Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, September 20, 2006

Pegawai wanita maut kereta jatuh dari tempat letak kereta



KUALA LUMPUR: Pemangku Naib Presiden Bahagian Undang-Undang Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB), Norhalili Yahya, maut setelah keretanya terjatuh setinggi 25 meter dari ruang letak kereta terbuka yang terletak di atas bukit berhampiran bangunan CIMB di Jalan Semantan di sini pagi tadi.

Norhalili, 45, dipercayai tersalah menekan pedal minyak menyebabkan keretanya jenis Kia Rio tiba-tiba melonjak ke atas pembahagi jalan sebelum terjunam ke bawah bukit.

Pembantu Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIMB, Tengku Zarina Tengku Ibrahim berkata Norhalili adalah pemangku Naib Presiden Bahagian Undang-Undang CIMB sejak enam tahun lalu.



Niezam Phg Says...

kepada keluarga mangsa saya ucapkan takziah. sudah ajal beliau pergi dengan cara begitu. tetapi selepas ini saya percaya akan berlumpa lumba pihak berkuasa berkenaan membina pagar atau tembok untuk menghalang kejadian yang sama berulang. samalah seperti kes seorang pelajar dilanggar lori kontena di klang dulu. selepas itu berlumba lumba kerajaan membina jejantas untuk kegunaan pelajar melintas. walaupun sebelum itu permintaan penduduk kampung kepada wakil rakyat bertahun-tahun lamanya tidak dilayan kerana ketiadaan peruntukan. nampaknya kita masih tidak belajar dari kesilapan dan sering melihat sesuatu pekara itu tidak membahayakan sehingga ada nyawa yang terpaksa di korbankan untuk menunjukan keseriusan sesuatu bahaya yang menanti. sampai bilalah kita harus bersikap menunggu korban? sampai bila kita baru mempunyai sikap proaktif?...

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...