Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, September 26, 2006

NOVEL REVIEW : RAHSIA PERINDU

Sinopsis : RAHSIA PERINDU
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 MalaysiaÕ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lainÕ sedang memerhatikan anda!
[Sipetik dari ALAF21.COM.MY]

Harga : RM 19.90

Penulis : RAMLEE AWANG MURSID

ttahun terbit :2005

Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

ketebalan : 561 muka surat


Di antara Bait-bait menarik dalam novel

Air mata merembes di pipi tatkala kenangan silam menerjah fikiran.lekas junaidah menyeka air mata yang berlinangan.wajah anaknya terbayang di tubir mata.semakin dia cuba meredakan kesedihan, semakin bertambah pilu hatinya.akhirnya junaidah gagal
mengawal rasa hati dia menangis teresak-esak. [ms27]

Hati yang berkecamuk itu adalah satu kegilaan. Namun ia juga satu keindahan.kegilaan dan keindahan berada pada satu titik yang sama sejurus pertemuan pertama tanpa interaksi, suara dan wajah anggun Maria mengundang rindunya. dalam seminggu
sekurang-kurangnya tiga atau empat malam dia mengunjungi kelab malam itu sendirian[ms35]

Maria tersenyum melihat reaksi Harris yang memandangnya seolah-olah ingin memeluk batang tubuhnya.Harris yang mengagumi Maria seumpama diserang angau dan mabuk kepayang. lelaki itu tersentak apabila Maria mengerak-gerakan dua batang jarinya dihadapan matanya.

"sorry" ucap Harris,tertawa kecil.

"Mata lelaki..jahat" sindir Maria sambil tersenyum sinis.suaranya manja.

Harris masih ketawa dan sesekali menggeleng.malu sendiri.

"Ada tiga kekalahan lelaki,Harris "harris tidak mencelah malah mendengar dengan penuh minat

"judi.arak dan wanita"lanjut Maria lagi.[ms33]

Kemaruk itu satu kegilaan.namun ia juga satu keindahan.dua perasaan berbeza dalam satu jiwa.Haris sukar melupakan Maria sejak wanita itu menghilangkan diri stahun yang lalu[ms57]

sejurus keluar teksi ketika berada dalam kenderaan penumpng itu Harris mengelamun sendiri.hatinya berbunga.lamarannya diterima Maria dengan syarat mendapat restu keluarga bagaimanapun jauh disudut hatinya Harris merancang tidak akan
mempedulikan kalau hubungannya dengan Maria tidak direstui.dia benar benar tekad mengambil Maria sebagai isteri. harris tidak mahu jiwanya terseksa rindu,tidak sama sekali. keindahan bercinta membutakan mata kasarnyanya tanpa mengendahkan mata hatinya.kemaruk itu satu kegilan.[ms68]

"Harris".....tiba tiba Matia bersuara.
"Hmmmm"...nada suara Maria romantik sekali.
"Maria nak minta sesuatu"....
"cakaplah"...Harris sanggup buat apa saja untuk Maria yang dicintai
"kita kahwin cepat.Maria tak nak kerja kat sini lagi menyanyi hanya membuatkan Maria teringatkan kisah lama.ia amat menyeksakan jiwa"..luah Maria sambil menangis.
"jangan menangis Maria"..pujuk Harris.
"Maria dah tak sanggup lagi"ucap Maria dalam sendu
"okey kalau gitu,awal bulan depan kita kahwin".
"tak bleh cepat lagi ke?"tanya Mari tanpa rasa malu
"i call u back later okey.saya nak berunding dengan ibu"pujuk Harris.
"maaf....kalau Maria terlalu mendesak"
"tak Maria.malah saya pun mengharapkan begitu.lagi cepat kita disatukan lebih cepat kita akan nikmati kebahgiaan.dahlah

"jangan menangis"pujuknya kemudian
"i love you Harris....."
"ya...saya tahu...."Harris mengulangi kata Maria tadi.spontan mereka ketawa.[ms113]


Harris juga mengangguk.kemudian menoleh semula kehadapan tanpa pandangan yang tetap sekadar mengimbas meratapi nasib badan.barangkali mengutip sisa rindu yang berbaki dalam satu demensi yang tidak terjangkau oleh sepasang mata kasar.[ms239]

Apabila seseorang itu tertidur,maka secara logiknya akal mindanya turutnya juga turut 'terlena'.sesetengah pendapat mengatakan pada masa itu roh,melayang keluar dari jasad dan merayau -rayau.apabila seseorang itu sedar bahawa dia sedang
bermimpi ketika mengalami gangguan tidur,maka perlulah melakukan sesuatu seperti memicit tangan atau sebagainya agar'tersedar'dari khayalan itu namun hanya segelintir manusia sahaja yang mampu melakukannya kerana apabila berada di alam
tidur,sukar bagi minda yang terlena untuk membezakan antara kenyataan atau pun khayalan.
[ms319]


"kenapa abang nak tunggu Maria lagi?abang ada hak nak kahwin lain.tanpa abang minta pun Maria tetap akan izinkan" Maria berjaya meluahkan isi hati yang disimpan menjadi rahsia dalam jiwa.

Harris sekadar melirik senyuman."Maria...hidup abang hanya sekali dan perkahwinan abang juga hanya sekali.tidak ada yang kedua hadir dalam hidup abang selepas Maria"

tidak ramai lelaki yang sanggup melakukan pengorbanan seperti Harris.lelaki bernama suami itu sanggup mengadaikan haknya demi cintanya pada Maria.

"tapi..kan Maria sakit" saat Maria mengucapkan kata-kata itu ,air matanya tumpah.

aleeya yang berada alam pangkuan Harris langsung tidak menyedari perubahan emosi mamanya itu.

"Maria"..Harris menyentuh wajah isterinya "selain sakit tua dan mati.ALLAH menyediakan penawar untuk penyakit apa sekalipun".

"terima kasih bang" ucap Maria dengan seikhlas hati walaupun terasa kesedihan membelah kalbu.[ms559]



Latar belakang penulis

RAMLEE AWANG MURSID anak kelahiran papar Sabah yang kini menetap di selangor. cenderung melakukan kajinan untuk diletakkan dalam penulisan kreatifnya. gigih bekerja dan 'mengikat' dirinya dengan displin antara tunjang utama yang membawa penghasilan novel-novel yang sarat dengan ilmu.

Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UKM menutup tirai tahun 2004 dengan kejayaan besar dua anugerah sastera diterima. hadiah sastera sabah 2002/2003 dan hadiah tinta sastera Sabah.pengiktirafan kerajaan negeri sabah serta
dewan bahasa dan pustaka cawangan sabah merupakan satu pelengkap koleksi anugerah peribadinya.



Niezam Phg says........

Untuk anda yang biasa membaca novel sekadar untuk mencari keseronokan atas faktor bacaan ringan semata mata, saya amat-amat tidak menyarankan kepada anda nukilan Ramlee Awang Musrid ini. sepanjang waktu saya melayari plot novel ini minda saya betul-betul didera secara sedar ataupun tidak oleh penulis buku ini.berbagai-bagai halusinasi muncul dalam fikiran saya bersilih ganti sepanjang pembacaan tersebut. saya betul rasa terdera secara mentalnya.arghhh...

Saya sebenarnya mempunyai satu tanggapan bahawa penulis lelaki tidak begitu mesra perasaan dan agak sukar meluahkan keinginan sebenar berbanding penulis wanita yang saya kira lebih 'jujur' dalam membuai perasaan melalui penciptaan watak-watak utama
yang dikira dekat dengan diri pembaca. sebab itulah saya agak pesimis sedikit bila ingin memulakan pembacaan novel bertajuk rahsia perindu ini.namun begitu permainan ayat oleh Ramlee sedikit sebanyak berjaya meruntuhkan tembok kepercayaan palsu saya selama ini...

Untuk novel yang sebegini sifatnya saya berikan 3 bintang sahaja [***]. kerana kekuatan novel ini saya kira lebih kepada kewujudan watak harris dan maria, walau pun dalam masa yang sama terdapat hampir sedozen watak utama yang masing-masing ingin merebut perhatian saya. kisah cerita didalam cerita sebenarnya bukanlah satu teknik yang mengembirakan perasaan peminat novel.

Terlalu banyak flashback, tempoh pemasaan dalam cerita yang lama dan perkaitan di antara satu plot dengan plot yang lain menyebabkan terlalu banyak klimaks dan sukar menduga kesudahannya tidak seperti nukilan penulis-penulis yang lain.kepada anda yang suka membaca secara short cut [baca sinopsis, baca di mula,tengah terus ke akhir muka surat].novel ini tidak begitu sesuai untuk anda!! hanya orang yang sabar saja sesuai melalui 'berpengalaman' dengan novel ini.

Ramlee Awang Mursid saya kira satu satunya penulis yang amat rajin menyelitkan ilmu. untuk novel ini terlalu banyak terma-terma perundangan dan psikologi yang Ramlee kutip untuk menyedapkan jalan ceria. oleh itulah saya tidak boleh melabelkan karya ini sebagai bahan bacaan ringan. jika anda tidak membuat persediaan mental.elok anda tidak memulakan membaca novel ini.hanya ketenangan dan kebebasan fikiran sahaja mampu memasukkan diri anda seiring dengan perjalanan plot-plot yang disusun
bercampur baur dan bergaul dalam pelbagai rasa itu.

Saya sebenarnya agak tertarik jugak dengan kemampuan Ramlee 'mempermainkan' pembaca supaya tidak sentiasa merasa selesa pada satu-satu bab dan cuba untuk 'mengikat' kita membaca hingga ke nokhtah terakhir. rasanya selepas ini saya tidaklah menjadi
serik untuk menerjah lagi karya Ramlee dan seterusnya membiarkan saja dia mendera perasaan saya ketika melayari karyanya. ada sesuatu kekaguman terbit selepas saya menghabisi novel ini. walau pun pada satu ketika saya hampir-hampir berputus asa kerana terlalu banyak sangkaan saya yang tersasar dan ini sebenarnya tidak mengembirakan hati saya yang merasa disindir dan dipermainkan oleh penulis rahsia perindu ini..

Namun kekuatan pada nama watak utama itu menjerat diri saya. ada sesuatu kenangan silam pada nama itu..ya Maria...Maria seorang insan yang istimewa...bukan sahaja watak didalam novel ini tetapi seorang yang pernah hadir dalam lembaran diari hidup saya satu ketika dahulu......uhuks..

2 Comments:

  • At September 29, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Yes, yes saya dah baca dah buku ini, so suspend, thrilling, tabik pada penulis Awang Murshid. Dah ada buku baru lum. Setia menanti.

     
  • At October 02, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hai nizam,

    First time, akak bagi komen kat sini... slalunyer baca jer..

    Akak ada beli buku ni, tapi blum berkesempatan nak baca lagi..

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...