Antara restoran India dan Restoran India muslim(mamak)
Selaku Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), saya ingin menerangkan di sini tentang
kewujudan kekeliruan di antara restoran INDIA dan restoran INDIA
MUSLIM (Mamak) di Malaysia.
Seperti yang anda sedia maklum, lewat ini, wujud begitu banyak restoran-
restoran INDIA yang menggunakan nama-nama berunsur Islam dan
Melayu (Sri Pelita dan lain-lain) untuk mengaburi mata pengguna Islam.
Memang tepat dakwaan yang mengatakan bahawa Restoran Lotus dimiliki
oleh orang yang beragama Hindu walaupun makanan yang disajikan saling
tak tumpah seperti makanan orang-orang INDIA MUSLIM.
Menurut pengamatan PPIM, restoran-restoran yang dimiliki oleh orang
beragama Hindu akan dimulakan setiap pagi dengan upacara memecahkan
kelapa dan premisnya akan direnjis-renjiskan dengan air dan sejenis
serbuk.
PPIM telah dimaklumkan oleh pengguna-pengguna Islam bahawa air tersebut
merupakan air kencing lembu dan serbuk itu pula merupakan najis lembu
yang telah dikeringkan. Kadangkala, makanan yang telah siap dihidangkan
turut juga direnjiskan dengan air dan serbuk ini. Mungkin untuk membawa
keberkatan.
Sebagai pengguna-pengguna Islam yang peka, sudah menjadi tanggungjawab
kita bersama untuk membantu perniagaan saudara-saudara seagama kita.
Bukanlah niat PPIM untuk mewujudkan perasaan benci sesama masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun saya berpendapat bahawa
motto "Muslim business comes first" haruslah menjadi amalan kita.
Wassalam,
Niezam Phg says..
semoga anda mengambil maklum.....
credit to pristana5213@yahoo.com
Labels: makluman
1 Comments:
At November 15, 2007, admin said…
thanks atas infonya
Post a Comment
<< Home