Novel review : DEWA CINTAKU
Sinopsis
Iqbal dan June miliki sejarah hidup yang sama, mereka menjadi mangsa perpecahan keluarga sehingga menjadikan mereka manusia manusia yang tidak perlukan cinta, namun apabila cinta itu tidak berdosa, mereka tersungkur jua di kakinya.....
Di antara bait-bait menarik.....
[ rasanya saya perlu menaip keseluruhan isi novel untuk ruangan ini kerana setiap suku kata dalan novel ini adalah sangat-sangat menarik....]
June termenung. Jiwanya dibuai oleh irama syahdu cinta kristal yang menembus masuk, mengiringi perasaan cintanya terhadap iqbal, haruskah june berterusan membohongi dirinya bahawa ia tidak perlukan iqbal didalam hidupnya?apa yang dirasakan oleh june disaat ini, sememangnya tidak pernah dirasainya sebelum ini.ya memang june pernah punya kekasih tetapi kenapa tak pernah ada rasa sebegini?rasa cinta, rasa rindu..yang kini begitu dalam terhadap iqbal.ketakutan menular disegenap penjuru jiwa june tidak mahu terluka lagi cukuplah semuanya cukuplah derita yang tidak sudah menyiksanya selama ini.june harus lari dari semua ini, cinta iqbal tak harus dibenarkan merasuk jiwa dan fikirannya .semunya perlu dihentikan!..[ms286]
June belai rambut iqbal denagan penuh kasih.sesungguhnya,bukan sahaja mulut Jne berjanji untuk kedamaian sebuah keluarga dimasa akan datang,tetapi June berjanji dihati dan pada dirinya sendiri bahawa impian lelaki yang amat dicintainya ini akan dilaksanakan bersama demi keturunan mereka,agar mereka berdua tidak merasakan diri mereka terasing dari dunia.[ms405]
Hari yang bersejarah buat iqbal dan june hanya diraikan mereka berempat. walau majlis pertunangan ini dijalankan tanpa adat istiadat melayu namun mereka masih mampu mengadakan sebentuk cincin yang bernilai sebuah proton satria dan sekeping cek yang tiada dicatatkan jumlahnya.bagi Iqbal,June telah memberikannya sebuah kebahagian yang tidakkan mampu dibeli dengan wang.[ms410]
June tertawa lalu memeluk iqbal tanpa menyedari itulah pertama kali lelaki itu dipeluknya begitu erat.Rasa segan, janggal atau ego sudah tidak berani berdiri di depan mereka lagi kerana cinta punya kuasa yang begitu hebat,iqbal terharu dengan sifat kewanitaan June yang makin teserlah saban hari ,rambut June dibelainya.[ms421]
June cuba tidak mempercayai lapuran itu tetapi apabila diselaknya muka surat sebelah,salinan foto keluarga yang pernah dimiliki satu ketika dulu, menjelaskan segala-galanya. airmatanya mengalir. Iqbal adalah 'Iqi',adik kandungnya yang masih hidup[ms434]
Niezam phg say...
Terima kasih kepada Noraini Mawi yang menghadiahkan saya saat saat indah menghabisi novel setebal 596 ini dengan sekali harung sahaja. cuti MC kerana demam yang panjang saya gunakan sepenuhnya untuk membuai perasaan saya hasil karya Dilla Hussien. saya sebenarnya agak cerewat juga mahu mencuba hasil garapan penulis baru dan tiada nama. tetapi untuk novel terbitan Suhan Movie dengan kerjasama julie's ini bagaikan magnet yang melekat sejak saya membacanya dari muka surat yang pertama. saya sebenarnya amat kagum dengan Dilla Hussien, karyanya yang satu ini jika tidak melebihi kehebatan novelis terkenal pilihan saya seperti Sharifah Abu Salim atau Fauziah Asari,ianya boleh dikatakan setanding. memang tidak rugi sesiapa yang memiliki novel ini kerana boleh mengulangnya buat kali yang ke dua. ketiga dan seterusnya...
Perjalanan novel ini bagaikan menonton drama dari korea. betul saya masih ingat lagi ketika ketagih mengikuti kesudahan drama Winter Sonata satu ketika dahulu. kisah cinta yang terhalang kerana identiti dan persamaan darah daging hampir sahaja menyebabkan dua insan terpaksa berisah namun jika telah ditakdirkan cinta itu memang untuk mereka..begitulah nasib yang menimpa Iqbal dan June.
keseluruhannya novel ini sangat menarik untuk dibaca dan dimiliki. saya berikan empat bintang [****] untuk novel ini kerana kecantikan plot, suspen, klimaks dan endingnya yang saya kira teramat sempurna. namun begitu saya cuma terkilan sedikit ketika babak iqbal dan June mengetahui mereka adalah adik beradik. rasanya tidak begitu dramatik. saya lebih suka jika mereka mengetahuinya pada hari mereka akan di kahwinkan!.tentu gamat. kerana majlis terpaksa dibatalkan dan diganti dengan majlis doa selamat sahaja kerana telah menemukan adik dan kakak kandung yang terpisah bebelas belas tahun..tetapi itu cumalah igauan saya sahaja..siapalah saya untuk menukar jalan cerita penulis ini...
Akhirnya saya menemui juga sesuatu 'rasa' dalam novel ini, beberapa kali saya menangis didalam hati dan hampir juga air mata saya menitis. gaya olahan mainan perasaan penulis benar benar mampu mengelodak kolam air mata saya.....buaian perasaan yang menyelami kepayahan dan kekeciwaan iqbal betul betul meresap kedalam diri saya. begitulah hebatnya penangan sesebuah karya sastera berbanding filem atau medium lakon layar. saya ingin bertanya kepada pengunjung disini,berapa ramai di antara kita menjadi baik atau insaf hanya kerana menonton drama atau filem-filem bersivik tinggi karya Datuk Yusuf Haslam?...
Bukanlah niat saya menidakkan kreativiti dan usaha Datok yusof haslam namun jauh di sudut hati saya merasakan sentuhan penulisan sama ada novel atau cerpen kekadang meninggalkan kesan mendalam dan mampu membentuk karakter seseorang kerana didalam novel kita melihat seolah-olah diri kita berada pada tempat pelakon utama. sedangkan didalam filem kita melihat orang lain yang melakonkannya, jadi kita lebih merasainya hanya apabila kita meletakkan diri kita di tempat orang lain pada ketika itu.
ketika membaca novel ini tergambar barisan pelakon-pelakon berikut seolah-olah mereka sedang melakonkan watak dari novel ini didalam kotak fikiran saya.
Iqbal - Rosyam Noor
June - Nasha aziz/eja
selena - zizi ezzatie
Lynn - Nisdawati
Leha - Rita Rudani
Suhami - Rusdi Ramli
zek - Faizal Hussien
hazim - Arash Mohd
Rohaya - Azizah Mahyan
Norhan - Syukri hashim
ayim - jojet wings
hamid - Bob Lokman
* Jika Rosyam Noor bercadang memfilemkan/dramakan novel ini, barisan pelakon diatas amat bersesuaian rasanya. mungkin pengunjung yang lain ada gambaran untuk pelakon yang lain. Terserah kepada citarasa masing masing kerana ketika membaca novel ini andalah 'pengarahnya'......
1 Comments:
At September 24, 2006, Anonymous said…
oooo...
kalo sy rs rita rudaini yg layak jd june cz nasha cm lg berumur sket...huhu..sy ingt sy jer yg bace novel ni smbl dok teke sape yg leh uat watak2 ni...
Post a Comment
<< Home