Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, September 22, 2006

Dakyah kristian di mana mana sekarang



Saya mendapat buku ini daripada seorang rakan pada hari ini (Jumaat 8/9/2006). Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam. Buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal). Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Bersama ini disertakan bukti-bukti dalam bentuk Adode PDF dan attachment gambar. harap email ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita.....



Niezam Phg says...

Nampaknya pihak kristian ini tidak jemu jemu untuk menarik umat islam di negara ini kepada agama mereka [murtad]. kepada anda yang mempunyai anak-anak. berhati hati dengan bahan bacaan mereka. mungkin ada orang yang sengaja menghadiahkan bacaan percuma kepada anak anda. untuk melihat lebih banyak gambar buku tersebut .macam biasa sila ke fotopages saya.jika anda diberikan buku tersebut secara percuma segeralah musnahkan. ditakuti jika membaca nanti boleh menjejaskan aqidah kita.

niezam phg fotopages

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...