Razak ke penjara, tidak diberi jaminan
Abdul Razak memeluk anak gadisnya Roweena sebelum diseret ke penjara selepas jaminannya tamat hari ini dan tidak diperbaharui oleh mahkamah.
SHAH ALAM: Perbicaraan kes melibatkan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis membunuh wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditetapkan selama empat minggu bermula 10 Mac 2008.
Abdul Razak, 46, kemudian dibawa untuk ditahan di penjara setelah hakim Mahkamah Tinggi Datuk K. N. Segara hari ini enggan menerima permohonan lisan oleh peguam bela Wong Kian Kheong supaya Abdul Razak dibebaskan dengan bon jaminan.
Segara meminta Wong untuk memfailkan permohonan rasmi bagi tujuan itu.
Abdul Razak sebelum ini dibebaskan dengan bon jaminan, dengan syarat dia mendepositkan RM1 juta atau sekuriti yang bernilai setara dengannya. Bon jaminannya tamat hari ini.
Dia dituduh bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, melakukan pembunuhan yang berakhir dengan mayat Altantuya, 28, diletupkan.
Cebisan mayatnya dilaporkan ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam dekat sini 7 Nov lepas.
Abdul Razak didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 0kt lepas. Alamat itu adalah alamat rasmi Malaysian Strategic Research Centre, sebuah badan analisis yang diketuai Abdul Razak.
Azilah dan Sirul Azhar, keduaduanya dari UTK Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt lepas.
Niezam Phg says....
Semoga keadilan itu diletakkan di tempat yang sepatutnya.......
kredit to iza@my.hanjin.com
1 Comments:
At January 18, 2007, Anonymous said…
tak do koje cari koje sekarang kan tak lena tidor tak lalu makan..siapa yg susah hang juak yg susah.
Post a Comment
<< Home