Kisah kolaborasi Telur Ayam dan Anjing
Apa yang menariknya?
Kami dapati senarai pelangggannya meliputi kedai makan chinese,restoran mamak dan restoran melayu. Distribution depa menganjur dari Sg. Buloh sampailah ke Shah Alam.Apa yang lagi menarik? Ya... best betul tengok beberapa ekor anjing bergelimpangan tidur (mungkin penat kot malam tadi depa sentri jaga gudang) dicelah-celah kawanan telur tersebut....
Kesimpulan
Aku rasa loya nak makan kat kedai....kedai makanan termasuk Shah Alam pun ade yang ambil dari pemborong ni... emmm sedapnya sehingga menjilat siku....orang boleh kata, la... bila kita makan roti telur ke, lauk telur ke, kan telur tu tak payah sembelih... lagipun mana nampak najis? Tak nampak PONNNNN !!!! So, apa ada hal!
Penutup
Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam 2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh)
Kini tambah lagi satu...
3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing... emmm.. goreng pon sodap!
Kawan aku merangkap jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oii.....Masalahnya,
aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.
Moral of the story
Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan. Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya... disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.
Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.
Niezam Phg says....
Dua tiga hari nie tekak saya rasa loya jer..rasa nak muntah jer..harkk tuiiiii... bukan saya kena 'pembawa budak'..tapi melihatkan banyak sangat ketidaksucian sumber-sumber pemakanan yang menerjah masuk ke dalam perut ini....banyak sangat keraguannya....dari sudut kesucian..bukan dari sudut kekenyangan......
2 Comments:
At September 15, 2006, Anonymous said…
cam ner ni? kata malaysia sebuah negara hab halal dunia...negara2 luar menaruh keyakinan dan harapan pada malaysia kerana malaysia mempunyai reputasi tinggi dr segi pengendalian produk halal.Kata malaysia mempunyai komitmen dr segi pengendalian halal dan dibuktilan dgn terbangunnya standard halalnya iaitu standard halal malaysia (ms 1500:2004)tapi makin hari makin banyak perkara2 yg meragukan...kita rakyat malaysia pun dah tak yakin cam ner ng islam lain...entah apa nak jd sekarang ni makin hari makin galak org bukan islam mempermainkan kita org islam.
At September 15, 2006, Anonymous said…
terlanjur cerita pasal makanan halal ni saya nak kongsi pengetahuan sikit kepada sesiapa yang nak beli produk makanan yang diimpot dari luar negara yang tiada tanda halal cuba perhatikan pada kotak makanan atau sampul makanan jika ada tanda (U) atau (UD) atau(K) atau(KD)maknanya makanan itu suci kerana ia mengikut piawai makanan kosher (orang yahudi).Semasa saya dan keluarga tinggal di Amerika Syarikat tanda-tanda itulah yang kami perhatikan semasa membeli makanan.Jika tiada tanda-tanda tersebut di kotak atau sampul makanan kami tak membelinya.Suatu perkara syarikat pengeluar makanan di luar negara mereka memang cukup berhati-hati dalam menentukan bahan yang akan digunakan itu menepati piawai makanan kosher kerana jika mereka menipu maka akibat yang akan mereka hadapi itu amat merugikan mereka.Tau ajalah tekanan dari penganut Yahudi boleh menyebabkan sesuatu keluaran itu diboikot.Sebagaimana yang suadara-suadari ketahui makanan kosher adalah makanan yang suci yang mana orang islam boleh memakannya tanpa keraguan.Contohnya kita boleh order makanan kosher jika sesuatu syarikat penerbangan tiada menyediakan makanan Islam atau makanan 'vegetarian' . Saya berharap makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara dan saudari dalam menentukan makanan yang kita beli dan makan itu suci.Mulai sekarang perhatikan lah tanda-tanda yang saya nyatakan itu pada pada kotak atau sampul makanan.
Post a Comment
<< Home