Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, January 18, 2007

Sepinggan Nasi Berlauk Ikan





Renungkan sepinggan nasi berlauk ikan di atas meja kamu. Berapa ramai manusia yang terlibat sebelum satu suapannya boleh masuk ke mulut?

Nelayan miskin dan tua mengejar ikan dengan pukat usang dan koyak. Ditarik ke darat dan dijual kepada peraih dengan harga yang murah. Peraih mengangkut ke pasar borong dan datang pekedai runcit membeli selonggok ikan berkenaan. Kita membelinya di pasar untuk dibawa ke rumah. Untuk sampai ke rumah, kita menumpang khidmat pemandu bas dengan bayaran beberapa sen. Sampai di rumah, kiralah berapa ramai yang terlibat untuk air paip sampai ke rumah buat membasuh ikan? Kiralah berapa ramai manusia terlibat untuk minyak masak tersedia dalam botol di atas rak dapur. Kiralah berapa ramai yang terlibat sebelum di tangan kita ada bawang, ada garam, ada rempah kari, ada bunga lawang, ada gas, ada dapur, ada ini dan ada itu?

Huh, belum dikira berapa ramai manusia terlibat sebelum kita dapat sepinggan nasi? Pesawah membanting tulang? Anak kampung berhenti sekolah untuk bantu bapa di bendang. Dan senarai ini tidak akan berhenti.

Berapa sen sangatlah yang kita bayar untuk harga sepinggan nasi berlauk ikan itu, jika dibandingkan dengan ramainya manusia yang terlibat ‘menyiapkan’ sajian makan tersebut?

Itu belum kira lagi yang kita lahir ke dunia, manusia sambut. Kita mati, manusia kena hantar dan tanamkan ke kubur.

Habis, tak terdetikkah di hati tentang tanggungjawab sosial? Berbuat baik kepada manusia-manusia yang telah bekerjasama menyiapkan sepinggan nasi belaukkan ikan di meja makanmu?

Tentang keperluan berpersatuan, tentang urusan-urusan yang bersabit dengan kebajikan orang ramai? Jangan rasa sombong dan mementingkan diri sendiri untuk hidup tanpa mempedulikan manusia di sekeliling. Manusia diciptakan Allah untuk saling bergantung. Balaslah kurniaan Allah ini dengan menjadikan hari ini, peluang anda memberi kebaikan kepada orang lain. Anda menampung kehidupan dengan apa yang anda dapat, tetapi anda membina kehidupan dengan apa yang anda BERI. Berilah sikit masa, hadiri program persatuan. Moga hidup kita lebih bermakna…

Maaf andai terkasar bahasa. Jika terasa, maknanya tulisan saya sampai kepada maksudnya.



Niezam Phg says.....
hmmmm...lapar lah pulak nampak nasi ngan ikan tu..tapi betapa bermacam perjalanan benda benda tu tempuhi sebelum sampai kat mulut kita..so fikirkan sejenak kesusahan orang orang yang terlibat......sepanjang perjalanan itu


kredit to AhmadFauziAbd.Pirus@sabah.gov.my

1 Comments:

  • At January 18, 2007, Anonymous Anonymous said…

    abis yg tangkap ikan tu pun nak harap pengguna utk sesuap nasi kan?

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...