Novel Review : Camar yang pulang
Terbitan : ARA Communications Sdn Bhd
Tebal : 184 mukasurat
sinopsis
Faizal, azura, azmi dan suhana.masing masing bagaikan camar yang berterbangan.tiada siapa yang mengerti mengapa faizal bagaikan camar yang tebang tidak menentu dan hinggap di merata dahan.
tiada siapa yang faham mengapa azura begitu mencintai faizal bagaikan camar yang sanggup membina sarang di hujung ranting yang begitu mudah patah di tiup bayu.tiada siapa yang bersimpati dengan suhana yang bagaikan camar terkurung dalam sangkar emas,mata bebas memandang tetapi tubuh terseksa ketandusan.tiada siapa yang tahu tentang azmi yang kelihatan riang bagai camar berterbangan yang memendam rasa yang menyeksakan.
sentuhan penulis novel ini saya anggap biasa -biasa sahaja.gaya haluan cerita yang mendatar dan begitu santai membuatkan kita tidak perlu memikir panjang dan menganggap ianya persoalan biasa yang sering berlaku di sekeliling kita. oleh kerana penulisnya lelaki maka akan terdapat sedikit bait-bait yang agak panas dalam novel ini tetapi rasanya bukanlah pekara itu yang ingin di angkat dan menjadi keutamaan penulis.ianya sekadar perencah untuk menyedapkan cerita sahaja..
persoalan utama lebih tertumpu pada azura yang dalam dilema memilih rayuan cinta diantara faizal yang sebenarnya curang dengan suhana atau menerima cinta tulus azmi yang pernah dikeciwakan kekasih yang lalu. masalahnya faizal lebih tampan ari azmi, cuma azmi lebih berkedudukan dari faizal. pesoalan antara harta atau rupa ini membuai perasaan pembaca hingga ke akhirnya dimana penulis dengan sedikit kejam menghukum faizal dan menyebabkan cinta azura terarah kepada azmi......
Diantara bait bait menarik dalam novel..
malam itu faizal bukan sahaja dihidangkan oleh suhana dengan hidangan yang paling istimewa yang belum pernah dinikmati sebelum ini, malah dia dapat bermalam bersama suhana,seperti sepasang pengantin baru yang sedang berbulan madu.mereka benar-benar menikmati kebahagiaan hidup bersama [ms35]
Azura memang terpikat denga kemesraan azmi, namun kehadiran azmi sudah terlambat kerana ruang hatinya telah terisi dengan kehangatan cinta fazial dan azura juga merasa kebahagiaannya. entah pukul berapa azura tidak pasti dengan tidak disedarinya dia terus memejamkan matanya dengan belaian wajah faizal dan azmi silih berganti dalam mimpinya....[ms55]
perlahan lahan kelopak matanya digenangi air mata.ia kesal dengan sikap faizal yang tidak memahami kerinduan yang meruntun hatinya. dia menangis sendirian sambil menelan keresahan yang mencengkam dirinya.[ms75]
faizal menghembuskan nafas keresahan. terasa dirinya insan yang terbuang pemandangan indah yang mengelilinginya dengan kuntum bunga-bungaan tidak lagi menyemarakkan hatinya. segalanya kosong belaka seperti kosong hatinya kini suhana entah kemana,licinnya bagaikan belut azura pula sudah bertukar sikap, tidak lagi seperti azura yang dikenalinya dulu. apakah zura juga sudah ada pilihan sendiri?[ms175]
Niezam Phg say...
Untuk novel yang sebegini sifatnya saya berikan 2 bintang Sahaja[ ** ]. novel ini tidak begitu mencabar minda saya,tidak mendebarkan hati saya dan tidak langsung membuai perasaan saya untuk setidak tidaknya menangis didalam hati jika tidak menumpahkan airmata darah sekali pun!.......
1 Comments:
At September 13, 2006, Anonymous said…
novel tangisan bulan madu, dedaun hijau di angin lalu ( betul tak lupa dah..cerita cinderella kat tv tulebih kurang citer ni la) memang best...citer thriller abang ramli awang mursyid pun best.
Post a Comment
<< Home