Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Saturday, January 06, 2007

Penyanyi lagu Alhamdulillah...Malique ThooPhaatt


Cantiknya tatoo....tak takut kena bakar ngan api neraka ker?


Berbangga dengan tatoo yang cantik ittew...

Bait bait lagu Alhamdulillah

Too Phat - Alhamdulillah (Malay Version)
Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....



Niezam Phg says.....

Hanya sekadar keindahan bait bait lirik yang dialunkan tanpa memberikan apa apa makna kepada si penyanyinya sendiri.....bukan berkhutbah cuma betuli diri jua...alhamdulillah...

4 Comments:

  • At January 07, 2007, Anonymous Anonymous said…

    siapakah kita yang berani menghakimi sesorang yang iaakan masuk neraka...adakah kerana hanya sesorang itu bertatoo di badan ia akan masuk ke neraka...Tuhan maha adil..

     
  • At January 08, 2007, Anonymous Anonymous said…

    bertatoo memang bukan jaminan tiket ke neraka.. tapi jaminan dosa kerana mengubah kejadian Allah. dan dosa adalah antara kunci kunci pintu neraka.

     
  • At January 08, 2007, Blogger Niezam Phg said…

    Dalam pernyataan saya itu tidak pun mengatakan dia akan terus masuk neraka cuma sekadar pertanyaan sahaja. memanglah seseorang manusia itu tidak berhak menentukan masuk syurga atau neraka tetapi kita sendiri telah di berikan garis panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.setahu saya bertatoo itu haram dan haram itu termasuk dalam dosa dosa besar.hanya neraka sahaja tempat untuk orang yang melakukan dosa besar.jadi jalan yang di pilih itu akan menentukan balasan pada perbuatannya. pernyataan seseorang tidak berhak menentukan orang lain masuk neraka atau tidak itu lebih kepada alasan untuk menghalalkan perbuatan yang terang terangan salah disisi agama..bukankan kita pernah mendengar nas " peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksaan api neraka" tetapi untuk penjelasan yang lanjut eloklah bertemu dengan ustaz kerana saya bukanlah ahli agama sekadar berkongsi pendapat sahaja wallahualam.

     
  • At January 08, 2007, Blogger Niezam Phg said…

    saya tak faham kaitan pernyataan Tuhan maha adil dan mempunyai tatoo di badan....adakah maksudnya di boleh kan kita bertatoo sebab Tuhan adil dan akan memaafkan kesalahan yang sengaja kita langgar.sedangkan Nabi Adam Allah turunkan ke bumi kerana engkar mendekati dan memakan buah khuldi.inikan pula kita manusia biasa yang telah terangan tahu tatoo itu tidak di bolehkan...tak sah ambil air sembahyang dan menyebabkan mandi wajib tidak terangkat kerana air tidak sampai ke seluruh tubuh...!!!!! renungkan lah....wallahualam

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...