Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, November 09, 2006

Contoh surat rasmi untuk berpoligami .....boleh cuba

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa
ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang
akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura
binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan
komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika
kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye
rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini
hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah
besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi
drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain
kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan
ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja
yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan
lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja
pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap
permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari
pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan
bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi
kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang
sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma
bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan
membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan
penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.



8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki



Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah
Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan
dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini
kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat
pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!




Niezam Phg says....

Seramnya dengan pertanyaan isteri dia....hehehheheh...apa pun selamat mencuba...saya tidak bertanggungjawab atas sebarang pekara yang berlaku selepas draf surat ini anda tiru....gunakan atas risiko sendiri.....

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...