Konntroversi penglibatan Datuk Hassan Din Al Hafiz dgn Silver Bird
BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU HASSAN DIN
KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.
Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.
Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.
Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.
Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.
Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:
Dato' Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.
Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.
Dato' Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato' Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.
Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO' HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato' Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.
Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato' Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.
PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.
PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau 'malice' terhadap beliau.
PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam.
Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.
Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.
SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.
Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.
PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini!
Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.
Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.
Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.
Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarikat lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..
Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.
Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-
Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;
Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;
Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;
Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;
Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;
Jangan beli produk yang kotor;
Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;
Cari syarikat yang "Muslim Friendly Organisation (MFO)" jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;
Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;
Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;
Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.
Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......
" Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar..."
Niezam Phg says....
Saya pun pada mula-mula keluar kenyataan akhbar dari Datuk Hassan Din Al Hafiz berhubung kesucian roti high 5 pun merasa pelik juga.sebab kalau melihatkan kekotoran kawasan kilang dan tahap kebersihan pekerja klang tersebut memang meloyakan. ketika itu terbit rasa hairan bagai mana Datuk Hassan yang tidak terlibat dengan hal ehwal kepenggunaan tiba tiba di tampilkan sebagai hero untuk menyelamatkan pernigaan syarikat silver bird yag mungkin hampir bangkrap sebab tiada lagi orang yang mahu membeli roti keluarannya.
Namun saya telah merasakan bahawa Datuk Hasan Din telah di berikan maklumat yang salah oleh tokei roti itu dan beliau di heret ke dalam permaslahan untuk memulihkan semula nama baik silver bird@ high 5. Saya memang sampai sekarang tidak menggunakan lagi produk produk high 5. saya akan memboikiot keluaran syarikat yang memandang ringan faktor kesucian pemakanan yang menerjah masuk ke dalam perut orang orang islam di negara ini.semoga pekara in menjadi pengajaran kepada pengeluar makanan lain di negara kita supaya tidak menganggap pekara sebegini sengan sewenang-wenangnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home