Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, November 02, 2006

Aidilfitri bersama MAWI

Saya ada menerima e-mel dari pengirim asal iaitu Ummi berkaitan gambar mawi ketika hari raya baru-baru ini dan beliau meminta supaya saya mendelete artikel berkaitan rumah baru mawi tersebut. Bagi menghormati pemintaannya saya telah pun membuang gambar dan artikel cuma bahagian penafian mawi mengenai gossip tersebut masih saya kekalkan sebab itulah tujuan asal saya meletakkan posting hari raya mawi itu.sekadar menjelas kekeliruan gossip kepada peminat-peminat mawi.....


Penjelasan diatas gosip tentang Mawi yg tersebar melalui akhbar baru2 ni.....

Sian Mawi x habis2 kena fitnah ngan wartawan.

Keluarga mawi merisik Ikin - Tidak benar sama sekali telah pun dijawab oleh keluarga Ikin

Keluarga Mawi merisik Pelajar dr Utara pada 3 hari raya - Tidak benar sama sekali pada hari tersebut (Jumaat - 3 hari raya) Mawi membawa keluarganya bercuti di Port Dickson dari Jumaat hingga semalam, petang semalam baru mereka balek Kulai

Mawi tutup rumah - Untuk makluman pada 1 hari Raya Mawi buka rumah untuk peminat hingga jam 1 pagi peminat dijamu dgn sate dll.

2 hari raya - keluarga Mawi berkunjung kerumah mertua kakak Mawi & saudara mara mereka jadi rumah terpaksa ditutup sbb x der orang kat rumah, Mawi lak kat Perlis atas jemputan Yang Dipertuan Agong...bukan sengaja tutup rumah x nak bagi peminat datang

3 hari raya hingga semalam - Mawi membawa keluarga bercuti di Port Dickson


Niezam _Phg Says...

Rasanya aper yang berlaku pada mawi sekarang ini lebih kepada usaha usaha berterusan wartawan hiburan yang sakit hati dengan mawi dan dalam masa yang sama ingin memusnahkan kareernya.sebab itu saya tidak begitu mempercayai apa yang di paparkan
oleh wartawan hiburan.

Bagai mana berita yang tidak mempunyai sumber yang sahih[ pertunangan dgn ikin] boleh diletakan di muka hadapan dan sehari kemudian mengeluarkan berita menafikan berita yang telah di siarkan hari yang sebelumnya. Mereka tak buat homework atau pun berita yang dikeluarkan di ceduk dari forum forum internet sahaja.

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...