Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, February 04, 2007

Seharian yang memenatkan minda.......


sorat panggilan peksa..PTD


bangunan hadapan SMK Victoria

Meminjam kata kata pengarah filem sepet iaitu Yasmin Ahmad "saya tidak membuat filem untuk kepuasan penonton tetapi saya membuat filem untuk memuaskan hati ibu saya" begitulah keadaan saya pada 3 febuari baru baru ini.terpanggil menghadiri temuduga bertulis peperiksaan memasuki pegawai tadbir dan diplomatik[PTD M41] yang di adakan di Sekolah Menangah Victoria jalan Hang Tuah.kepada yang tidak biasa denagn SMK victoria. ia terletak bertentangan balai bomba jalan hang tuah yang bersebelahan penjara pudu. dibelakang sekolah ini pula terletaknya stadium merdeka.


Sekolah dalam taman.......


suasana sekitar jam 8.30 pagi

SKM victoria mempunyai sejarah yang panjang di negara kita.ketika zaman pendudukan jepun sekolah ini telah di jadikan ibu pejabat markas tentera jepun dan disinilah berlangsungnya majlis penyerahan tanah melayu kepada british pada september 1945 apa bila bandaraya Hirohsima di bom oleh Amerika Syarikat. ketika melalui bahagian hadapan terdapat gambar-gambar alumni pelajar sekolah ini anta sultan Brunei sekarang. CEO Sunway berhad,CEO bursa saham Yusli Yusuf, Makazir Lokman[ bekas pengacara TV3] dan ramai lagi muka muka VIP yang biasa anda lihat di kaca tv.cuma saya tak ingat sangat nama nama mereka..


sekitar SMK Victoria


Taman bunga depan sekolah

Dah lama saya tidak mendapat surat pengilan peperiksaan seperti ini, panggilan telefon dari ibu yang mengatakan surat sampai ke kampung dan mengharapkan saya dapat pergi ke peperiksaan membuatkan saya terkedu. tempoh masa selama beberapa hari sebelum peperiksaan tidak mencukupi untuk saya membuat persediaan.,ibarat laksamana yang turun ke medan pertarungan tanpa senjata.saya ibarat pejuang yang telah tewas sebelum menjejakkan kaki ke gelanggang lagi!!. jika kemenangan adalah matlamat utamanya pertarungan itu. tetapi matlamat saya hanyalah untuk sekadar mengembirakan ibu saya,namun jika ada rezeki di situ saya pasrah....

maka saya gagahi juga menempuhi peperiksaan yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 4.30 petang.[ jika dahulu peperiksaan PTD ini mengambil masa selama dua hari] peperiksaan ini terbahagi kepada 5 segmen.


Dewan utama peperiksaan.....anda ada masa 10 minit lagi...sentap jer rasa

Bahagian pertama bermula dengan mudah sekitar isu semasa,politik.teknologi maklumat dan kesenian serta sejarah.soalan sebanyak 60 dalam masa 45 mnit tidak memberikan masalah besar kepada saya yang sentiasa peka dengan isu semasa serta rajin melunsuri internet ini.[ ceh dengan bangga giler tu!!! ].


Bangunan dewan bahasa dan pustaka [DBP] dari jauh

Masuk ke bahagian kedua yang bermula selama 45 minit dengan soalan penyelesaian masalah sebanyak 40 soalan.soalannya standard matematik tingkatan 5 sahaja. tetapi jangan takbur jika anda telah bertahun tahun meninggalkan alam persekolahan, dengan sedikit trick sahaja tak mungkin anda dapat menjawab dengan tepat.pada tahap ini,kekaratan otak saya terserlah.ketika menjawab soalan yang ke 25, ketua pengawas mula berkata ' anda hanya mempunyai 10 minit sahaja lagi." adoiiii rasa macam nak hempuk saja meja tu kat kepala ketua pengawas tu. rasanya jika di berikan masa sampai pagi besoknya nescaya saya mempu menjawab ke 40 soalan itu dengan betul dan tepat serta mesra..eh dah maca slogan satu jabatan kerajaan tu lah pulak..hehehe...so ada 15 soalan yang perlu di jawab dalam masa 10 minit. jadi faham faham sajalah.saya biarkan 'dadu' saja yang menjawab! [baca soalan dan menjawab jawapan yang saya rasa betul.....nasiblah...


Berjaya times square.....ketika rakan rakan lain sibuk menghalau nyamuk[ isap rokok] saya membizikan diri mengsnap gambo pemandangan sekitar SMK Victoria nie...indah pemandangan kat sekolah nie..

Bahagaian seterusnya kefahaman esei.terdapat 20 soalan dalam masa 35 minit.untuk bahagian ini saya boleh menjawab sambil tersenyum sahaja sekali sekala menutup sebelah mata.[ceh takbur la tu...hahaha]. kalau orang kampung cakap macam makan kacang jer..sedey yang amat...hehehe 10 soalan BM dan 10 soalan English. kefahaman soalan BM mengenai body languange [bahasa badan] dan kemiskinan penduduk bandar manakala untuk esei english mengenai pengaruh kehadiran tv satelit macam astro dan ...

selepas berehat 15 minit masuk pula ke bahagian yang ke 3.iaitu esei bahasa melayu.terdapat 3 soalan dan perlu menjawb satu sahaja dengan 500 patah perkataan.antara soalan yang saya ingat..lebih kureng macam nie la bunyi soklan diar..

1) Peningkatan jenayah kolar putih berkaitan dengan penumpuan kepada kecemerlangan akademi semata mata tanpa disertakan penumpuan kerohanian dan pengisian dalam ilmu itu sendiri,

2) huraikan kebaikan program kitar semula kepada kehidupan seharian manusia.

3) kewujudan program realiti tv telah memberikan pelbagai kesan kepada golongan remaja.bincangkan kesan program realiti tv kepada masyarakat...


Saya menjawab soalan ketiga sebab rasanya itu terlalu dekat dengan diri dan pengetahuan semasa saya yang agak malas mentelaah sesuatu yang agak ilmiah sedikit buat masa ini.Jika anda berada d tempat saya bagai mana?.....exam untuk kertas ini mengambil masa selama sejam.

Bahagian esei bahasa english juga mengambil masa i jam dengan soalan seperti berikut|-

1) social problems by teenage because uneffective parenting.discuss

2) Obesiti among children.....Discuss

3) saya tak ingat....


untuk bahagian ini saya menjawab soalan no 1. rasanya ok kot cuma bab tulisan tu agak kureng sikit.maklumkan tangan dah jarang menulis.asyik menekan keybord jer..


Tempat menjamu selera.kantin SMK Victoria


Dan bahagian yang terakhir adalah mengenai sahsiah diri.terdapat 178 soalan dan perlu di jawab dalam masa 1 jam sahaja.sebenarnya walau pun soalan nampak banyak tetapi hanya dua pilihan jawapan sahaja di perlukan iaitu betul atau salah.untuk bahagian ini anda tak perlu menjengok rakan sebelah pun kerana ianya berkaitan dengan diri anda dan tidak melibatkan pemikiran rakan di sebelah meja anda..

Antara contoh soalan yang saya ingat adalah seperti berikut...

47.anda pernah gagal bercinta

65.sekali sekala anda tertawa dengan jenaka berunsur lucah.

112.anda pernah minum sampai mabuk mabuk.

...anda menganggap seseorang yang tidak mempunyai sikap dan perangai seperti anda bukan lah seorang yang baik.

...sekali sekali anda menangguhkan kerja hari ini untuk hari esok.

*cuma perlu jawab A atau B. [maksudnya kalau A, ianya berkaitan dengan diri anda dan jika B ianya tidak berkaitan dengan diri anda..] itu sahaja...saya tak tahu apa relevennya soalan sedemikaan dalam menilai sahsiah seseorang yang bakal bergelar pegawai tadbir dan diplomatik....mungkin anda tahu kenapa?

Lepas habis exam saya merayau rayau kat times square sebab nak gi sembahyang asar kat tingkat 8.rupa rupanya kat ruang legar depan tu ada showcase ERA.masa saya lalu tu Faizal one in a million tengah nyanyi 'we will rock you'...so lepak kejap..ramai juga orang.....manakala kat dalam dah penuh susana nak sambut tahun baru cina...tu yang banyak tanglong tergantung...


Semoga mereka yang ramai ramai ni tak lupa sembahyang asar.....


Era....Rentak...Muzik ...Terkini


Era lagi....


merahnya kat times square ni.ni kak red mesti suka kaler kaler mcm nie kan..


kongsi hee fatt coiiii....



Niezam Phg says.......

selain dari tujuan utama peperiksaan ini diadakan untuk memilih calon yang layak ke jawatan pegawat tadbir dan diplomatik[PTD] terdapat satu pengajaran yang besar saya perolehi. selama ini saya mungkin sedikit terlalai.....ianya membuatkan saya sedar.dalam menghadapai ujian yang dibuat/dicipta leh manusia sendiri kita tidak pernah bersedia dan menjawab tanpa sepenuh keyakinan...menjawab dalam keadaan terkial-kial .bagaima pula kita nak menghadapi ujian dari Allah ke atas segala amalan kita bila tiba masanya nanti.bersediakah kita?....

bersediakah kita dengan peperiksaan yang akan mementukan HALATUJU masa depan kita di alam akhirat yang kekal SELAMA LAMANYA nanti.jika kita sentisa beringat dan bersedia.alhamdulillah...tetapi jika kita tidak pernah memikirkan pekara itu dan tidak bersedia bagaimana kita ingin menjawb segala persolan akhirat nanti dengan segala amalAN baik kita...dimanakah persediaan kita? adakah kita akan lulus dan di berikan ganjaran syurga yang penuh nikmat atau pun kita gagal pada [peringkat saringan pertama lagi kerana dosa dosa dan amalan kita yang banyak menyimpang dari suruhan allah].....renungkanlah...

tanyalah pada diri..sudahkan kita bersedia untuk di periksa dan melalui peperiksan akhirat pula nanti. kerana mati itu pasti mendatangi kita walau pun kita selalau merasakan ianya masih terlalu awal buat kita...............tahukan kita bahawa malaikat maut itu berkali kali menjenguk kita dalm masa satu hari....apakah amalan kita ketika itu?...jika baik alhamdulillah jika sebaliknya....apa kah terdetik oleh malaikat maut itu....mungkin manusia ni sangaka dia hidup untuk seribu tahun lagi....teringat pula lagu bumiputra rockers...seribu tahun takan mungkin......

Labels: ,

8 Comments:

  • At February 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    emmm boleh luluske gamoknye..Any way good luck utk org pahang..he he..

     
  • At February 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    aik zam..awak pn ambik exam tu ek?sy pun but kat sek kat kajang..heheh n sy pn jwb soalan essay no.3 & no.1 tu..heheheh rasa

     
  • At February 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    eh tergantung plak..hehe rasa leh lepas x?sy rasa paper 1 & 2 tu payah gak arr..but if ada rezeki, ada lah kan..insyaAllah...

     
  • At February 05, 2007, Anonymous Anonymous said…

    saya menghadiri peksa tu untuk mengiburkan hati ibu saya..boleh ker alasan macam tu..heheheh apa pun selamta berjaya untuk mas...nanti dah jadi PTD bley la blanjer satay kajanggggggg..hehehe

     
  • At February 05, 2007, Anonymous Anonymous said…

    sapa2 yg rajin belek paper n tgk berita, mmg sure leh lulus paper 1 tu. second paper.. huh.. sbb lama dah tak praktis... first few Q tu mmg blur... tp lama2 jd syok plak mengira. part cita pengumuman 10 min terakhir tu.. kita senasib ler. nasib baik sempat lg nak mengira. just 5 soalan terakhir tu ikut suka jer hitamkan. Alhamdulillah paper yg seterusnya sumer kira ok la. xsabar nak tgk result.. hopefully lepas ler ke PAS and interview lagi...

     
  • At February 05, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Hebatnya oak yea...
    dapat pegi exam tu dah kira molek
    bebenor.Orang lain tak merasa la pulok.Kash... Zaim Luqman orang raub.

     
  • At February 05, 2007, Anonymous Anonymous said…

    hehhe zam...sy pn coz mak sy suruh try heheh b4 nih tak berkesempatan nak pi coz asyik x dpt cuti..kali nih wat sabtu kan, so mak suh, pi jelah w/pun demam heheh kalau zam lepas, zam lah belanje k..sy rasa cam kena ambik lagi pas nih ehehhe

     
  • At February 12, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Hari ini baru sempat bukak blog bro nizam... Sy pun rasa kesenangan dan keperitan kertas PTD tu.. maklum la first time, sy doakan bro zam dpt le ye... bior le senior dapat dulu...OppS berapa kali dah ambik???Hehehe ...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...