Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, September 10, 2006

Awas kepada anda yang suka makan pau...

kisah benar sejenis kuih bernama PAU AHMAD

Assalamualaikum semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cubamencari rakan-rakan bagi
membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk- produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD.Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh,alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa?

Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher.Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang
perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina.Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En.Ahmad bawa Boss keluar.Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama?

Alamak....

Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan.Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia.Aduh terkena lagi sebiji...Dato' ada lagi cerita nih pasal Aminah Hassan, nanti saya cerita.


Untuk lihat gambar kilang pau ahmad sila ke fotopages saya

5 Comments:

  • At September 11, 2006, Anonymous Anonymous said…

    pau ahmad ni memang banyak yang tau bukan orang melayu i.e islam punya.... tapi Aminah Hassan sauce tu orang banyak cite kate cina dah beli tapi buat pengetahuan semua ia masih lagi dipunyai oleh seorang wanita melayu beragama islam bernama Hjh Aminah Bt Othman yang mana Aminah Hassan adalah gabungan nama beliau dan arwah suami beliau, En Hassan. Perniagaan beliau sekarang dikelola oleh anak-anak nya yang semuanya beragama ISLAM, kalau tak percaya boleh pergi sendiri ke kilang diorang kat Batu 4 Kapar, Klang , selangor D.E. tapi yang buat cerita pun orang melayu jugak..... biasalah masing2 nak untung cari jalan jatuhkan orang

     
  • At September 11, 2006, Anonymous Anonymous said…

    peniagaan maju pon ciri2 murtad ke?

     
  • At September 12, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum bro..happened to blog hop here..Thanks for this info yah! I used to buy those instant pau of this brand..Pau nie kat singapore tak popular sangat..cuma ada kat kedai² kejiranan jer..not in those supermarkets...tak sangka plak kita kena tipu..haizzz..Anyway, thanks..thanks a lot..

     
  • At September 12, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Mmg betul,Aminah Hassan tu masih dipunyai oleh org Melayu yg beragama Islam so gunakan tanpa was2!

     
  • At September 12, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Saya tak pernah jumpa Pau Ahmad di Singapura. Walau bagaimanapun..logo halal pada bungkusan pau tu sah atau tidak? Boleh tolong sahihkan? Kalau sah..ok lah. Cina atau melayu yang memproseskannya tak menjadi masaalah sebab badan yang memberi logo halal tu tentu jalankan spot check. Cuma keikhlasan kilang ni saja yang mencurigakan.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...