Masyallah. Apa nak jadi dengan negara kita ini?
Bismillahirrahmanirrahim
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" surah Al Asr ayat 1-3.
Saat mendukacitakan bagi umat Islam di Malaysia sudah tiba. Satu demi satu gerakan licik puak kafirun menampakkan hasil bagi menindas dan menjatuhkan martabat agama Islam. Namun umat Islam di Malaysia masih ramai yang lena di ulit mimpi indah duniawi sehingga tidak menghiraukan langsung tentang agama Allah yang semakin terhimpit.
Saya baru sahaja menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya.
Soalan yang saya tanyakan kepada pegawai disana ialah, " Benarkah di sijil kelahiran bayi tidak lagi dinyatakan status agama bagi bayi tersebut?"
Jawapannya, "Benar. Bermula dari bulan Jun 2006. Ini adalah kerana bayi tersebut berhak menentukan agamanya sendiri apabila berusia 18 tahun."
Terkejut, geram, sedih, marah... semuanya bersarang di dada saya sekarang ini. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini? Bukankah ini salah satu tuntutan dari memorandum yang dihantar oleh menteri-menteri kafirun kepada Perdana Menteri Hadhari dan juga salah satu tuntutan pihak Artikel 11?
Ke mana hala tuju negara Islam Hadhari ini sebenarnya? Kita di larang membincangkan isu Artikel 11, murtad dan isu-isu sensitif atas dasar perpaduan dan keselamatan negara. Di sebaliknya pihak kerajaan menurut apa saja yang di minta oleh pihak kafirun. Berapa lama lagi kita harus membiarkan diri kita dan umat Islam terus di tipu? Masih belum sedarkah kita? Sampai bila? Cuba kita pejamkan mata dan kita fokuskan ingatan kita pada wajah-wajah anak-anak kita. Sanggupkah kita membayangkan anak kita datang bertemu kita suatu hari nanti dalam keadaan murtad? Nauzubillah.
Sedarlah wahai umat Islam. Bangunlah. Paling tidak, bila tiba masa kita diberikan hak untuk mengundi memilih kerajaan... fikirkanlah semasak-masaknya. Janganlah hanya memandang kepada keindahan duniawi yang sementara ini. Janji dan omong kosong yang terbit dari mulut pemimpin yang langsung tidak mengambil berat dan melindungi agama Allah.
Sedarlah semua..........
Wallahua'lam
[ Terjumpa artikel ini dari sebuah blog, Sangat PERLU untuk di kongsi dengan pengunjung blog saya]
Niezam_phg say....
Saya rasa sayu sangat.memang agama kita sekarang sedang diserang dengan teruknya. kalau di luar negara orang islam di anggap sebagai pengganas dan menyusahkan orang lain di negara kita pula agama islam tidak mampu dipertahankan walaupun pemerintahannya masih lagi seorang yang beragama islam. mungkin ramai dikalangan kita ini islama baka saja kot. Sampai bila kita perlu buktikan bahawa kita memang benar benar seorang islam sejati dan penganut agama yang berkualiti. Kalau seorang kanak-kanan tidak di tentukan agamanya dari awal. habis kalau meninggal sebelum umur 18 tahun nak kita macam mana?..takan nak bakar ikut agama hindu?.....ini semua nak tunggu 'peringatan' dari Allah agaknya....
2 Comments:
At September 08, 2006, Anonymous said…
abang, sematkan Islam itu didada anak kita sebaik sahaja dia dilahirkan. di I.C. tak penting kerana ia bisa hilang diragut pencopet. Tapi dihati, ia kekal spt cinta yang tak padam.
At September 12, 2006, Anonymous said…
Geram betul saya bila saya baca pasal ni. Saya bukan anti Pak Lah, tapi semenjak dia jadi PM, isu2 sensitif spt ini makin menjadi2. Waktu Tun jadi PM dulu, takde pulak yg berani nak tunjuk belang. Sebagai org Islam di negara ni, saya rasa kedudukan saya makin terancam. Apa nasib, anak2 kita nanti kalau beginilah corak pemerintahan pemerintah kita. Sikit demi sedikit peraturan di ubah, atau mahukan malaysia menjadi negara Islam liberal? Takkan nak tunggu bala, seperti yg terjadi di negara jiran baru semua nak sedar?!!? Utk semua umat Islam di dunia, di Malaysia khususnya, sedarlah akan ancaman yg melanda dari pihak hindu dan kristian.
Post a Comment
<< Home