Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, February 11, 2007

TAHNIAH UNTUK MAWI....




Mawi masih unggul dan popular
Tiada keputusan yang diluar jangkaan dalam Anugerah Bintang Popular (ABP 2006) berlangsung dari Arena of Stars, Genting semalam. Hampir kesemua keputusan sudah dijangka dan mereka-mereka yang terpilih adalah yang paling dekat dan paling popular di hati peminat mereka.

Ia juga membuktikan sikap taksub peminat fanatik artis-artis yang dipilih. Apa saja yang berlaku, yang tertulis di dada akhbar ataupun perkara negatif yang tidak pernah tercatat dalam media tidak meninggalkan kesan langsung pada peminat-peminat Mawi, Siti Nurhaliza, Sheila Rusly, Rosyam Nor, Linda Onn, Rabbani, Halim Othman dan Saiful Apek.

Nama-nama popular dan tersohor ini akan tetap meniti di bibir mulut peminat dan akan senantiasa tersemat di hati peminat peminat fanatik mereka. Mereka masih unggul dan popular, tidak akan tercabar oleh sebarang badai perkahabaran atau berita, melainkan kalau Tuhan mengizinkan.

Maka sebab itulah, tidak hairan, tiada nama lain dapat mengatasi kehebatan dan keunggulan nama-nama artis ini setakat ini.

Sewajarnya mereka yang menang mensyukuri nikmat ini kerana mempunyai peminat fanatik yang beribu-ribu di luar sana adalah nikmat yang paling manis dalam hidup seorang artis.


Mawi pertahan takhta Bintang Paling Popular

Sekali gus ia juga menunjukkan bahawa peranan media menggilap dan memberi publisiti kepada mereka selama ini berjaya.

Tanpa media menjulang nama mereka dan tanpa peminat yang tidak henti-henti menyokong karier mereka, tidak mungkin artis-artis popular ini mengulangi kejayaan mereka buat kesekian kalinya.

Walaupun disebut-sebut akan memenangi Artis Baru Paling Popular, pendatang baru Ina Naim yang lahir dari kontroversi putus tunangnya dengan Mawi dan kemudian lahir dengan album solo, Duhai Malam, kalah di tangan Farahwahida.

Peminat di luar sana bijak menentukan siapa yang popular dan tidak popular. Mungkin mereka cuma minat mengikuti cerita Ina Naim disebabkan tempias Mawi, itu saja.

ABP 2006 menyambut hari lahirnya yang ke-20 baru-baru ini dan untuk tahun ini, sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan tahun ini.

Mawi sekali lagi mengungguli Anugerah ini dan sekaligus membawa pulang sebuah kereta Naza Sorento 2.5 (A) bernilai RM143,000 tajaan Naza Kia Sdn Bhd, barangan kemas tajaan Habib Jewels berharga RM200,000 dan beberapa hadiah lain.

Kemeriahan siaran langsung ABP 2006 sememangnya amat dirasai oleh kesemua mereka yang memenuhi arena di Genting Highlands.

Ogy dan Kak Engku serasi

Tambah menggamatkan suasana ialah celoteh dua orang hos yang begitu sinonim dengan acara hiburan lintas langsung iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Raja Azura (Kak Engku).

Lawak selamba mereka yang berbaur peribadi dapat diterima dengan positif oleh mereka yang menjadi "mangsa". Sporting sungguh artis-artis kita sekarang. Kalaupun ada yang terasa hati, wajah kelat mereka tidak dapat dirakam oleh lensa TV.

Pasangan baru Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) tidak habis-habis diusik oleh rakan artis. Mungkin gurau senda mereka bagai satu welcome gesture untuk Datuk K yang masih baru di dalam industri hiburan.

Wajah Siti juga merah padam apabila Rita Rudaini membayangkan dia juga teringin "abang bermisai tapi bukan Datuk K" dan "Maaf Siti" yang diucap oleh Rita sudah cukup membuat arena menjadi hingar bingar seketika.

Celoteh Ogy yang kadang-kadang tidak boleh dikawal oleh skrip yang tersedia membuat keadaan jadi out of control sekejap seperti waktu Ruffedge mengumumkan keputusan dan bukannya paduan suara lagu Cinta dari Misha dan Jac.

Namun disebabkan Ogy adalah orang lama dan sememangnya keletah dengan pelbagai sulaman sindiran dan alasan yang masuk akal maka keterlanjuran Ogy dapat dimaafkan.

Kak Engku pandai memainkan peranannya mengawal keadaan apabila Ogy bercakap out of context. Kedua mereka mempunyai keserasian yang cukup menghiburkan pada ketika-ketika tertentu. Namun ada kalanya cakap mereka berlarut-larut tanpa fokus - tidak tahulah kalau ini memang sengaja diadakan untuk mengujudkan suasana santoi dan sempoi.

Sekalung pujian patut diberi kepada penulis skrip yang bijak membawa subjek-subjek yang relevan dan menghiburkan.

Hiburan memuaskan

Acara persembahan yang disediakan agak memuaskan kerana kebanyakkan lagu-lagu yang dipilih. Pembuka tirai ialah penyanyi Aishah yang membawa lagu popularnya 'Janji Manismu" dan disambut dengan Ziana Zain, Fazli, Azfar dan Mawi.

Segmen pertama ini agak berjaya walaupun Fazli Zainal dan Azfar kurang mampu untuk memberi penyudah yang baik untuk lagu-lagu M.Nasir dan Zainal Headwind, anggaplah ianya sebagai satu selingan saja.

Kemunculan Mawi menyampaikan lagu kegemilangannya "Aduh Saleha" secara selektif tidak berjaya membawa mood yang diharapkan.

Pihak penganjur juga membuat perkiraan yang agak baik dengan memberi publisiti meluas kepada semua DJ dari Radio Era, Hotfm dan suku sakat mereka untuk menengahkan bakat-bakat mereka di dalam segmen DJ.

Mungkin inilah cara DJ cuba menunjukkan taring mereka. Ramai maklum, di kalangan DJ ramai yang bagaikan ketagih menyanyi tetapi sayang mereka tidak berpeluang dan tiada platform untuk menyerlahkan bakat mereka. Walaupun suara mereka di tahap boleh tahan saja, dek kemeriahan yang tercipta segmen ini menjadi satu hiburan yang agak menghiburkan.

Segmen Hattan, Rahim Maarof dan Awie dalam lagu "Musibah" dianggap agak bingit dan tidak seperti yang diharapkan. Pemilihan lagu yang tidak berapa menarik ini kurang menjadi.

Berlainan sekali dengan pemilihan lagu "Diamonds are Forever" oleh Noryn, Ning Baizura, Nikki dan Dayang Nurfaizah. Gabungan hebat keempat mereka dengan busana hitam dan koreografi lagu ini cantik sekali.

Gandingan penyanyi Ramlah Ram, Musli dan Farahwahida di dalam sebuah lagu dari filem bagaikan tidak cukup rempah ratusnya. Mungkin juga Farawahida tidak dapat membawa lagu inang ini sebaik Ramlah Ram dan inilah yang menjadi lagu ini kurang enak didengar.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah pengelolaan ABP, ABP 2006 telah menggunakan pemuzik mini orkestra di bawah pimpinan Ramli MS. Memang tidak dapat dinafikan kehebatan lagu-lagu di bawah arrangement Ramli yang kesemuanya menarik dan diberi nafas baru.

Agak menghairankan bila Mawi diumumkan sebagai Bintang Paling Popular tahun 2006, Ogy dan Kak Engku telah mengumumkan bahawa Siti Nurhaliza (pemenang Bintang Paling Popular enam tahun berturut-turut) akan menyampaikan lagu Destinasi Cinta. Entah di mana logiknya meletakkan Siti di akhir kemuncak ABP 2006 ini sukar difaham?

kredit to iza@my.hanjin.com

Labels:

3 Comments:

  • At February 12, 2007, Anonymous Anonymous said…

    HELLO....
    MEMANG TAK DAPAT DINAFIKAN ABPBH 2006 MEMANG BEST WALAUPUN KEPUTUSAN SUDAH DAPAT DIJANGKAKAN....
    DENGAN KEMENANGAN ARTIS YANG MENDAPAT TEMPAT DIHATI PEMINAT SEPERTI MAWI,SITI,FASHA,ROSYAM SYELLA RUSLY,APEK DAN YANG LAIN2....TAPI APA YANG TAK BESTNYA TENTANG FESYEN SEBAHAGIAN ARTIS YANG KURANG SOPAN...SEKALI PANDANG MACAM DI HOLLYWOOD PULA... MENGALAHKAN BRITNEY,JLO, PAMELA PUN ADA....
    CONTOHNYA FASHA DENGAN BAJU YANG AGAK TERDEDAH DI BAHAGIAN BELAKANG...NAK SALAHKAN SIAPA????
    ADAKAH PEREKA FESYEN!!!!!TIDAK KETINGGALAN JUGA PENGACARA KESAYANGAN ASTRO HANI WACHA!!!! APA TIDAKNYA BAHAGIAN DADA YANG AGAK MENDEDAHKAN!!!! TIDAK KETERLALUAN JIKA SAYA KATA SEPERTI NAK TERBURAI BUAH DADANYA....NAK TUNJUK KAT SIAPA SEBENARNYA??? CANTIK SANGAT KE??? TAK HABIS KAT SITU...SAZZY FALAK PUN TIDAK MAHU KETINGGALAN...WALAUPUN DAH BERSUAMI APA SALAHNYE BERPENAMPILAN SOPAN SIKIT...SUAMI JUGA YANG DAPAT NAMA!!!!!
    APA YANG SAYA NAMPAK SEMUA ARTIS DIBAWAH NAUGAN STESYEN TV BERBAYAR MEMANG TERLAMPAU SEKSI..INI DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN NANA ERA...YANG BERFESYEN SEHINGGA MENAMPAKKAN LURAH DADA....DALAM PEMERHATIAN SAYA, SETIAP KALI ADA ANUGERAH FESYEN BERKEMBAN YANG MENJADI PILIHAN PARA ARTIS!!!!!INI KE CONTOH ISLAM HADHARI???? LEBIH-LEBIH LAGI SEKARANG MALAYSIA BERIA-RIA MEMPROMOSIKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA???? APA YANG KITA NAK TUNJUKKAN???? ADAKAH KESOPANAN DAN KESUSILAAN????

     
  • At February 14, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Anoymous, saya sokong dengan kata kata anda..perempuan artis diMalaysia ini seperti tidak bermaruah tubuh mereka dapat dilihat dengan senang nya.Kalau di Hollywood itu berbeza..mereka bukan berbangsa Melayu atau beragama Islam...so tidak menjadi masaalah tetapi di Malaysia mereka berbangsa Melayu yg penuh dengan adat sopan tapi..disebaliknya artis murahan itu suka sekali memperagakan buah dada mereka..agaknya taktik untuk pikat datuk datuk tua kat Malaysia kot!...mana lah tak banyak rogol sana sini dan datuk datuk tak senang duduk nak bini dua tiga....salah siapa ye!...........

     
  • At February 23, 2007, Anonymous Anonymous said…

    MAWI IS SHIT

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...