Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, January 03, 2007

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM.. ..

Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat Dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan Dan melalaikan ahli Dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan Dan glamour etc

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan Dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera Dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk Dan solat Dan menjejaskan ibadat-ibadat Kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir in yang paling teruk(SCROLL DI BAWAH)..

10.Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang Dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping TU agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan

Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan TV.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan !!!

12. Santan

Yang ini aje nampaknya... . Berguna sedikit untuk masak Kari Dan
masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol
tinggi.

Niezam Phg says....

yg last tu ..hehehe

kredit to nastee76@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...