kebahagiaan itu berpulang kepada Darina tetapi bagaimanakah untuk memujuk hati agar tidak terluka melihat kemesraan mereka.. [ms443]
Selama lima tahun mereka bersama, Najmah tidak pernah menyakitkan hati mereka, Fazlan juga tidak pernah. mengapa sekarang semuanya bermula? apa yang ditakutinya tiga tahun kini benar-benar terjadi, kepulangan Darina mencetuskan sengketa. walaupun pernah berjanji menghadapi apa saja bersama tapi Fazlan seperti tidak boleh menerima. apa lagi yang akan berlaku selepas ini.[ms478]
Niezam Phg say...
Saya masih teringat satu ketika dahulu terdapat kajian yang menyatakan bahawa secara puratanya seorang rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat sahaja dalam setahun!. Terima kasih kepda niezam phg kerana telah berusaha untuk meningkatkan sedikit purata tersebut..memang membaca belum lagi menjadi satu budaya kepada masyarakat kita tidak seperti diluar negara seperti di barat.di stesen bas atau dalam komuter,buku atau majalah tidak pernah renggang dari tangan mereka tetapi kita di sini lebih suka mencuci mata atau merehatkan mata [membute] ketika berada didalam bas.Sampai bila agaknya masyarakat kita hendak berubah?
Hasil nukilan Sharifah Abu Saleem yang satu ini tidak mengeciwakan saya, antara novelnya yang pernah saya baca ialah Gerimis Hati,[untuk novel Gerimis Hari saya bermula dari 10 malam hingga 6 pagi]. untuk novel setebal 563 muka surat ini saya mengambil masa hampir 11 jam tanpa henti melainkan untuk sembahyang subuh. bermula selepas pulang dari melihat pertunjukan bunga api pada malam 31 ogos di KLCC, tepat jam 3 pagi saya bercadang untuk membaca 1/3 sahaja dari keseluruhan novel tu tetapi selepas mula membacanya, hati saya bagai di tarik-tarik untuk mengetahui kesudahannya pada hari tu juga...untuk novel
Pesona Rindu ini saya berikan gred *** bintang sahaja, novel yang berkaitan dengan kisah poligami ini sememangnya menarik untuk dihayati.[ datuk sebelah ibu saya pernah memunyai 3 orang isteri serentak!..] Apabila sesebuah perhubungan yang awalnya dibina berlandaskan kasih sayang yang suci tetapi didasari pembohongan demi pembohongan, dimanakah letaknya keberkatan dan jatidiri dalam perhubungan itu.
Saya cuma agak terkilan sedikit dengan pembawaan watak Fazlan yang saya rasakan emosinya agak tidak menentu, beliau terlalu menyimpan masalah dan apabila tiba ke saat untuk penyelesaian masalah menyebabkan masalah lain pula yang berlaku,secara keseluruhannya novel ini menarik untuk dibaca.selepas ini saya ingin mencuba karya Ramli Awang Mursid pula.......ada rakan yang menyarankan kepada saya..
1 Comments:
At September 07, 2006, Anonymous said…
bagi yam la kan novel ramlee awang murshid pon best..stakat ni yam dah ade mandatori,satu janji, adam,bagaikan puteri dan yg terbaru hatiku di harajuku..beli la novel2 ni seme..memang tak membosankan laa..memang best sangat2...la ni yam tengah tunggu bagaikan puteri 2..5 stars utk novel ramlee awang murshid
Post a Comment
<< Home