Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, November 09, 2006

Penganalisis politik direman lima hari kes wanita Mongolia



KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis politik terkemuka tempatan dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pembunuhan ngeri seorang wanita Mongolia di sini dua minggu lepas.

Majistret Manira Mohd Nor membenarkan permohonan oleh polis itu pada 9.15 pagi tadi.




Fakta kes
Nama mangsa: Alantuya Shaariibuu
Umur: 28 tahun
Pekerjaan: Model, terlatih di Perancis
Taraf perkahwinan: Tidak diketahui
Tarikh hilang: 19 Okt
Anak: Lelaki, 16 bulan
Tiba di M'sia: 6 Okt
Tempat menginap: Sebuah hotel di K. Lumpur
Ditemui: 7 Nov

Penganalisis berusia dalam 40-an diiringi ke mahkamah oleh peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Christopher Wan Soo Kee memberitahu Bernama bahawa polis berharap dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

"Biarlah polis menjalankan tugasnya dahulu. Berilah kami sedikit masa," katanya.

Tiga anggota polis, dua daripadanya pegawai dan seorang daripadanya wanita, turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Wanita itu Altantuya Shaariibuu, 28, seorang model sambilan, dilaporkan ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, di Shah Alam dua minggu lepas.

Dia dilaporkan datang ke Malaysia pada 6 Okt bersama adik perempuannya dan seorang sepupu untuk mencari lelaki yang mempunyai hubungan seks dengannya sehingga dia melahirkan seorang anak lelaki yang kini berusia 16 bulan.

Apabila dia tidak muncul pada 19 Okt, adik dan sepupunya membuat laporan polis di sini dan meminta bantuan Kedutaan Mongolia di Bangkok.

Berdasarkan kepada laporan itu, polis menahan tiga suspek dan kemudian menemui cebisan mayat di satu kawasan di Puncak Alam.




Niezam phg says...

Terima kasih kepada iza@my.hanjin.com kerana sudi bekongsi emel dengan saya.saya juga merupakan peminat rancangan berbentuk analisis politik satu ketika dahulu.rasanya tidak sukar untuk meneka wajah siapakan di atas itu.walaupun muka mu bertutup tetapi lobang hidung mu tatap menjadi pujaan hatikuuuuuuuuuu heheheh..muka dia ada iras iras Abu** Ra*ak Bah*in*a......heheh kita main teka teki yek...

1 Comments:

  • At November 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Wajah nya dah terpampang diberita harian dan newpaper S'pore tak payah main hide and seek, bukan lagi rahsia....sungguh kejam manusia tu dah ditembak diletup dgn bom.Macam mana orang ISLAM tak dikata dan dihina tengok saja perangai tak ubah macam setan.....

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...