Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, November 10, 2006

Hukum ASB (fatwa mufti selangor)

in other words..haram lah tu melabur dlm ASB/ASN....

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima
surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan
berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti
berikut :

1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah
Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan
atwanya mengenai permasalahan tersebut.

Keputusan :

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan
perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil
keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah
tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh
kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat
yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju
memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat
pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia
tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat
tersebut.




Niezam Phg says....

Mencari yang halal itu fardu.......so saya tak nak komen lebih lebih.kalau cakap mufti kita tanak ikut. kita nak ikut cakap saper.takan nak pakai cakap samy vellu?...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...