Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, November 10, 2006

Normala, Azmi bakal timang cahaya mata

PUTRAJAYA: Isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsudin, yang juga bekas pengacara popular, dipercayai hamil.


Normala semalam dikatakan menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di ibu negara, dipercayai berkaitan kehamilannya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Azmi Khalid enggan mengesahkan atau menafikan beliau dan isterinya bakal menimang cahaya mata.

Kisah Normala yang dipercayai hamil timbul ketika bekas Pengerusi Puspanita Jabatan Hidupan Liar, Datin Seri Che Rahmah Mahmood membacakan puisi menyatakan Normala hamil dua pada majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini, semalam.

Ketika itu, Azmi kelihatan tersenyum sambil hadirin bertepuk tangan selepas Che Rahmah meminta semua pihak mendoakan pasangan suami isteri itu memperoleh cahaya mata.

Sebaik selesai membaca puisi, Che Rahmah menyerahkan puisi kepada Azmi yang kemudian membisikkan sesuatu kepadanya lalu Che Rahmah memaklumkan kepada hadirin Normala sedang menjalani pemeriksaan di hospital serta tidak dapat hadir.

Azmi ketika dihubungi kemudian bagaimanapun enggan mengesahkan isterinya sudah berbadan dua.

“Tak adalah, tak adalah. Datin pergi hospital untuk pemeriksaan biasa saja," katanya. Normala dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 25 Ogos tahun lalu, iaitu perkahwinan kedua bagi mereka.

Azmi, 65, diijabkabulkan dengan Normala, 42, di rumah kenalan Azmi, di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Azmi sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Yasmin Abdullah, 62, yang meninggal dunia akibat leukimia.

Perkahwinan Azmi dan Yasmin mempunyai empat orang anak, Dr Soraya, Johan Mohriz, Ida Mariana dan Ilhan Salimee. Normala pula mempunyai empat cahaya mata termasuk seorang anak angkat hasil perkahwinan pertamanya



Niezam Phg says...
Terima kasih kepada iza@my.hanjin.com atas e-mel ini.saya tumpang gembira sahaja.bertambah lagi seorang umat nabi muhamad di dunia ini.semoga menjadi umat yang berguna kepada agama dan bangsa.....insyaallah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...