Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, January 09, 2007

Adakah aksi berlaga pipi dibenarkan syarak?

[ di petik dari sebuah web. sangat menarik untuk di kongsi ]

Saudara Pengarang;


Aksi berlaga pipi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan seorang aktor Bollywood yang disiarkan dalam ruangan ini amat menarik perhatian saya. Kejadian itu dilaporkan berlaku dalam suatu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia yang sedang hebat mempromosikan konsep Islam Hadhari di seantero dunia.

Jelas nampaknya keintiman Rosmah dengan aktor-aktor Bollywood itu sehingga ke peringkat boleh berlaga pipi dan merangkul tangan satu sama lain. Apatah lagi kejadian itu berlaku di depan mata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang baru-baru ini mahu fungsi masjid ditingkatkan.

Harakah dalam keluaran terbarunya pula menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memegang bahu Datuk Michele Yeoh dalam satu majlis makan malam sempena Monsoon Cup. Pegangan tangan Pak Lah yang penuh mesra itu dibalas oleh Michele sambil diperhatikan teman lelakinya berbangsa Eropah. Jelas benar kemesraan yang terserlah antara Pak Lah, orang yang mencetuskan konsep Islam Hadhari dengan Michele, pelakon bertaraf antarabangsa yang berasal dari Ipoh, Perak itu.



Mungkin bagi kebanyakan pemimpin Umno yang berfikiran liberal, aksi-aksi Rosmah dan Dolah itu tidak memberikan kesan apa-apa. Alah, apalah salahnya berlaga pipi dan memegang bahu 'telanjang' aktres seksi berbanding aksi-aksi lebih berani selebriti Hollywood, Bollywood dan Malaysiawood!

Tetapi bagi anak-anak kita yang meningkat remaja dan diajar subjek Fekah melalui silibus Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri, aksi-aksi itu adalah haram di sisi syariah. Lebih mengelirukan lagi apabila aksi-aksi itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara yang ghairah memprojekkan Islam Hadhari dan 'masyarakat bermaruah'.

Kita mahukan pemuka-pemuka agama Umno dan kolumnis-kolumnis soal jawab agama di akhbar-akhbar media arus perdana memberikan pandangan tentang kemusykilan ini.

Mufti Perlis bertaraf selebriti, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang terkenal dengan hujah 'jangan mengendap' dan 'menjaga privasi individu' itupun perlu memberikan pandangan kerana kedua-dua aksi itu bukan berlaku di tempat tersembunyi, malah dipertontonkan di hadapan umum.

Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, saya menuntut pemuka-pemuka agama di negara kita supaya memberikan pandangan yang jelas berdasarkan hukum syarak tentang kedua-dua kejadian di atas.

Menerusi pengamatan saya, dua orang pemimpin negara umat Islam iaitu bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan Presiden Iran, Ahmedinejad tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram walaupun di majlis-majlis rasmi. Adakah tindakan mereka ini bertepatan dengan Islam ataupun dianggap terlalu ekstrim? Mohon penjelasan.

Asri Abdullah Rawang, Selangor




Niezam Phg says....

No komen......siapalah kita untuk menghakimi insan yang lain....lagi pun Tuhan tu kan maha Adil

5 Comments:

  • At January 10, 2007, Anonymous Anonymous said…

    memang kalau dilihat tu tiada lah apa sangat..nothing's wrong but dalam bab agama hukum tetap hukum tapi biar lah ALLAH yg tentukan nya

     
  • At January 10, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Bagi saya perkara yang utama ialah " NIAT "...walaupun kita hanya sekadar memandang sesorang itu tetapi di otak kita penuh dengan nafsu yang membuak-buak. adakah itu bukan dosa?..dan kalau kita berjabat tangan dengan sesorang dengan niat menghormati atau menghargai apakah itu dosa...Sesungguhnya Tuhan itu maha bijak dan maha adil...

     
  • At January 11, 2007, Blogger Niezam Phg said…

    hmmm banyak beza rasanya menyentuh bahu tak berlapik dnegan mengenggam tangan untuk bersalam...antara hormat dan geram rasanya ada sempadan.......
    kalau semua benda kita nak tengok pada niat,susah juga sebab hanya tuan empunya diri yang tahu...

     
  • At January 11, 2007, Blogger Niezam Phg said…

    tetapi saya tetap percaya kepada " matlamat tak semestinya menghalalkan cara" hukum tetap hukum biar kepada siapa pun dia.......mungkin di dunia ini tiada yang berani menegur tetapi..selemah lemah iman itu ialah menidakkan dalam hati ertinya tidak gemar dan membenci perbuatan yang terangan haram pada hukum allah...kalau nak ikut hukum manusia yang sentiasa berubah mengikut zaman..terserahlah....kerana kubur masing masing..cuma jangan menyusahkan jiran kubur disebelah dengan raungan seksaan di kubur nanti...sduahlah

     
  • At January 18, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Saya sokong dgn niezam, hukum tetap hukum siapa lah kita ini untuk mengubah hukum Allah.Memang kita semua tidak jauh dari membuat kesilapan tapi hukum Allah tetap hak Allah bukan seperti hukum didunia boleh diubah ubah..Disini saya jugak agak tertarik dengan hamba Allah "orang berdosa" apakah anda suka mengubah hukum Allah sehingga kan anda menyebut diri anda sebagai'orang berdosa'bagus jugak kalau anda tau yg anda berdosa...lebeh lebeh lagi dgn mengubah hukum Allah

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...