Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, January 03, 2007

Teman tapi MESRAAAAA.......


Sekitar majlis makan malam selepas selesai monsoon cup di Terengganu baru baru ini.

RUKUN ISLAM HADARI YANG KE 7: PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13 bermaksud

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim,maksudnya :

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-qur’an)”.

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58 maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”.

ZOOOOOO IN....




Niezam Phg says.....

a picture can tell thousand words....

BERHATI HATI DALAM MEMILIH IDOLA ANDA.....jika tidak anda mungkin menyesal

3 Comments:

  • At January 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Jika kita tengok betul2 gambar tu sebenarnya Pak Lah tidak langsung memegang bahu wanita itu. Sesunguhnya ini adalah pakatan hendak menjatuhkan Pak Lah. Tak baik buat dajal/fitnah pada orang yang tak bersalah. Insaflah dari berhasad dengki. Camera trick... dari org yang hasad dengki. Bayangkan tergamak ke Pak Lah nak buat begitu di depan khalayak ramai dan kebetulan wanita itu baru membelai rambutnya or mmbuat gerakan tangan.Tak faham la kenapa ade orang yang berhati busuk begini.

     
  • At January 05, 2007, Blogger Niezam Phg said…

    terserahlah kepada pendapat masing masing. bagi saya ianya cuma mengingatkan bahawa manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.walapun cucu kepada seorang ulamak terkenal di pulau pinang satu ketika dahulu. untuk pengetahuan anda. saya ada melakukan sedikit ujian dan mendapati bahawa gambar yang dipaparkan adalah original dan belum di edit.lagi pun gamabar itu di peroilehi dari laman web rasmi monsoon cup..tetapai selepas beberapa hari gamabar itu telah di buang oleh moderator atas sebab sebab yang tidak di ketahui...moralnya berhati hatilah dalam memilih idola anda..anda mungkin keciwa...

     
  • At February 08, 2008, Anonymous Anonymous said…

    nampak macam pak lah..tapi dari tepi jer....tak nampak full face...so tak leh confirm betul ke pak lah tu?...yelah 1 pic can tell thousands words...mcm saudara yang post gambar and buat komen ni.....

    hati-hati memilih idola anda...mawi tu pun bukannya baik sangat

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...