Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, September 22, 2006

Tinggal kenangan: upih pinang iras wajah manusia akhirnya tertanggal


KEPALA BATAS: Tanda tanya timbul apabila satu lagi seludang mirip wajah manusia kelihatan pada pokok pinang aneh di Kampung Paya di sini, selepas upihnya tertanggal semalam.Bagaimanapun, wajah ‘baru’ pada seludang berkenaan tidak begitu ketara kerana ‘hidung’ dan ‘mulutnya’ tidak begitu jelas kelihatan.



Sebelum ini, hanya satu wajah manusia lengkap dengan mata, hidung, mulut dan gigi jelas kelihatan pada satu daripada seludang pokok pinang berkenaan yang menjadi tumpuan orang ramai dari pengunjung seluruh Semenanjung.

Pokok pinang berusia lebih 10 tahun itu dikatakan tumbuh sendiri berhampiran rumah seorang penduduk, Abdullah Baharom, 53.

Anak Abdullah, Mohd Afif, 15, berkata upih pinang itu tertanggal jam 3.40 petang semalam tetapi tiada sebarang tanda pelik kelihatan.



Menurutnya, upih itu kini disimpan bapanya bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambilnya untuk tujuan tertentu.

“Seludang baru kelihatan seakan wajah manusia tetapi tidak begitu jelas seperti pada seludang lama. Warnanya pula kekuningan berbeza dengan seludang lama berwarna hijau.

“Masih ada pengunjung datang melihat pokok pinang berwajah manusia hari ini (semalam). Tetapi setakat ini tidak ada yang buat perkara bukan-bukan,” katanya.



Sebelum ini, Timbalan Mufti Pulau Pinang, Ghazali Saad, berkata orang ramai tidak harus mengaitkan kewujudan wajah manusia pada pokok pinang berkenaan dengan kepercayaan tertentu kerana ia boleh menjerumuskan mereka pada unsur khurafat malah boleh menjejaskan akidah.



Sebelum ini, ada pengunjung dikatakan cuba menabur bunga berhampiran pokok pinang berkenaan tetapi dilarang penduduk kerana bimbang berlaku perkara bercanggah dengan akidah orang Islam.

[ berita dari harian metro ]


Niezam Phg says...

Walaupun kita sekarang nie berada di alaf 21 [bukan nak cerita pasal syarikat novel tu!..]..tetapi masyarakat kita nie masih teruja dengan benda-benda para normal nie.sehingga sekarang nie negara kita dah pun ada pasukan pengkaji para normal. maknanya macam mengkaji benda pelik-pelik dan berkaitan dengan hantu-hantu lah agaknya..saya cuma teringat kisah lama dimana saya dan rakan pernah pegi ke tanah perkuburan pada pukul 3 pagi hanya kerana marah dan menyahut cabaran rakan-rakan. bila diingat-ingat balik. macam manalah aku boleh buat kerja gile tu!... sampai sekarang masih mencari jawwapannya....hehehe

4 Comments:

  • At September 22, 2006, Blogger Red Mummy said…

    im yr silent reader, been reading yrs for quite sometime.

    anw..nak komen 1 je

    u look macho wtout spek!

    ayooo...lari tajuk le pulak!

     
  • At September 23, 2006, Anonymous pak malau said…

    Baguslah saudara telah delete entry pasal satay itu hari...(at least i can't see it now)

    Menyebarkan sesuatu yang tak pasti kebenaran nya adalah sangat merbahaya.
    Malahan lagi ia melibatkan periok nasi orang....

    Tidak...saya bukan sedara rapat Tuan Haji samuri, cuma sedara sesama islam.......

    Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.

     
  • At September 23, 2006, Blogger Niezam Phg said…

    sebenarnya saya tidak mengharapkan semua pembaca blog ini menerima bulat bulat apa yang saya paparkan.saya menghargai kebebasan berfikir pengunjung blog.oleh itu pembaca tidak terikat untuk mempercayai segala cerita tersebut.mungkin ada kebenaran dan mungkin juga ada pihak yang ingin menabur nasi dalam rezeki orang lain.saya sekadar berkongsi.dan terserahlah kepada kebijaksanaan pengunjung semua untuk menilai kebenarannya.untuk kepastiannya saudara boleh pergi sendiri melihat di kedai satay tersebut dan bertanya sendiri dengan pekerjanya.itu pun jika mereka ingin memberikan kerjasama.harap maklum

     
  • At September 25, 2006, Blogger RICKY WAN said…

    Sakit mata ke RED MUMMY..heheheeh

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...