Senja yang menginsafkan
" Elok-elok la sikit," kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang , Begitu juga dengan isterinya,Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.
Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... .di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... .. BANG!!.
"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda... .mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Maca mana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih
terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Moral cerita: Solatlah Asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.
MUAHHAHAHAHAHAHAH!!!!!
Niezam Phg says.....
kelakar cite nie tapi saya juga pernah mengamami pekara yang sama.masa kecik kecik dulu.bukanlah di pelempang ibu tu..bab mamai tu. masa tidur petang petang tu tiba saya terkejut. tengoh hari dah cerah...
aik apsal mak tak kejut...dia tak tahu ker aku sekolah hari nie....kata saya dlm hati
saya pun apa lagi kelam kabut nak mempersiapkan diri mencari baju sekolah dan kasut sekolah....
mak saya pelik..."yang kau kelam kabut ni nak pegi mana???...
saya jawab "laaa... ..nak g sekolah la dah lewat nie.....kata saya serius..."
"sekolah ape ke benda nyer dah nak magrib nie...." kata mak saya....
rupa-rupanya saya tidur lama sangat petang tu rasa macam dah habis satu malam dan ingat waktu tu dah pagi rupanya rupa nya dah maghrib..hehehehhe..nasib baik tak kena pelempang ibu saya.....heheheh
kredit to dania_syazwina@yahoo.com
Labels: jokes
1 Comments:
At February 02, 2007, Anonymous said…
Salam Zam, KakJie pn pernah mamai..hehehe...Satu hari tu penat sangat, tido lewat...so pagi² lepas hantar anak² pergi sekolah balik rumah terus bummmm..cari bantal..sedap tul tido, sunyi sepi...kawasan perumahan ni pun jauh di ceruk hutan tu...tiba² terjaga...tgok cahaya melalui langsir..eh ..dah cerah..adoii...terlambat bangun, tak sekolah la anak². Terus pergi bilik anak² sambil menjerit² kejutkan dia orang , tolak pintu kosong..eh! Rupanya mamai...dah hantar dia orang dah!
Nasib baik duduk sorang² kat rumah..gelak sorang²
Post a Comment
<< Home