Duit Raya : Adat atau Syariat?
Sesetengah individu akan mengagihkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut. Ia menjadi adat di sebelah nusantara alam Melayu. Masyarakat Timur Tengah tidak pula mempraktikkannya. Biasanya mereka sekadar menjamu tetamu dengan juadah hidangan raya.
Oleh yang demikian, timbul satu persoalan adakah ia merupakan sesuatu yang ada sandarannya dalam syariat agama atau sekadar adat kebiasaan. Secara langsung memanglah tidak ada nas yang khusus berkenaan duit raya ini,tetapi kalau secara tidak langsung, memang wujud gesaan atau hadis Baginda Nabi s.a.w tentang tingginya kebaikan di sisi Allah s.w.t sekiranya kita dapat mewujudkan atau menimbulkan kegembiraan di hati saudara-saudara kita yang lain
Sebenarnya duit raya tidak boleh dianggap sebagai satu kewajipan, tuntutan
mahupun keperluan yang mesti dilakukan. Masyarakat harus membetulkan
persepsi tentang duit raya ini supaya ia menepati lunas-lunas Islam dan
tidak menjadi satu beban kepada pihak yang memberi dan tidak pula menjadi
desakan pada diri yang menerima iaitu kanak-kanak. Kesedaran ibu bapa
terhadap isu ini merupakan satu keperluan yang harus disusuli oleh rasa
tanggungjawab memahamkan kanak-kanak supaya tidak menjadikan duit raya sebagai satu keutamaan dalam sambutan Hari Raya.
Kita tidak mahu ibu bapa membandingkan jumlah wang yang diberi oleh sanak-saudara kepada anak mereka. Kita juga tidak mahu adik-beradik membandingkan jumlah wang yang diperoleh sebagai duit raya. Kita juga tidak mahu niat berkunjung diselitkan dengan niat mahu mengumpul duit raya. Dalam erti kata lain kita tidak harus membiarkan pemikiran kanak-kanak dalam memahami sambutan Hari Raya bermakna mencari duit raya. Kalau ini terjadi dan tidak dikawal sudah tentu ia telah tersasar daripada tujuan sambutan Hari Raya untuk mengeratkan tali persaudaraan kepada tujuan untuk memenuhi tuntutan material. Sudah tentu kalau hal ini berlaku ia tidak secocok dengan
kehendak syariat Islam.
Selain itu juga, janganlah kita sesekali membiasakan anak-anak dengan ganjaran berunsurkan keduniaan seperti pemberian duit pada satu Syawal sebagai ganjaran melakukan ibadah puasa. Kita tidak seharusnya menerapkan didikan sebegitu kerana dari sudut jangka panjang dibimbangi bahawa anak-anak terkeliru dengan ganjaran material yang diperoleh. Jangan diletakkan sebarang habuan kerana tindakan demikian bahaya dari sudut didikan anak-anak dan kefahaman mereka tentang konsep ganjaran sebenar dari sudut akidah yang berupa ganjaran pahala yang sudah tentu lebih
dituntut.
Oleh yang demikian, janganlah menganggap duit raya sebagai satu tanggungjawab yang wajib.
Niezam Phg says...
bagi saya duit raya bukan lah sesuatu yang wajib,cuma ketika kita kanak kanak dulu mendapat duit raya merupakan satu kegembiraan yang sukar di ucapkan. masa tu lah kita nak kumpul duit dan nak beli apa yang kita hajati.ianya bukan satu kemestian.lagi pun setahun sekali sahaja nak buat kanak kanak gembira.jadi apa salahnya. dari segi agama rasanya duit raya tu kira macam sedekah sajalah sebab nak membuang perasaan dan rasa kedekut dalam diri.selain zakat fitrah yang kita keluarkan....
Selagi tidak membazir saya tak melihat ianya sesuatu yang salah, namun terpulanglah kepada nawaitu masing masing.tapi kalau sampai berhutang denagn kawan kawan sebab nak sediakan duit raya.rasanya itu adalah sesuatu yang tidak perlu dan patut di eklakkan.Buat sekadar yang termampu.jangan paksa diri anda....SELAMAT HARI RAYA
0 Comments:
Post a Comment
<< Home