Apabila Rosyam Noor 'dibelasah Ustaz zawawi....
Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan...contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur
Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu
& anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan
kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...
Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak...di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.
kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...
ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi haram ler...
kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan semua org ade bakat utk berlakon...
maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...spt mane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu...
Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade caranya...kenalah berusaha..
Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan
tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap
haram...halal tetap halal...
Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya... Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari...bukannya had-hari...hanya islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..????
Niezam_phg says....
Sebuah diskusi yang menarik. sayang saya terlepas menontonnya..sebab saya berjauh hatti sedikit dengan Rosyam Noor akibat kenyataaannya yang menyakitkan hati saya sebagai seorang islam..sampai rancangannya pun saya boikot...hehehe
Mencari yang halal itu fardhu......jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas...Allah berfirman .."berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan".....
kredit to lynzz_05@yahoo.com
4 Comments:
At January 11, 2007, Anonymous said…
Apabila kita bercakap mengena dosa, sebenarnya semua manusia di muka bumi ini adalah manusia berdosa..Ustaz Zawawi sendiri adalah manusia berdosa..walaupun dia tidak berlakon tetapi selagi dia masih bernafas dia tetap berdosa..walaupun dia tinggal di gua seorang diri..kerana kita berdosa bukan hanya kerana bersentuhan, tetapi juga kerana fikiran,emosi,nafsu dan semua yang ada dalam diri kita..Apa yang penting ialah kita menyedari siapa kita dan meminta Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang Mengampuni segala Dosa kita...Dan ingat Orang yang terlalu fanatik pencetus kepada perkara2 yang buruk seperti keganasan dan lain2...yang akan membawa kepada dosa yang lebih besar..sesungguhnya Tuhan maha bijak dan adil..manusia tidak tahu fikiran Tuhan...
At January 12, 2007, Anonymous said…
amin.
At January 13, 2007, Anonymous said…
Best la forum mlm tu, selama ni diaorang tak panggil orang2 agama bercerita pasal hiburan. Syabas kepada Ust Zawawi, berani menyatakan pendirian islam dlm hiburan.... Penjelasan Ustaz Zawawi memang bernas..Tak de ke org-org JAKIM tengok forum malam tu... boleh la buat garis panduan hiburan dlm Islam untuk para penggiat seni di Malaysia ni... dah banyak bercanggah dengan Islam.
At January 17, 2007, Anonymous said…
orang berdosa said : 'Apabila kita bercakap mengena dosa, sebenarnya semua manusia di muka bumi ini adalah manusia berdosa..Ustaz Zawawi sendiri adalah manusia berdosa..walaupun dia tidak berlakon tetapi selagi dia masih bernafas dia tetap berdosa..walaupun dia tinggal di gua seorang diri '
<<< sometime i think this fella is cristian. pls correct me if i'm wrong.
becouse in my reading.. i have read somethink like this.. for ISLAM :"apabila lahir seorang bayi, ia disifatkan sebagai bersih dari dosa, seperti kain putih.ibu bapa yang akan mencorakkan warna kain putih itu"
but for cristian... " apabila lahir seorang bayi, ia akan dianggap penuh dengan dosa. kerana menggalas dosa nabi adam."
and that is y he always used word 'tuhan' n not 'Allah'
i wonder y.....
Post a Comment
<< Home