Filem Review : GUBRA
Arahan:Yasmin Ahmad
Terbitan : Nusan Bakti Corporation Sdn bhd.
Sinopsis Filem:
Gubra membawa dua cerita tentang keluarga, satu yang kita kenal iaitu keluarga Orked dan satu lagi yang kita belum kenal iaitu keluarga bilal di sebuah kampung. dua cerita ini tidak bergabung dari segi 'kaitan' yang selalu dilakukan oleh pembikin filem baru tetapi lebih pada kaitan makna ' Gubra' iaitu senang, apa-apa perasaan dan reaksi seorang manusia terhadap setiap manusia disekelilingnya, baik atau tidak baik yang tetap memawa semangat harapan dan hidup walaupun dalam waktu-waktu gelap seseorang itu. ia seakan-akan berkata apa perlu kita buat waktu -waktu diri kita terasa sangat terdesak?
Ulasan Faisal Tehrani.[di pinjam dari blog beliau]
Apa yang terkandung dalam Gubra?
Pertama, agenda agama itu personal. Perhatikan kenyataan karyawannya dan lihatlah Gubra yang memuatkan bagaimana watak Bilal yang hidup berjiran dengan dua orang pelacur boleh mengabaikan konsep beragama dengan membiarkan sang pelacur terus menjadi pelacur!
Kedua, agenda agama itu sekadar amar makruf. Tidak ada nahi mungkar. Jika melakukan nahi mungkar kita menceroboh wilayah peribadi, kita berlaku tidak adil, mencabul hak asasi dan dimomokkan kita tidak tahu menjaga sensitiviti masyarakat dan kita akan mencabul konsep pluralisme John Hick tado.
Ketiga, agenda maksiat dan gerakan menghalalkannya. Tanpa segan silu, slogan maksiat ditabuh dalam filem ini, lihat sahaja adegan ‘tak apa melacur itu’. Tanpa menafikan ada banyak filem lain yang turut memiliki agenda sama, tetapi Gubra kemuncaknya. Dan kemuncak ini dihadiahi filem terbaik untuk Pesta Filem Malaysia ke-19.
Sejak 19 kali pesta filem dilancarkan, hampir setiap filem terbaiknya mengandungi watak pelacur, sundal, jalang atau paling tidak, wanita ternoda. Sakit apakah masyarakat kita bahawa filem kita yang kononnya menjadi cerminan masyarakat dipenuhi perempuan jahat dan gelap?
Keempat, Gubra adalah agenda inter-faith ala John Hick. Adegan akhir di mana munajat doa seorang bekas pelacur berganti dengan teleku watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan suami isteri Cina adalah mesej halus untuk menunjukkan semua agama menawarkan kebenaran, keselamatan, kesejahteraan dan kasih sayang.
Betul tidak ada Lina Joy dalam Gubra. Dua puluh ribu umat Islam yang tersinggung, marah dan mengamuk akan ribuan Melayu murtad di Masjid Wilayah tidak peduli kepada kami di bidang persuratan dan budaya yang mati-mati melawan barisan musuh budaya ini.
Kami diserang hari-hari. Kami tidak ada karyawan filem untuk membalas serangan. Kita tak ada strategi. Musuh ini ada strategi. Kami tak ada pembela berwibawa seperti Mufti Perak, Ustaz Harusssani. Malahan tidak dipedulikan pun.
Apabila Sharifah Amani naik ke pentas dengan kata-kata "I sound stupid speaking Malay" (saya berasa macam bodoh untuk berucap dalam berbahasa Melayu) dan "If bikin filem mencemarkan budaya lets make it often" (jika bikin filem mencemarkan budaya marilah kita buat banyak lagi) saya kasihan dengan gadis 20 tahun ini yang cedera parah oleh bom perang budaya.
Dia mungkin tak puntung kaki dan tangan, tetapi lebih dahsyat, hilang hati nurani. Dan makin banyak dia melakukan damage control seperti "keluarga saya memang tak berbahasa Melayu di rumah" dan "saya tak fasih berbahasa Melayu", semakin parahlah kecederaannya.
Adegan dan dialog-dialog yang dianggap
Adegan sepasang suami istei yang tinggal berjiran dengan 2 orang pelacur tetapi tidak pernah sekali pun berdakwah kepada pelacur itu untuk meninggalkan pekerjaan yang terkutuk itu.
Adegan seorang lelaki yang memegang seekor anjing ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan sembahyang subuh.
"eh aruah opah aku katakan macam mana cara seorang lelaki tu makan macam tu lah dia 'chot' bini dia"
adegan seorang pelacur ingin belajar agama @ mengaji tetapi membayarnya menggunakan hasil titik
"apsal ko suka sangat budak cina tu?"
"dulu masa aku sekolah dulu ada budak cina tu masuk tandas..dia kencing sebelah aku..cina 'punya' tu ada cheese".
"chease ok aper.. aku pun suka makan cheese.lagi pun bety tu dah sunat"...
Niezam Phg say.....
Saya mungkin ketinggalan
Saya seorang yang tidak mempunyai asas dalam aspek pengarahan atau pun ilmu perfileman yang melayakan saya sebagai seorang pengkritik filem. Saya cuma seorang peminat dan pengemar filem sahaja ,jadi kritikan saya lebih kepada luahan seorang biasa yang suka ke panggung untuk mencari kepuasan dari karya lakon layar seorang pengarah. Jika anda mengharapkan mesej atau sesuatu yang ingin disampaikan oleh sesorang pengarah, baik anda lupakan sahaja niat suci murni itu kerana pengarah filem Gubra ini tidak membikin filem untuk tujuan sedemikian. Saya pernah terbaca bahawa beliau membikin filem hanya untuk mengembirakan ibunya sahaja. Oleh itu filem-filemnya yang diterbitkan itu tidak lebih dari karya-karya yang dikatakan membawa tema berkasih sayang yang pernah dilabelkan wartawan hiburan sebagai 'sebuah iklan petronas dalam versi yang panjang' .......dan iklan yang panjang itu tentunya tidak mengembirakan poket anda bila terpaksa membayar harga kegembiraan ibu seseorang yang tiada pertalian darah dengan anda!....
Secara ikhlasnya saya tidak berjumpa langsung dengan mesej dan apa sebenarnya keinginan yang hendak disampaikan oleh pengarah gubra ini. fikiran saya kosong dan filem ini tidak membuai perasaan saya ,tiada klimaks, mendatar dan lawaknya kalau ada pun agak splastik seolah olah memaksa penonton ketawa kepada sesuatu yang tidak lawak. saya tidak faham bagamana filem ini dinobatkan sebagai juara kerana rasanya filem ini kosong dan pada pendapat peribadi saya filem Bilut lebih layak untuk menjadi juara. setidak tidaknya filem Bilut lebih bermesej, bermoral dan tidak mencemarkan budaya kita. tetapi mungkin juri melihat kelainan yang tidak ditemui oleh orang-orang biasa seperti kita...entahlah..kerana filem ini dibuat untuk kefahaman pihak juri-juri sahaja dan bukannya penonton filem yang biasa biasa seperti kita .....
3 Comments:
At September 17, 2006, Anonymous said…
hoho..kesian sungguh Sh.Amani ittew ( pinjam jappss..=D) it amazes me that there's still people out there who bangga mengaku tak fasih BM..alamak..come on laa..it's da new millenium..everybody speaks English..pakcik jual goreng pisang tepi jalan pon bleyh speakin gak..isk.isk..kasihan sungguh.
At September 17, 2006, Anonymous said…
oowh...mufti Perak rocksss!! ( bangga jd orang Ipoh ) hehehe..
At October 27, 2007, silver says... said…
a very sad facts
Post a Comment
<< Home