Novel Review : Tangisan bulan madu 2.
ketebalan : 186 Muka surat
pencapaian : Telah diulangcetak sebanyak 7 kali
Sinopsis
Bulan madunya tidak kesampaian, Bogatt lebih dahulu menemui tuhan. bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu.namun semakin lama dan semakin jauh dia pergi,kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak penah mati dalam hatinya. kehadiran Razlan seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! siapa Razlan yang tidak dapat diterimanya itu? mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan,Amira berasa keciwa.
Bait-bait menarik dalam novel....
Mungkin orang tidak tahu dan pastinya sudah melupakan akan janjiku bersama bogatt. tetapi aku tidak akan dan tidak penah melupakan janji yang telah termetrai antara aku dan Bogatt. semuanya masih segar masih bernafas disini. segalanya terpahat teguh didada miski pun telah lebih empat tahun Bogatt bersemadi.
Aku telah bersumpah dihadapan arwah suamiku bahawa aku tidak akan kahwin lagi. aku sudah bersumpah dengannya walaupun mungkin Bogatt sendiri tidak merestui [ ms 89 ]
"aku tak boleh melupakan bogatt..."
"sebab kau tidak pernah memberi peluang tu kepada orang lain."
"aku tidak mahu melangar sumpah aku pada bogatt..."
"..sumpah itu kau cipta sendiri.kenapa kau menghukum diri kau mira.kau mendera hati dan perasan kau sendiri" sembur rita bertalu-talu. Amira terdiam mati akal dia dibuatnya dia tidak tahu bagaimana hendak mematahkan hujah hujah rita yang memang ada kebenarannya. [ms126]
Terlantar berseorangan di rumah bukanlah pekara menarik apa bila kita demam!.tubuh saya agak sensitif sedikit, mungkin kerana terkena hujan ketika pulang dari kerja. kepala saya berdenyut dan tekak mula kering serta batuk-batuk..ya saya demam..namun dalam pada begitu masa yang terluang saya gunakan mc saya untuk menghabiskan 2 buah novel dalam satu hari.satu pencapaian yang agak baik juga untuk catatan rekod peribadi.
Selepas subuh saya capai novel pertama bertajuk 'Tangisan bulan madu 2'.sebuah novel yang diterbitkan pada tahun 2000. novel ini dikatakan mendapat sambutan luar biasa kerana telah diulang cetak sebanyak 7 kali. saya juga terkesima untuk menyelongkar keistimewaan novel ini..sebenarnya saya agak cerewet juga untuk menerima sesuatu karya dari seorang penulis yang tidak berapa biasa di halwa telinga saya. namun bersungguh benar seseorang yang saya anggap seperti adik angkat, ya ati Hasmila namanya. begitu beria benar dia menyuruh saya menghabiskan novel ini. saya turuti sahajalah saranannya.
Novel setebal 186 muka surat nukilan Shamsiah Mohd Nor ini mencuri masa saya hampir 3 jam..dengan gaya penulisan yang bersahaja saya tercari cari juga 'sesuatu' dari novel ini. ianya agak sedikit menghampakan kerana walau pun dikatakan novel ini mampu membuatkan si pembacanya mengalirkan air mata, ternyata tembok air mata jantan saya tidak terjejas sedikit pun. rasanya persoalan yang di utarakan agak mendatar dan klimaks cerita ini tidak begitu menghappykan saya. namun mungkin itu strategi penulis untuk menyambung cerita ini dalam novel akan datang pula. saya difahamkan ada sambungannya.....lagu pula endingnya tergantung! untuk novel yang sebegini sifatnya saya berikan dua setengah bintang sahaja.[** 1/2*]
3 Comments:
At September 13, 2006, Anonymous said…
tangisan bulan madu yg 1st lagi best..yg 2nd nih mmg tergantung..mmg dah lama citer...rasanye ada part 3 dah;-)
At September 14, 2006, Anonymous said…
semoga cepat sembuh ye zam..novel tu saya belum baca la...agaknya tak sempat cari..nanti saya cari..
At September 15, 2006, Niezam Phg said…
terima kasih kepada pengunjung teratakku yang prihatin ini.
Post a Comment
<< Home